Pengetua sekolah dituduh seks dengan pelajar bunuh diri

Pengetua sebuah sekolah di Oregon ditemui mati dalam garaj rumahnya kelmarin, dipercayai membunuh diri sehari selepas dia diarah bercuti berikutan tuduhan salah laku seks dengan seorang pelajar.

Menurut polis, Pengarah Akademi Seni Akademik, Michael Fisher, 55, yang ditemui mati di rumahnya di Springfield, sedang disiasat selepas seorang bekas pelajar membuat laporan menjadi mangsa seksualnya di sekolah selama beberapa tahun.

Menurut Daily Mail, Leftenan Scott McKee dari Jabatan Polis Springfield berkata, selepas diberitahu mengenai laporan itu, Fisher meninggalkan sekolah dan pergi membeli pistol.

Apabila disoal polis, Fisher memberitahu dia membeli pistol itu bagi mempertahankan diri kerana sedang disiasat dan dia menyerahkan senjata itu selepas diminta polis.

Namun, pada 4 petang, isterinya menghubungi polis memberitahu suaminya ditemui mati.

Polis merumuskan Fisher membunuh diri dengan menggantung dirinya dalam garaj.
-kualalumpurpost 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan