Enam anggota bomba lemas dalam operasi SAR (Gambar)



Enam anggota bomba lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lombong di Taman Putra Perdana, Selangor hari ini.

Menurut jurucakap bomba, anggota yang terlibat dalam operasi mencari seorang remaja berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir dan terjatuh ke dalam lombong berkenaan kira-kira 7 malam tadi.

Enam mayat anggota bomba berkenaan sudah ditemukan namun remaja berkenaan masih belum ditemui.

"Mangsa belum dijumpai dan terdapat 6 anggota bomba unit Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dilaporkan lemas ketika menjalankan operasi pencarian mangsa.

"Kesemua anggota tersebut berjaya dinaikkan ke atas dan pasukan perubatan yang berada di lokasi membuat CPR untuk menyelamatkan kesemua anggota PPDA yang lemas tetapi kesemua 6 anggota bomba disahkan meninggal dunia," katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, maklumat kejadian akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Bernama memetik Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba Cyberjaya, Roslan Long yang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.19 petang selepas seorang daripada tiga remaja yang ingin memancing dikhuatiri lemas.

Lapan pegawai dan anggota dilaporkan tiba di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan