Nur Hasliza Mohd Salleh
PUTRAJAYA: Tiada kematian akibat jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini dengan 36 kes baru direkodkan dalam tempoh 24 jam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif wabak berkenaan sebanyak 5,425 dan angka kematian kekal 89.
Bilangan jangkitan terbaru hari ini juga merupakan angka terendah sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan pada 18 Mac lepas.
Bercakap pada sidang media harian Covid-19 di sini, beliau berkata, kes pulih wabak itu terus mengatasi kes baru dengan 98 pesakit dibenarkan keluar wad.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 3,295.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan