Biar pengundi putuskan antara saya atau Musa kata Shafie

Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal berkata Yang Di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin sudah memberi perkenan untuk pembubaran dewan undangan negeri Sabah.

Shafie memaklumkan perkara itu dalam sidang medianya sebentar tadi.

"Pagi tadi saya bertemu Yang Di-Pertua Negeri dan telah diperakukah untuk bubar dewan," katanya.

Shafie juga berkata beliau masih perupakan penjaga (caretaker) pentadbiran negeri itu.

"Apa pun cerita, mereka mahu pergi istana, ada nombor sana sini, dewan sudah dibubarkan.

"Dalam jangka masa 60 hari, i'm still caretaker, saya masih ketua menteri mentadbir negeri Sabah sehingga sampai waktu SPR umum tarikh, baru kita pilih," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan