Ramai pemimpin Umno Sabah tak suka Bung Mokhtar rupanya

'Bunuh diri' untuk Bung ketuai kempen PRN Sabah - Rahman Dahlan
Annabelle Lee


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Rahman Dahlan mengkritik pemilihan Bung Mokhtar Radin sebagai pengarah pilihan raya Sabah yang akan datang.

Pada sidang media di Kuala Lumpur malam ini, beliau menyuarakan kebimbangan strategi itu boleh memakan diri kepada Umno.

"Ia langkah bunuh diri.

"Tidak ada parti di dalam dunia akan meletakkan seseorang yang ada kes mahkamah (dan) menghadiri kes-kes mahkamah menjadi pemimpin parti yang akan bertanding pilihan raya," katanya.

Rahman yang juga ketua Umno Bahagian Tuaran mendakwa pemilihan Bung tidak dibincangkan dengan akar umbi di negeri itu sebelum diumumkan.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha 'menghina' autonomi negeri dan rakyat Sabah.

"Tapi meletakkan seorang yang mempunyai masalah peribadi untuk menerajui jentera PRU.

"Itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Sabah. Tak ada cara lain mengatakan ini dan saya mahu berterus terang.

"Kerana mesej ini tidak sampai kepada Presiden (Umno Ahmad Zahid Hamidi)," katanya.

Malam ini, Abdul Rahman diapit oleh pemimpin Umno Sabah dari bahagian Putatan, Penampang, Keningau, Beluran, Ranau, Pensiangan, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kota Marudu, Batu Sapi dan Sandakan.

Ketua Wanita Umno Sabah Jainab Ahmad Ayid dan timbalannya Juriah Palasin juga turut hadir.

Rahman mendakwa tiada seorangpun di kalangan mereka yang berjaya bertemu dengan Zahid walaupun melakukan perjalanan untuk berjumpanya.

Bagaimanapun, beliau menggesa presiden Umno untuk mempertimbangkan pandangan mereka mengenai perkara itu.

Ketika ditanya sekiranya kumpulan itu akan menarik sokongan daripada parti sekiranya Bung dikekalkan, Rahman berkata mereka akan tetap memastikan parti itu menang.

"Kami tidak akan meninggalkan Umno," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan