Soumya Sekhar (kanan) dan isterinya baru mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.
NEW DELHI - INDIA. Seorang pengantin lelaki dan neneknya terbunuh selepas hadiah kahwin diterima dari tetamu tidak dikenali meletup dalam kejadian di negeri Odisha, India, baru-baru ini.
Polis berkata, Soumya Sekhar Sahu dan neneknya Jemamani Sahu meninggal dunia semasa dirawat di hospital tempatan di Patnagarh.
Sementara isterinya, Reema Sahu berada dalam keadaan kritikal dan bertarung nyawa di hospital daerah Sambalpur.
Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 18 Februari lalu.
Jurucakap polis Patnagarh, Sesadeba Bariha berkata, siasatan awal mendapati bungkusan hadiah diterima pengantin baharu itu memang direka untuk meletup bila ia dibuka.
Tambahnya, skuad anjing pengesan dan unit forensik polis Bolangir telah memulakan siasatan bagi memburu suspek terlibat.
Bariha percaya, bungkusan bom tersebut dihantar oleh penduduk tempatan.
Bulan lalu, seorang doktor muda di Madhya Pradesh cedera parah apabila bungkusan bom meletup pada hari pertunangannya.
Mangsa meninggal dunia sehari kemudian di hospital Bhopal. - Times of India
-sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan