Budak tiga tahun diperkosa

KOLKATA - INDIA. Seorang tukang cuci di India didakwa memperkosa kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun selepas memperdaya mangsa dengan coklat.

Siasatan awal polis mendapati Sheikh Munna, 45, mengheret budak itu daripada abangnya yang berumur lima tahun sebelum melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu dalam sebuah bas yang diparkir di Kolkata ketika kejadian pada petang Isnin lalu.

Abangnya turut mengetuk pintu kenderaan itu berkali-kali dan merayu kepada suspek supaya melepaskan adiknya selepas mendengar jeritan mangsa.

Dia kemudiannya berlari memberitahu ibunya tentang perkara tersebut.

Ibu mangsa bertindak segera meminta bantuan jiran untuk menyelamatkan anak perempuannya dan menghubungi polis.

"Kami menemui kanak-kanak itu dalam keadaan berlumuran darah di tempat duduk bas terbabit. Pakaiannya dikoyakkan dan mangsa turut mengalami pendarahan yang banyak," lapor NDTV News memetik kenyataan jurucakap pihak berkuasa.

Sementara itu, doktor di Hospital dan Kolej Perubatan RG Kar yang merawat budak malang itu memaklumkan terdapat tanda jelas mangsa telah diperlakukan dengan kejam.

Pasukan perubatan kini sedang menunggu keputusan untuk mengesahkan sama ada kanak-kanak itu diperkosa atau tidak.

Polis telah memberkas Munna di lokasi kejadian dan menyoal siasatnya. - The Sun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan