Kerusi DAP paling bernilai, diikuti AMANAH dalam pembahagian kerusi PH, kata Politweet

MALAYSIA DATELINE
Kerusi DAP paling bernilai, diikuti AMANAH dalam pembahagian kerusi PH, kata Politweet
Politweet merumuskan, kerusi yang diperolehi oleh DAP dalam pembahagian kerusi Pakatan Harapan baru-baru paling baik diikuti oleh AMANAH.

Dalam laporan analisis firma pengkaji itu, 63% dari kerusi DAP adalah condong pembangkang manakala AMANAH 50% berbanding PKR (40%) manakala yang paling teruk adalah Bersatu iaitu 27%.

Ini bermakna, Bersatu mempunyai tugas paling besar untuk membolehkan PH menang dalam pilihan raya umum akan datang iaitu menukar pengundi dari menyokong Barisan Nasional (BN) kepada PH.

Kajian ini dibuat oleh Politweet selepas pembahagian kerusi diselesaikan oleh Konvensyen PH minggu lalu.

Melalui persetujuan itu, Bersatu akan bertanding 52 kerusi, PKR (51), DAP (35) manakala AMANAH (27).

Ramai penyokong AMANAH tidak berpuashati dengan pembahagian ini khasnya di Wilayah Persekutuan apabila mereka tidak mendapat sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRU 14 selepas kerusi Titiwangsa diserahkan kepada Bersatu.

Johor pula tidak berpuashati kerana mendapat hanya dua kerusi iaitu Pulai dan Parit Sulong sedangkan mereka menyasarkan kerusi Simpang Renggam.
DAP paling untung manakala Amanah dapat 50% kawasan yang sudah menyokong pembangkang.

Perak juga tidak berpuashati apabila mendapat empat kerusi sahaja iaitu Parit, Bukit Gantang, Parit Buntar dan Lumut dari 52 kerusi parlimen di negeri itu.

Berdasarkan kedudukan pengundian 2013, Politweet menjangkakan DAP akan mendapat paling banyak kerusi iaitu 31, PKR (28), Amanah (18) manakala PPBM (6).

Namun, jika ini berlaku bermakna, PH hanya mendapat 83 kerusi dan gagal membentuk kerajaan.

Untuk membolehkan PH membentuk kerajaan, PH perlu kenaikan 5 mata undi yang membolehkannya mendapat 115 kerusi dalam pertandingan satu lawan satu.

Jika ini berlaku, PKR diramalkan mendapat paling banyak kerusi iaitu 44, DAP (34), Amanah (22) dan Bersatu (17).

“Dalam pertandingan tiga penjuru antara PH dengan PAS dan BN, ia nampaknya akan menguntungkan BN.

“Jalan untuk PH menyelesaikannya adalah dengan Bersatu mendapat lebih banyak undi dari penyokong BN sebelum ini,” kata Politweet dalam kenyataan itu.

Sebelum ini, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, walaupun partinya mendapat kerusi yang sedkit tetapi berkualiti.

“Kita akan menang semua,” kata Mohamad selepas pembahagian itu.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad juga mempertahankan perundingan kerusi itu kerana ia adalah perngorbanan terbaik AMANAH untuk kepentingan PH.

Pensyarah kanan UTM, Dr Mazlan Ali pula memuji kehebatan para perunding kerusi AMANAH apabila berjaya mendapat kerusi Temerloh yang menjadi rebutan banyak parti dalam PH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan