KPK menang kes tanpa perbicaraan, kata Husam

MALAYSIADATELINE
Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan Senator Datuk Husam Musa menjelaskan isu Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang menang saman terhadapnya seperti dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam, tidak menggambarkan situasi yang berlaku pada hari prosiding kes berkenaan.

Sehubungaan itu Husam berkata, pihaknya akan membuat rayuan di atas keputusan hakim agar kes berkenaan dibicarakan semula serta isu-isu merit dapat diputuskan.

Husam dalam satu kenyataan hari ini menerangkan beliau melantik Tetuan Zayumi Murtadza & Co. sebagai peguam cara yang baru untuk mengendalikan pembelaannya sebagai menggantikan peguamcara yang dilantiknya terdahulu

“Peguamcara saya yang baharu telah memohon penangguhan pendengaran perbicaraan Mahkamah ke suatu tarikh lain untuk membolehkan beliau meneliti kes ini secara menyeluruh.

“Malangnya permohonan penangguhan ini telah tidak dapat dibenarkan. Antara lain kerana sudah ada ‘Unless Order’ yang diberikan kepada semua pihak sebelum ini dan oleh kerana itu Mahkamah telah mengambil keputusan untuk membenarkan tuntutan Plaintif iaitu KPK tanpa perbicaraan dijalankan.

“Dengan kata lain, tuntutan pihak Plaintif/KPK telah dibenarkan tanpa isu merit didengar terlebih dahulu dan ianya telah diputuskan atas sebab-sebab teknikal perundangan dan InsyaAllah perkara ini boleh dibetulkan,” ujarnya.

Semalam protal Malaysiakini melaporkan KPK berjaya dalam satu tuntutan saman ke atas Husam di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada Selasa.

Susulan itu, mahkamah memerintahkan Husam selaku defendan membayar ganti rugi am dan dan khas kepada KPK berhubung kenyataan yang disifatkan palsu dan jahat terhadap anak syarikat kerajaan Kelantan itu.

Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan KPK selaku plantif terhadap Husam.

Sebelum ini, KPK memfailkan saman berkenaan pada September 2017 selepas Husam didakwa membuat kenyataan tidak benar yang berunsur fitnah di Facebook dan melalui ucapan ceramahnya terhadap KPK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan