Cincin, gunting melekat pada kemaluan

Kuching – Seorang lelaki terpaksa menahan malu dengan meminta bantuan anggota bomba dan bagi menanggalkan sebentuk cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa yang berusia 45 tahun itu datang sendiri ke balai bagi meminta bantuan bomba untuk memotong cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini memandangkan cincin itu tidak kelihatan dan memerlukan rawatan perubatan.

“Mangsa kemudian diberikan ubat pelali sebelum dibantu pasukan perubatan hospital menjalankan operasi memotong cincin dan gunting tersebut.

“Bomba menggunakan peralatan khas iaitu “air grinder” dan seunit tabung udara breathing apparatus,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Tiong memberitahu, operasi memotong cincin dan gunting berkenaan mengambil masa kira-kira10 minit.

“Mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan keadaannya dilaporkan stabil,” ujarnya. 
-Kosmo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan