Didakwa langgar PKP, MB Terengganu beri keterangan kepada polis
Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar hadir memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan tidak mematuhi jarak sosial. (Gambar Facebook)
KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu untuk memberi keterangan berhubung dakwaan melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Kehadiran Ahmad Samsuri di balai tersebut turut dimuat naik di laman sosial Facebook Polis Terengganu dan beliau dikatakan tiba kira-kira 4 petang.
Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik berkata Ahmad Samsuri hadir untuk memberi keterangan berhubung gambar beliau bersama beberapa lelaki di rumah pengerusi Umno Terengganu Ahmad Said.
“Ahmad Samsuri datang ke IPK untuk memberi keterangan dan bekerjasama. Kita akan siasat kes ini di bawah Seksyen 6 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.
Pada Jumaat, tular di pelbagai platform media sosial gambar Ahmad Samsuri bersama beberapa lelaki dan beliau didakwa tidak melakukan penjarakan sosial seperti yang disarankan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan