Yang di-Pertua minta tempoh putus KM Sabah

Willie Jude
KOTA KINABALU:
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Bung Mokhtar Radin berkata, Yang di-Pertua Negeri Juhar Mahiruddin meminta tempoh untuk menentukan calon ketua menteri.

Bagaimanapun, beliau yang juga ketua Umno negeri berkata keputusan dijangka dicapai dalam masa terdekat.

“Beliau (Juhar) minta tempoh, dalam masa secepat mungkin,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari perkarangan Istana Negeri hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah Hajiji Noor ketika ditemui hanya berkata ringkas “TYT (Tuan Yang Terutama) akan putuskan”.

Setiausaha Agung PBS Jahid Jahim pula berkata, perbincangan berhubung calon ketua menteri berjalan dengan baik.

“Satu perbincangan yang baik,” katanya ringkas ketika keluar dari perkarangan istana.

Terdahulu, 3 pemimpin berkenaan dan Presiden STAR, Jeffrey Kitingan keluar dari perkarangan istana jam 3.20 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan