MB baru tidak dapat restu HARAPAN, dakwa Adun Ijok

MALAYSIADATELINE
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ijok Dr Idris Ahmad mendakwa pelantikan Amirudin Shari sebagai menteri besar yang baharu tidak mendapat restu Pakatan Harapan (HARAPAN).

Sebaliknya Idris menegaskan hanya beliau seorang sahaja yang mendapat persetujuan daripda semua parti HARAPAN.

“Saya ada sokongan semua parti dalam HARAPAN manakala Amirudin cuma mendapat restu Azmin Ali,” katanya pada sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini.

Beliau yang juga seorang doktor pakar sakit puan itu turut menunjukkan salinan fotokopi surat sokongan yang ditandatangani oleh empat parti.

Surat-surat yang ditulis pada bulan Jun itu mengesahkan sokongan kepada Idris sebagai menteri besar, ditandatangani secara berasingan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengerusi BERSATU Selangor Datuk Abdul Rashid Asari, Pengerusi AMANAH Selangor Izham Hashim dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua.

Menurut beliau terdapat dua nama yang dicalonkan, iaitu Amirudin dan Adun PKR Seri Setia, Dr Shaharuddin Badaruddin hanya dikemukakan selepas Istana Selangor meminta tiga nama calon.

Tegas Idris namanya berada pada kedudukan teratas daripada senarai calon-calon berkenaan.

Bagaimanapun, pelantikan ini sama prosesnya ketika Azmin menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila Istana Selangor meminta mengemukakan tiga nama calon.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan