Domino kejatuhan Perikatan Nasional bermula? Oleh MOHD ARIF JUHANIDecember 6, 2020 11:34 am 0 Tiada apa yang lebih menggembirakan pihak yang kalah apabila melihat musuhnya bergaduh sesama sendiri. Begitulah agaknya perasaan Pakatan Harapan (PH) apabila melihat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dijatuhkan melalui undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pada 4 Disember lalu. Kalau mengikut kepada bacaan strategi pemikir ketenteraan terkenal China, Sun Tzu yang berkata, “kejayaan terbaik adalah kemenangan tanpa peperangan”, maka secara ceteknya, PH mungkin boleh dianggap meraih laba daripada perbalahan ini kerana tanpa perlu melakukan apa-apa, leher musuh sudah dikelar sesama mereka. Apa yang menjadi persoalan lanjut adalah setakat mana bola tanggung ini dimanfaatkan oleh para pimpinan? Mgid FLEXOPTIMA Sakit sendi sembuh dan kembali remaja seperti 18 tahun! KETAHUI LANJUT→ Gerakan untuk menjatuhkan dia bukan daripada musuh luar sebaliknya oleh gunting dalam lipatan iaitu Adun Pengkalan baru, Abdul Manaf Hashim dari Umno. Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, gerakan untuk mengatur langkah tersebut telah dirancang sejak dua bulan lalu. Puncanya mudah; kerana Faizal melantik Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Umno. Ayat mudahnya, Faizal mengabaikan Umno. Begitulah Umno sejak dari awal penubuhannya. Tiada perkara lain yang difikirkan melainkan untuk mendapatkan jawatan, mengekalkan kuasa dan mengaut wang ringgit sebanyak-banyaknya. Tidak usahlah bercakap soal perjuangan agama, bangsa dan negara. Contoh mudah kegagalan Umno sepanjang menjadi pemerintah dalam negara ini terdapat di mana-mana. Paling tidak, ulanglah semula rakaman ucapan Abdul Hadi Awang yang begitu keras menghentam dan mengkritik Umno. Oleh kerana begitulah sifat hakiki Umno, maka Faizal dijatuhkan dengan sokongan hanya 10 undi berbanding 38 yang menolaknya. Antara yang tegar menyokong Faizal adalah tiga Adun dari Pas. Hal seperti ini memang mudah diduga kerana kaedah bacaan kompas sokongan Pas adalah siapa berkuasa, itu yang akan didukung. Begitu kerdil sekali kedudukan Faizal sebagai Menteri Besar Perak. Begitu hina sekali apabila beliau menjadi Menteri Besar Perak kali kedua di bawah nama Perikatan Nasional (PN). Begitu menipu sekali slogan mempertahankan Melayu dan Islam kerana akhirnya Melayu dijatuhkan oleh Melayu. Rupa-rupanya ketakutan yang pernah Faizal suarakan kononnya kedudukan menteri besar akan dirampas benar-benar berlaku. Apa yang berbeza adalah dahulu dia fikirkan DAP yang akan jatuhkan dia. Demikianlah kebodohan fikiran yang ada pada Timbalan Presiden Bersatu ini. Padanlah muka dan tanggunglah bencana hasil pengkhianatan sendiri. Walhal, semasa dia menjadi menteri besar di bawah PH, hak dan kuasanya dihormati tanpa diganggu-gugat. Tetapi kerana sudah beranak dan membesar bersama Umno, akalnya sukar untuk menghakis kebimbangan palsu terhadap DAP. Dimomokkan Jika begini fikiran yang wujud dalam minda seorang pemimpin, bayangkanlah pula bagaimana bercelarunya minda ahli-ahli bawahan yang sering dimomokkan dengan propaganda yang menjadikan DAP dan PH sebagai gerakan politik yang akan memusnahkan kedaulatan Islam, Melayu dan institusi kesultanan dalam negara ini. Sekarang selepas apa yang terjadi di Perak, maka kebimbangan Bersatu pasti kembali bergelora. Memang begitulah perasaan yang akan ditanggung oleh kumpulan pengkhianat. Hidup mereka tidak pernah aman tenteram. Setiap hari, fikiran mereka dilanda ketakutan tentang ancaman dan serangan daripada musuh-musuh yang tidak dikenalpasti. Parti pengkhianat ini sendiri percaya bahawa insiden dijatuhkan ini tidak akan berhenti setakat di Perak sahaja seperti disuarakan oleh Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen. Beliau dilaporkan berkata, insiden yang sama boleh berlaku di Johor kalau Bersatu tarik balik sokongan terhadap Menteri Besar negeri itu dari Umno. Kalau diukur kepada ungkapan ini, maknanya secara terselindung tetapi mudah dibaca: perbalahan Umno dan Bersatu kian melebar dengan ugut dan cabar-mencabar. Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang juga Adun Kempas turut membayangkan perkara serupa dengan cara mengusulkan undi percaya kepada Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad sebagai tujuan membalas dendam. Malah Suhaizan Kayat, Speaker DUN Johor juga terbuka untuk menerima usul tergempar yang membawa perkara serupa seperti di Perak walaupun mengakui tidak menerima usul seumpama itu untuk dibawa ke dalam sidang DUN. Jika perbalahan ini tidak dileraikan, tentunya selain Johor, beberapa negeri lain juga akan ditimpa risiko yang sama seperti Melaka dan Sabah. Tetapi untuk meleraikan kekusutan ini sudah pasti tidak mudah. Kedua-duanya mempunyai ego dan keangkuhan yang tersendiri untuk dileburkan atau sekurang-kurangnya direndahkan. Apatah lagi parti-parti yang berada pada kapasiti pemerintah ketika ini bergabung atas ikatan yang rapuh, samar-samar dan bersifat bom jangka. Hal ini akan semakin sukar untuk mereka tangani bila menjelang pilihan raya umum akan datang. Mungkin hanya Pas sahaja yang kelihatan selamat setakat ini. Biasalah, dalam semua keadaan memang Pas lebih gemar ‘playsafe’. Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat dahulu, perbalahan lebih mudah tercetus antara PKR dan DAP. Pas sering menggambarkan mereka sebagai pengikat antara kedua-dua parti itu. Tetapi akhirnya yang menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat adalah parti itu manakala PKR dan DAP masih kekal bekerjasama sehingga kini. Malah sebelum pengundian usul percaya dibuat, Razman Zakaria, Exco Negeri Perak yang juga Adun Gunung Semanggol dari Pas secara semberono menyifatkan perbuatan menukar kerajaan adalah penderhakaan dan pengkhianatan. Pas memang sering menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja yang mengurniakan jawatan dan pangkat apatah lagi wang ringgit kepada mereka. Agak gelojoh lagi apabila Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan yang menegaskan parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan negeri yang baharu. Dikatakan kenyataan itu gelojoh kerana tidak lama kemudian, Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak pula menyatakan pihaknya masih menunggu arahan Pas Pusat tentang pembentukan kerajaan negeri yang baharu. Secara mudah fahamnya, jika Setiausaha Agung yang secara langsung atau tidak langsung mewakili lidah Presiden, maknanya Pas tidak perlu menyertai kerajaan baharu. Tetapi itu pun kalau Pas masih ada maruah dan mahu menjaga air muka. Demikianlah simbiosis Pas dengan jawatan dan kuasa ketika di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang. Tiada lagi istilah ketulenan perjuangan seperti yang kerap dilaungkan oleh para penceramahnya satu ketika dahulu. Dan kini, selain menyaksikan pertengkaran Bersatu dan Umno yang akan ada kesinambungan selepas ini. Menarik juga dilihat dilema Pas dalam menyatakan sokongan. Apa yang pasti, pihak mana yang boleh tawarkan jawatan dan kuasa yang lebih menarik kepada Pas, maka itulah yang akan diberikan sokongan. Tidak mustahil itulah wajah yang akan Pas ulangi selepas ini jika tiba masanya. Cuma bergantung antara Umno dan Bersatu, parti mana yang sanggup berbelanja lebih demi memastikan taat setia Pas boleh dikekalkan supaya terus mengikut telunjuk dan kehendak mereka?

MOHD ARIF JUHANI

Tiada apa yang lebih menggembirakan pihak yang kalah apabila melihat musuhnya bergaduh sesama sendiri. Begitulah agaknya perasaan Pakatan Harapan (PH) apabila melihat Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dijatuhkan melalui undi percaya di Dewan Undangan Negeri Perak pada 4 Disember lalu.

Kalau mengikut kepada bacaan strategi pemikir ketenteraan terkenal China, Sun Tzu yang berkata, “kejayaan terbaik adalah kemenangan tanpa peperangan”, maka secara ceteknya, PH mungkin boleh dianggap meraih laba daripada perbalahan ini kerana tanpa perlu melakukan apa-apa, leher musuh sudah dikelar sesama mereka.

Apa yang menjadi persoalan lanjut adalah setakat mana bola tanggung ini dimanfaatkan oleh para pimpinan?

Gerakan untuk menjatuhkan dia bukan daripada musuh luar sebaliknya oleh gunting dalam lipatan iaitu Adun Pengkalan baru, Abdul Manaf Hashim dari Umno.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz berkata, gerakan untuk mengatur langkah tersebut telah dirancang sejak dua bulan lalu.

Puncanya mudah; kerana Faizal melantik Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim sebagai setiausaha politik tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Umno. Ayat mudahnya, Faizal mengabaikan Umno.

Begitulah Umno sejak dari awal penubuhannya. Tiada perkara lain yang difikirkan melainkan untuk mendapatkan jawatan, mengekalkan kuasa dan mengaut wang ringgit sebanyak-banyaknya.

Tidak usahlah bercakap soal perjuangan agama, bangsa dan negara. Contoh mudah kegagalan Umno sepanjang menjadi pemerintah dalam negara ini terdapat di mana-mana.

Paling tidak, ulanglah semula rakaman ucapan Abdul Hadi Awang yang begitu keras menghentam dan mengkritik Umno.

Oleh kerana begitulah sifat hakiki Umno, maka Faizal dijatuhkan dengan sokongan hanya 10 undi berbanding 38 yang menolaknya. Antara yang tegar menyokong Faizal adalah tiga Adun dari Pas. Hal seperti ini memang mudah diduga kerana kaedah bacaan kompas sokongan Pas adalah siapa berkuasa, itu yang akan didukung.

Begitu kerdil sekali kedudukan Faizal sebagai Menteri Besar Perak. Begitu hina sekali apabila beliau menjadi Menteri Besar Perak kali kedua di bawah nama Perikatan Nasional (PN). Begitu menipu sekali slogan mempertahankan Melayu dan Islam kerana akhirnya Melayu dijatuhkan oleh Melayu.

Rupa-rupanya ketakutan yang pernah Faizal suarakan kononnya kedudukan menteri besar akan dirampas benar-benar berlaku. Apa yang berbeza adalah dahulu dia fikirkan DAP yang akan jatuhkan dia.

Demikianlah kebodohan fikiran yang ada pada Timbalan Presiden Bersatu ini. Padanlah muka dan tanggunglah bencana hasil pengkhianatan sendiri. Walhal, semasa dia menjadi menteri besar di bawah PH, hak dan kuasanya dihormati tanpa diganggu-gugat.

Tetapi kerana sudah beranak dan membesar bersama Umno, akalnya sukar untuk menghakis kebimbangan palsu terhadap DAP.

Dimomokkan

Jika begini fikiran yang wujud dalam minda seorang pemimpin, bayangkanlah pula bagaimana bercelarunya minda ahli-ahli bawahan yang sering dimomokkan dengan propaganda yang menjadikan DAP dan PH sebagai gerakan politik yang akan memusnahkan kedaulatan Islam, Melayu dan institusi kesultanan dalam negara ini.

Sekarang selepas apa yang terjadi di Perak, maka kebimbangan Bersatu pasti kembali bergelora. Memang begitulah perasaan yang akan ditanggung oleh kumpulan pengkhianat.

Hidup mereka tidak pernah aman tenteram. Setiap hari, fikiran mereka dilanda ketakutan tentang ancaman dan serangan daripada musuh-musuh yang tidak dikenalpasti.

Parti pengkhianat ini sendiri percaya bahawa insiden dijatuhkan ini tidak akan berhenti setakat di Perak sahaja seperti disuarakan oleh Naib Presiden Bersatu, Mohd Rafiq Naizamohideen.

Beliau dilaporkan berkata, insiden yang sama boleh berlaku di Johor kalau Bersatu tarik balik sokongan terhadap Menteri Besar negeri itu dari Umno.

Kalau diukur kepada ungkapan ini, maknanya secara terselindung tetapi mudah dibaca: perbalahan Umno dan Bersatu kian melebar dengan ugut dan cabar-mencabar.

Bekas Menteri Besar Johor, Osman Sapian yang juga Adun Kempas turut membayangkan perkara serupa dengan cara mengusulkan undi percaya kepada Menteri Besar Johor, Hasni Mohammad sebagai tujuan membalas dendam.

Malah Suhaizan Kayat, Speaker DUN Johor juga terbuka untuk menerima usul tergempar yang membawa perkara serupa seperti di Perak walaupun mengakui tidak menerima usul seumpama itu untuk dibawa ke dalam sidang DUN.

Jika perbalahan ini tidak dileraikan, tentunya selain Johor, beberapa negeri lain juga akan ditimpa risiko yang sama seperti Melaka dan Sabah. Tetapi untuk meleraikan kekusutan ini sudah pasti tidak mudah. Kedua-duanya mempunyai ego dan keangkuhan yang tersendiri untuk dileburkan atau sekurang-kurangnya direndahkan.

Apatah lagi parti-parti yang berada pada kapasiti pemerintah ketika ini bergabung atas ikatan yang rapuh, samar-samar dan bersifat bom jangka. Hal ini akan semakin sukar untuk mereka tangani bila menjelang pilihan raya umum akan datang.

Mungkin hanya Pas sahaja yang kelihatan selamat setakat ini. Biasalah, dalam semua keadaan memang Pas lebih gemar ‘playsafe’.

Ketika Pas berada dalam Pakatan Rakyat dahulu, perbalahan lebih mudah tercetus antara PKR dan DAP. Pas sering menggambarkan mereka sebagai pengikat antara kedua-dua parti itu.

Tetapi akhirnya yang menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat adalah parti itu manakala PKR dan DAP masih kekal bekerjasama sehingga kini.

Malah sebelum pengundian usul percaya dibuat, Razman Zakaria, Exco Negeri Perak yang juga Adun Gunung Semanggol dari Pas secara semberono menyifatkan perbuatan menukar kerajaan adalah penderhakaan dan pengkhianatan.

Pas memang sering menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja yang mengurniakan jawatan dan pangkat apatah lagi wang ringgit kepada mereka. Agak gelojoh lagi apabila Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan yang menegaskan parti itu tidak akan menyertai pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Dikatakan kenyataan itu gelojoh kerana tidak lama kemudian, Razman yang juga Pesuruhjaya Pas Perak pula menyatakan pihaknya masih menunggu arahan Pas Pusat tentang pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Secara mudah fahamnya, jika Setiausaha Agung yang secara langsung atau tidak langsung mewakili lidah Presiden, maknanya Pas tidak perlu menyertai kerajaan baharu. Tetapi itu pun kalau Pas masih ada maruah dan mahu menjaga air muka.

Demikianlah simbiosis Pas dengan jawatan dan kuasa ketika di bawah kepimpinan Abdul Hadi Awang. Tiada lagi istilah ketulenan perjuangan seperti yang kerap dilaungkan oleh para penceramahnya satu ketika dahulu.

Dan kini, selain menyaksikan pertengkaran Bersatu dan Umno yang akan ada kesinambungan selepas ini. Menarik juga dilihat dilema Pas dalam menyatakan sokongan. Apa yang pasti, pihak mana yang boleh tawarkan jawatan dan kuasa yang lebih menarik kepada Pas, maka itulah yang akan diberikan sokongan.

Tidak mustahil itulah wajah yang akan Pas ulangi selepas ini jika tiba masanya. Cuma bergantung antara Umno dan Bersatu, parti mana yang sanggup berbelanja lebih demi memastikan taat setia Pas boleh dikekalkan supaya terus mengikut telunjuk dan kehendak mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan