Dr M mahu tuntut AS$4.5 bilion dana 1MDB, fi Goldman Sach

Bloomberg
'Kami tahu itu wang kami," kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Malaysia mahu mendapatkan balik dana sebanyak AS$4.5 bilion yang berpotensi hilang melalui 1MDB, serta fi yang dibayar kepada syarikat Kumpulan Goldman Sach Inch, menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita perlu buktikan hak milik wang itu,” kata Dr Mahathir, 92, ketika ditemubual Bloomberg Television hari ini.

“Kerajaan sebelum ini, cuba untuk mengelak tuduhan salahlaku, membuat keputusan untuk mengatakan wang itu bukan milik kita, jadi mereka tidak buat apa-apa tuntutan. Tetapi kami itu wang kami. Wang itu dari 1MDB.”

Skandal sekitar syarikat pelaburan bermasalah itu mencetuskan siasatan di seluruh dunia. Pegawai kerajaan Amerika Syarikat berkata lebih AS$4.5 bilion mengalir dari 1MDB melalui lingkaran transaksi kabur dan syarikat-syarikat kosong.

Dakwaan korupsi itu membantu melonjakkan gabungan yang dipimpinan Dr Mahathir untuk memenangi pilihan raya umum Mei lalu, menmbangkan gabungan yang dipimpin bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang memerintah selama kira-kira 6 dekad.

Dr Mahathir dalam temubual itu bimbang tentang komisyen yang dibayar kepada Goldman Sachs, yang meraih AS$593 juta selepas mengatur 3 jualan bon untuk 1MDB.

1MDB membayar fi 10% kepada bank itu untuk peranannya dan menerima kadar faedah 6%, katanya, dan menambah kos pinjaman kerajaan sepatutnya mendekati 3%.

‘Tak relevan’

“Apa yang kami peroleh daripada transaksi hutang itu mencerminkan anggapan risiko ketika itu, khususnya pergerakan spread kredit yang terikat dengan bon tertentu, kos lindung nilai dan keadaan pasaran ketika itu,” kata seorang jurucakap Goldman Sachs di Hong Kong.

“Membandingkannya kepada ‘fi’ daripada penajajaminan biasa, yang melibatkan risiko yang lebih kecil, tidak relevan,” katanya.

Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Goldman Sachs “jika ada kes”, kata Dr Mahathir, dan menambah peguam negara akan memutuskan sama ada untuk meneruskan perkara itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata New York Times minggu lepas berkata dia akan mendapatkan restitusi daripada bank itu.

Dr Mahathir sebelum ini berkata Najib akan didakwa atas tuduhan rasuah dan penggelapan dana awam. Najib berulang kali menafikan salah laku, dan minggu ini memberitahu Reuters yang dia tidak tahu tentang wang 1MDB yang timbul dalam akaun peribadinya.

Jurucakap Najib belum dapat dihubungi hari ini untuk komen.

Pendakwaan mungkin akan berlaku selepas Peguam Negara Tommy Thomas mula mengkaji dokumen yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau sudah menubuhkan beberapa pasukan untuk mengkaji kemungkinan untuk melakukan pendakwaan jenayah dan prosiding sivil.

Skop siasatan baru itu termasuk potensi salahguna kuasa di pihak Najib. Itu termasuk siasatan ke atas pelaburan yang dibuat 1MDB yang melibatkan penipuan, dana yang mengalir ke akaun peribadinya, dan pecah amanah jenayah dalam surat sokongan daripada Kementerian Kewangan, jawatan yang pernah dipegang Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan