Apakah jadah PAS Kelantan ni hanya kerana RM450,000, sanggup tukar Dataran Ilmu yang dinamakan oleh TGNA kepada Dataran Tok Pa

Aduh malunya, dari Dataran Ilmu ke Dataran Tok Pa
MALAYSIA DATELINE 
Dari Dataran Ilmu yang dinamakan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Dataran Tok Pa yang dinamakan oleh Mustapha Mohamad.

“Sampai hati – mengizinkan maruah ilmu dan diri; dilumurkan selut penuh semuka. Hanya dengan harga RM450,000, sanggup menjual maruah diri, lalu matanglah politik sejahtera dalam sekelip mata?

“Aduh, malunya.”

Itulah luahan hati bekas Setiausaha Politik Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Anuar Bakri Haron dalam facebooknya ekoran penukaran nama Dataran Ilmu yang dinamakan oleh Nik Aziz ketika hayatnya dahulu kepada Dataran Tok Pa.

Dataran Ilmu adalah kawasan hadapan bangunan Pas Kelantan di Jalan Datuk Pati. Ia menjadi tempat orang ramai duduk sambil mendengar kuliah Jumaat oleh Tuan Guru Nik Aziz dahulu.

Kerajaan negeri Kelantan melalui Majlis Bandaraya Kota Bharu dikatakan membangunkan kawasan ini dengan membuat kawasan jalan kaki dan tempat yang sesuai untuk duduk-duduk sambil mendengar kuliah Jumaat.

Namun sumber kewangannya diambil dari kerajaan pusat.

Menurut Anuar, pentas ini, arwah Tok Guru Nik Aziz namakan sendiri dengan mulut dan lidahnya.

“Medan ini mesti dinamakan sebagai DATARAN atau MEDAN ILMU,” demikian wasiatnya.

“Atas ruh meraikan ilmu; ini dia salsilahnya,” kata Anuar.

Beliau mengulas tindakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad menamakan semula Dataran Ilmu kepada Dataran Tok Pa semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, itu merasmikan projek menaik taraf longkang dan laluan pejalan kaki yang menelan belanja RM450,000 ringgit.

Mustapa seterusnya menandatangani plak perasmian dan memberikan nama baru dataran itu sebagai Dataran Tok Pa.

Mustapa menjelaskan, walaupun kawasan ini menjadi medan cercaan dan fitnah kepada pimpinan Kerajaan Pusat namun tanggungjawab kerajaan tidak mengira tempat dan kawasan untuk kemudahan orang ramai.

“Jadi kita nak mereka sedar ada yang cerca Kerajaan Pusat walhal mereka bercakap atas pentas dan tapak Kerajaan Pusat.

“Ini pentas guna fitnah secara keras terhadap Kerajaan Pusat saya harap mereka hentikan kritikan keras terhadap kita, berdosa,” katanya selepas merasmikan projek naik taraf longkang dan laluan pejalan kaki di Dataran Ilmu di sini semalam, lapor Astro Awani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan