Manifesto bodoh halang PH ke hadapan - Rafidah

Rafidah: Tak buat sebab manifesto bodoh kamu tak bagi, ya?
Bekas Menteri Tan Sri Rafidah Aziz memberi kata-kata pedas kepada pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana menarik semula apa yang disifatkannya sebagai keputusan yang tepat.

Rafidah beranggapan bahawa keputusan seumpamanya ditarik balik kerana janji dalam manifesto HARAPAN sebelum ini.

Salah satu keputusan itu adalah hasrat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini untuk memegang portfolio Kementerian Pendidikan.

"Saya kecewa Dr Mahathir tidak menjadi perdana menteri. Ketika kali pertama Dr Mahathir beritahu saya dia mahu jadi menteri pendidikan, saya sangat teruja.

"Saya kata itu sangat bagus, kemudian dua hari kemudian semua orang bantah. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sebab manifesto bodoh kamu yang tak bagi, ya?" katanya ketika berucap pada program Malaysia, A New Dawn di Kuala Lumpur hari ini.

Turut berkongsi pentas dengan Rafidah adalah anggota parlimen Damansara Tony Pua yang duduk di sebelahnya dan dilihat kadang-kadang tersenyum dan berundur dari Rafidah.

Rafidah berkata Dr Mahathir berkongsi ideanya tentang sistem pendidikan negara.

"Saya sangat teruja, saya pulang dan bagitahu anak-anak saya, orang ini (Dr Mahathir), pada umur 93 tahun masih mempunyai idea-idea sebegini," katanya.

Rafidah juga mengingatkan kerajaan HARAPAN bahawa mereka boleh kehilangan kuasa sekiranya tidak boleh membuat keputusan penting disebabkan manifesto.

"Jangan biarkan manifesto anda menghalang anda ke hadapan, atau anda akan jadi kerajaan satu penggal saja," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan