PH akan tumbang dalam masa 5 tahun?

'Kalau PH dapat tahan 5 tahun, dah kira nasib baik'
Tidak mustahil pentadbiran Pakatan Harapan pimpinan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan tumbang dalam masa lima tahun ini, kata Naib Presiden PAS Mohd Amar Abdullah.

Sinar Harian melaporkan Mohd Amar berkata hal ini disebabkan PH sedang menghadapi pergolakan dalaman yang serius.

"Saya malas masuk campur tetapi pergolakan dalaman mereka serius kerana tidak ada persefahaman.

"Persepakatan mereka sebelum PRU semata-mata untuk menumbangkan Bn sahaja. Itu masalahnya.

"Kalau PH dapat bertahan memerintah lima tahun. Ini pun sudah kira baik," kata beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Pada 20 Disember lalu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang parti itu tidak akan teragak-agak untuk keluar dari gabungan kerajaan jika objektif Malaysia baru diketepikan.

Katanya, mereka tidak akan sesekali menjadi “lembik” seperti pemimpin MCA.

“Pemimpin-pemimpin DAP dalam kerajaan akan memainkan peranan penting untuk membina Malaysia Baru dan menyelamatkannya daripada menjadi demokrasi memalukan, kakistokrasi, negara gagal dan kleptokrasi global,” katanya.
-malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan