Tangisan Tun Mahathir di tengah ulama

A. SHUKUR HARUN

Belum pernah, seingat saya, seorang umarak (pemimpin/pemerintah) di nusantara ini menitiskan air mata ketika berada di tengaah para para ulama.

Ini bukan sebuah lakonan, tetapi benar-benar terjadi beberapa hari yang lalu dan ini suatu sejarah.

Ini terjadi ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam beberapa hari lalu di Putrajaya.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang turut hadir telah menceritakan peristiwa itu ketika pertemuan khas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama tokoh ulama dan cendekiawan Islam, yang membuatkannya sendiri merasa sebak.

Ia adalah ketika Tun Dr. Mahathir menangis apabila menegaskan keperluan untuk umat Islam kembali kepada al-Quran sebagai rujukan utama dalam kehidupan mereka.

“Semasa Tun Mahathir mengucapkan ‘kita sudah tiada jalan lain untuk menjadi umat Islam yang berjaya melainkan kena baca (menghayati) al-Quran’, beliau menangis dan tidak mampu lagi meneruskan ucapan.

“Saya dan tetamu lain juga turut sebak. Semoga Allah merahmati Tun (Mahathir),” kata Dr Asri di Instagram.

Beliau mengiringi kata-kata itu dengan gambarnya bersama Mahathir ketika pertemuan itu.

Menurut laporan, sejumlah 37 tokoh ulama dan cendekiawan Islam mengadakan pertemuan khas kira-kira dua jam bersama Mahathir di Jabatan Perdana Menteri beberapa hari lalu.

Antara yang hadir, selain Asri, adalah Penasihat Umum AMANAH Ahmad Awang, pensyarah Universiti Oxford United Kingdom Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Menteri Agama Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Timbalannya Fuziah Salleh.

Menurut saya ini suatu peristiwa gemilang dan amat bersejarah,

Menurut Mujahid, Tun Dr. Mahathir dalam pertemuan itu antaranya meminta golongan agama untuk memaparkan Islam yang lebih ‘berbelas kasihan’.

“Dunia sering mengaitkan Islam dengan kekejaman, peperangan dan kelemahan dalam ekonomi,” kata Tn Dr. Mahathir.

Dalam soal ini, menurut Dr. Mujahid lagi, Tun Dr. Mahathir mahu para ulama dan cendekiawan Islam menggunakan ruang terbuka di bawah pentadbiran Pakatan Harapan untuk memaparkan Islam yang lebih berbelas kasihan, toleransi.

Tun Dr. Mahathir juga mahu institusi Islam agar tidak fokus terhadap soal ibadat khusus saja, tetapi juga bidang kemasyarakatan, sains dan ekonomi dan ilmu lain.

Telah lama para pemikir Islam yang progresif merindukan dan memiliki wawasan seperti itu.

Parti AMANAH sendiri sejak ditubuhkan telah berusaha menebarkan konsep ‘Islam sebagai Rahmatan Lil-Alamin (Rahmat elurruh alam’.

Maka betapapun toleransi dan terbukanya, namun AMANAH tetap berada dalam orbit Islam, masih sebuah parti bernuansa Islam.

Alangkah harmonis dan gemilangnya negara dan rakyat Malaysia memiliki pemimpin yang sangat sedar akan keperluan melaksanakan tuntutan Islam walapun di tengah masyarakat majmuk.

Yang dihamparkan di tengah mayarakat bukan kebencian, kemarahan, lebel melebal dan hal-hal yang negatf, panas dan tajam

Kita yakin, berdasarkan falsafah dan konsep yang dipegang oleh AMANAH, apa yang diharapkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhamd, Insya-Allah, dapat diralisasikan bersama rayat yang matang dan terbuka.

Sama-samalah kita mendukung hasrat ini. Ia bagai mawar merah yang harum semerbak. Jangan biarkan ia layu. Kita siram ia selalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan