PENGUNDI PH
Prof Saliman Sauli (duduk berbaju merah) dan Adzwan Kamaruzaman (berdiri dihadapan Bendera BN) melawat pesakit dalam siri kempen BN.
Pilihan raya ke 14 sebagaimana yang diperkatan oleh para penganalisis adaleh merupakan ibu segala pilihanraya.
Parti pemerintah ketika itu, Barisan Nasional menggunakan segala kaedah dan strategi untuk terus beada di tampuk kekuasaan. Namun mereka kecundang oleh kuasa rakyat yang bijak memlilih.
Pasca pilihanraya ini ramai yang kepanasan kerana telah bertindak melampaui bidang tugas mereka.
Ramai pegawai kerajaan ketika itu samada yang berstatus tetap atau kontrak telah dipergunakan secara langsung mahupun tidak langsung sebagai sebaghagian jentera pilihanraya.
Paling teruk adalah bagaimana mantan Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Idris Jusoh dan Menteri Mentor Universiti Malaysia Kelantan Dato Seri Mustapha Mohamad menggunakan Pegawai Kanan Universiti untuk memastikan kemenangan mereka.
Dato Seri Idris Jusoh telah memperalatkan Naib-Naib Canselor dan beberapa professor IPTA yang berada di Pantai Timor untuk menjadi sebahagian dari jentera kempen mereka.
Bagi Dato Seri Mustapha Mohamad pula beliau telah menggunaka Universiti Malaysia Kelantan untuk memastikan kemenangannya di Parlimen Jeli.
Sejak 2014 lagi beliau bersama Pendaftar Universti Pauzi Pa’ Chu dan Ketua Pentadbir Kampus Jeli, Adzwan Kamaruzaman memindahkan pengundi yang terdiri dari staf kontrak UMK sebagai pengundi parlimen Jeli dan DUN Bukit Bunga di bawah palimen yang sama secara paksa.
Aktiviti ini dilakukan secara sulit dengan mengugut staf kontrak tersebut tidak akan disambung kontrak sekiranya tidak berpindah tempat mengundi.
Staf juga diugut bahawa undi mereka akan disemak untuk memastikan mereka mengundi BN.
Tidak cukup dengan itu, Tok Pa telah meinta supaya Pengarah Kampus di tukar supaya orangkepercayaan beliau boleh mentadbir Kampus Jeli.
Beliau telah meminta supaya Prof Dr Zaliman Sauli dilantik sebagai Pengarah Kampus disamping tugasnya sebagai Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar.
Pengarah terdahulu di gugurkan dengan alasan bahawa Tok Pa sebagai Menteri Mentor mahukan Pengarah yang mudah untuk beliau berurusan, sedangan mantan Pengarah bagi beliau terlalu mengikut prosedur yang menyukarkan beliau menggunakan kemudahan kampus untuk kegiatan Barisan Nasional.
Kini semua yang terlibat yang terdiri dari TNC HEPA, Pendaftar dan Katua Pentadbir Kampus Jeli sedang mencuba untuk membersihkan nama mereka seperti langau-langau yang cuba mengelilingi pula Menteri Pendidikan Malaysia yang baharu Dr Maszlee Malek.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan