Gara-gara orang ke-3, isteri cedera dilanggar suami di Miri

Bernama

Menurut polis, suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaaan, iaitu cubaan membunuh.
MIRI: Seorang wanita dikejarkan ke Hospital Miri akibat kecederaan pinggang gara-gara dilanggar suami sendiri di Kampung Wireless, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Miri Lim Meng Seah berkata, ketika kejadian pada pukul 10.30 malam, suri rumah berusia 53 tahun itu balik dari masjid bersama rakan apabila tiba-tiba terlihat suaminya di dalam kereta bersama dengan seorang wanita di tepi jalan.

“Mangsa berjalan menghampiri kereta suaminya yang berusia 50 tahun dengan tujuan meminta wang untuk membeli ubat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Lim berkata, suami mangsa tiba-tiba memecut kereta serta terus melanggar mangsa sehingga mengakibatkan wanita berkenaan tercampak ke tepi jalan dan mengalami kecederaan pinggang.

“Suspek yang berasal dari Kampung Lutong, Miri telah berkahwin dengan mangsa selama 30 tahun dan mempunyai lapan anak,” katanya.

Beliau berkata, suspek sudah dikenal pasti dan sedang diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan