Mereka adalah hero AMANAH

MALAYSIA DATELINE 
Wan Anwar, Idzham dan Jaafar disifatkan sebagai ‘unsung hero’ untuk AMANAH.

Tidak boleh menjadi calon selepas membuat persiapan sekian lama memang menyedihkan tetapi semangat perjuangan yang ditunjukkan mereka amat hebat, tahniah.

Itulah yang berlaku kepada tiga tokoh AMANAH Selangor yang sebelum ini dinamakan sebagai bakal calon tetapi terpaksa digugurkan di saat akhir.

Itulah yang berlaku kepada Cikgu Ahmad Idzham, Ketua AMANAH Puchong, Jaafar Shamsuddin ketua biro pilihan raya Selangor dan Wan Anwar Wan Ibrahim, timbalan ketua Selayang.

Ketiga-tiga mereka sepatutnya menjadi calon AMANAH, namun terpaksa bertukar di saat akhir kerana pelbagai sebab yang terpaksa diselesaikan oleh parti mereka.

Yang hebatnya ketiga-tiga mereka patuh dengan keputusan jamaah dan memberikan sokongan sepenuhnya kepada pengganti mereka.

Cikgu Idzham sepatutnya bertanding di kerusi Seri Serdang tetapi pada saat akhir terpaksa digantikan oleh Dr Siti Mariah Mahmud yang mengorbankan kerusi yang dimenanginya sebanyak dua penggal, Kota Raja untuk memberi laluan kepada presiden AMANAH, Mohamad Sabu.

Malam tadi Idzham menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Dr Siti Mariah di Seri Serdang.

Di Selayang, naib ketua pemuda AMANAH nasional, Wan Anwar telah dinamakan sebagai calon AMANAH untuk Taman Templer untuk sekian lama.

Namun selepas ketua pemuda AMANAH nasional, Sany Hamzan terpaksa melepaskan kerusinya Dusun Tua dalam perbincangan Pakatan Harapan, Wan Anwar berundur memberikan laluan kepada Sany di Taman Templer.
Wan Anwar (kiri) memperkenalkan Sany Hamzan (tengah) sebagai calon PH di Taman Templer.

Wan Anwar sendiri mengumumkan kepada penyokong PH di Taman Templer bahawa Sany adalah calon mereka untuk PRU 14 ini.

Ketua biro pilihan raya AMANAH Selangor, Cikgu Jaafar telah menghantar surat melepaskan semua jawatannya dalam parti itu.

Ini kerana selepas sekian lama bersama Pas dan kini AMANAH, beliau tidak mendapat sebarang peluang untuk bertanding pilihan raya walaupun menjadi pengarah pilihan raya Selangor sejak bersama Pas lagi.

Namun sehari selepas melepaskan jawatan itu, Cikgu Jaafar menarik balik surat untuk keluar dari AMANAH dan menjalankan tugas sebagaimana biasa.

Ia dibuat selepas pertemuan beliau dengan presiden AMANAH sendiri, Haji M ohamad Sabu.

“Mereka semua adalah hero AMANAH,” kata Khalid Samad, Pengarah Komunikasi AMANAH ketika mengulas ketiga-tiga situasi ini.

Bagi beliau, mereka yang terpilih adalah memegang amanah parti dan tidak boleh dikhianati.

AMANAH juga, katanya, memahami mereka yang sudah lama bergerak, mereka akan terasa kecewa dan seolah-olah terpinggir dan diketepikan.

“Ini adalah ujian keikhlasan perjuangan mereka.

“Kita menyanjung ketiga mereka walaupun telah memberikan khidmat dan pengorbanan tetapi sanggup memberikan laluan dan sokongan,” katanya.

Yang dipilih pula katanya tidak semesti yang terbaik tetapi itulah amanah kepada mereka.

Turut tidak mendapat tempat sebagai calon kali ini kerana kerusi yang sangat terhad untuk AMANAH adalah ketua pemuda negeri, ketua Awan negeri dan juga para penyokong dari kaum India dan Cina.

“Saya memberi jaminan, kepentingan mereka semua tidak akan dilupakan.

“Bagi saya, mereka yang berjuang di belakang tetapi tidak menjadi calon inilah ‘unsung hero’ yang berada di belakang kejayaan kita,” kata Khalid Samad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan