Salahuddin Ayub akan menghadap Sultan Johor esok

FMT Reporters
JOHOR BAHRU:
Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) Salahuddin Ayub mengingatkan kemenangan di Johor sebagai pengajaran untuk gabungan itu untuk tidak bersikap angkuh, dan melaksanakan mandat rakyat dengan baik.

Jika tidak rakyat akan menghukum PH pada pilihan raya umum seterusnya.

“Kita rasa cukup terharu dengan sokongan ini. Bagi pengajaran sekiranya mandat tak tunaikan pemimpin dilantik jadi anggota kerajaan, wakil rakyat jangan angkuh dan lupa diri. Ingatlah rakyat akan balas 5 tahun lagi,” katanya pada sidang media di Hotel Tristle.

Salahuddin akan menghadap Sultan Johor esok dan akan mengadakan mesyuarat pimpinan PH untuk membentuk kerajaan negeri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan