Najib tanya, siapa di belakang portal yang kaya raya

MALAYSIA DATELINE

Najib tanya, siapa di belakang portal yang kaya raya

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan dari mana punca kewangan portal MalaysiaNow yang amat kaya raya sehingga mampu bermula beroperasi di tengah-tengah krisis COVID-19.

Katanya, pada ketika ini media-media lain yang sedia ada sedang tenat.

“Ramai yang masih ingin tahu siapa funder MalaysiaNow yang kaya-raya sehingga portal ini mampu pacak billboard-billboard gergasi di merata tempat di Lembah Klang,” katanya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada satu artikel di MalaysiaNow yang tiba-tiba mengeluarkan ‘berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan.

“Pagi ini, media MalaysiaNow yang amat kaya dengan duit entah dari mana sehingga mampu bermula operasi di tengah-tengah krisis Covid pada ketika media-media lain sedang tenat, tiba-tiba keluarkan “berita dari sumber dalaman” bahawa Muafakat Nasional di ambang keretakan,” tulis beliau di Facebooknya.

Menurut Najib, ‘boss’ media ini yang juga ketua pengarang adalah adik kepada Latheefa Beebi Koya.

“Latheefa pula merupakan penyokong tegar Menteri Kanan paling Kanan sejak dulu-dulu lagi.

“Pengarang portal pula merupakan setiausaha akhbar kepada Mat Sabu,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan