Aslinda Nasir
Bukan lagi perkara asing apabila melihat generasi muda pada zaman kini gemar memakai “earphone” untuk mendengar muzik, bermain “game”, serta menonton filem.
Malah ia juga antara aksesori yang boleh dikatakan wajib ada setiap individu sama ada untuk mendengar audio dengan lebih jelas atau berbual menerusi telefon.
Namun sedarkah anda, dengan memakai “earphone” boleh mengakibatkan kesan yang besar kepada otak anda?
Kenyataan itu dikukuhkan lagi apabila professor kesihatan komuniti dari Universiti California, Dr Joel Moskowitz menjelaskan bahawa pendedahan alat teknologi seperti ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia.
Tambahnya lagi, komunikasi seperti itu boleh memberi kesan negatif kerana ia menggunakan teknologi induksi magnetik.
Dalam erti kata lain, gelombang yang terhasil daripada “earphone” boleh menjejaskan otak.
Selain itu, kajian National Institutes of Health (NIH) turut menyatakan yang “earphone” menjejaskan sistem neurologi, reproduktif dan genetik dimana ia boleh mengakibatkan kanser.
Malah ada di antara mereka yang menggunakan “earphone” untuk mendengar alunan muzik sebelum tidur dan akhirnya terlena, juga mampu menyebabkan maut kerana terkena renjatan elektrik.
Jika selama ini anda menggunakan “earphone” namun tidak pernah mendapat kesan sampingan tersebut, jangan fikir anda selamat.
Ini kerana anda juga boleh berdepan cacat kekal tanpa anda sedari iaitu pekak.
Hasil kajian penyelidikan dari Committee on Emerging and Newly Identified Health Risks mendapati risiko kehilangan pendengaran boleh terjadi seawal pertengahan usia 20-an.
Ia berikutan pendengaran yang dibuat banyak melalui “earphone” dengan kenyaringan tinggi sekaligus menyebabkan kemampuan pendengaran merosot.
Manakala, menurut myhealth.com pula, walaupun kehilangan pendengaran disebabkan bunyi tidak menyakitkan namun ia memberi kesan negatif secara perlahan-lahan serta bersifat kekal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan