Jawapan kepada jawapan Najib

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
1. Saya bukan Menteri Dalam Negeri masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.

Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?

Jawapan :

Tetapi persoalan untuk mengambil syarikat luar berhubung hal ehwal negara sepatutnya dibentang dalam kabinet kerana ia melibatkan soal keselamatan dan maklumat sulit. Apakah Najib pada waktu itu sudah tidak kisah hal ehwal keselamatan negara dan lebih bimbang tentang penglibatannya dalam skandal 1MDB dan apa-apa perancangan untuk menyelamatkan BN diserahkan sepenuhnya kepada orang suruhan beliau.

2. Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun. Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing.

Jawapan :

Dan sebab itulah (mungkin dengan data yang diperoleh sebulan sebelum Pilihan Raya) Najib sempat menyimpan semua bahan bukti yang bernilai bilion ringgit berupa beg tangan, rantai gelang cincin dan semuanya di sebuah kondominium. Malah wang tunai juga turut dijumpai disimpan dengan harapan ditemui pihak berkuasa. Mungkin kita juga masih ingat bagaimana Najib juga merancang untuk keluar negara tetapi sempat dihalang pihak berkuasa.

3. Pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM masa rejim Gagalkrasi PH.

Kenapa pulak Mkini dan Malaysia Dateline tak tulis tentang fasa kedua dan tak tuduh Tun Mahathir dan gengnya beli untuk merisik BN dan PAS?

Tanyalah boss Pejabat Perdana Menteri (PM7) dan juga boss SPRM setahun selepas PRU14 itu juga.

Tapi nama saya sahaja dipetik pulak dalam tajuk berita depa.

Jawapan :

Disebut dalam artikel bahawa Pembelian Fasa 2 seperti berikut :

Pada pertengahan tahun lalu, syarikat tersebut dilaporkan sedang membincangkan kemungkinan kontrak baru dengan polis Cawangan Khas Malaysia, yang mempunyai implikasi baru selepas kekalahan Najib pada PRU14.

Objektif pengawasan dibayangkan akan berubah selepas pilihan raya daripada penyiasatan politik kepada penyiasatan terhadap jenayah-keganasan.

Dan apa yang lebih penting perkara ini belum dimaterai dan masih dalam proses perbincangan. Tetapi khidmat syarikat pada ketika BN memerintah sudah pun berlaku.

Najib seperti biasa akan mendakwa dirinyalah yang wajar diberi pujian sekiranya apa-apa kejayaan dicapai pada zaman BN dengan mengatakan “sayalah Perdana Menteri yang memimpin kerajaan pada masa itu”.

Sebaliknya, kalau sesuatu yang kontroversi dan membawa implikasi yang negatif, dengan pantas beliau mengelakkan diri daripada terlibat dan mengatakan “oh, itu saya tak terlibat. Bukan kerja saya nak tentukan keputusan tersebut”.

Kebijaksanaan Najib dalam mengubah persepsi dan pandangan orang kepadanya memang diakui. Tetapi teknik yang sama diulang begitu kerap akhirnya akan terbongkar juga.

Kalau hal melibatkan SRC dan 1MDB yang jelas terang lagi bersuluh pun dia boleh taichi sampai ada yang “berpuas hati” apa lagi yang lain-lain.

Najib tetap Najib.


Penulis adalah Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Tiada ulasan:

Catat Ulasan