Ku Nan dilepaskan selepas pendakwa raya tarik balik pendakwaan

SITI NUR ZAWANI MISCON

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilepas tanpa dibebaskan dari kes rasuah RM1 juta selepas pendakwa raya menarik semula pendakwaan terhadapnya.

Mahkamah Tinggi hari ini mengeluarkan perintah tersebut apabila pihak pendakwaan memutuskan tidak lagi ingin meneruskan kes terhadap Tengku Adnan.

Pada 15 November tahun lalu, Tengku Adnan yang dikenali sebagai Ku Nan berdepan dengan pertuduhan menerima suapan dari ahli perniagaan Datuk Tan Eng Boon.

Beliau mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menerima suapan melalui cek Public Bank milik syarikat Pekan Nenas Industries Sdn Bhd yang didepositkan ke dalam akaun CIMB Bank kepunyaannya (Ku Nan).

Perbuatan itu didakwa dilakukan sebagai upah untuk membantu permohonan Nucleus Properties Sdn Bhd (sekarang dikenali sebagai Paragon City Development Sdn Bhd) bagi menambah nisbah plot sebidang tanah berkaitan dengan pembangunan Lot 228, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan