Nik Omar kecundang di Chempaka

Calon harapan Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz kecundang di dewan undangan negeri (DUN) Chempaka.

Anak kedua bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu meraih 2,418 undi jauh di belakang dua pencabarnya.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan calon PAS yang juga penyandang kerusi itu, Ahmad Fathan Mahmood berjaya mengekalkan kedudukannya dengan jumlah undi 10,549 undi.

Calon BN, Mohd Fareez Nor Amran pula memperolehi 7,075 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan