Surat terbuka buat Muhyiddin, Azmin dan Saifuddin

Dr Dzulkefly Ahmad

Surat terbuka ini penulis tujukan kepada bekas rakan-rakan kabinet Pakatan Harapan (PH), khasnya Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri kelapan, Azmin Ali dan Saifuddin Abdullah.

Lama penulis tunggu untuk terbitkan surat terbuka ini, kerana permintaan PM8, supaya 'jangan berpolitik' semasa Covid-19. Arahan itu nyata sukar dilaksanakan beliau sendiri. Rasa terpanggil untuk terbitkan setelah membaca penulisan Prof Ulung Shamsul Amri.

Tahniah dan syabas seluruh 'frontliners' di seluruh negara, berjaya mengawal penularan virus SARS CoV-2 dengan berkesan. Kedepan ini, jangan bermudah-mudah dan selesa.

Ya, sangat berat dan terlalu besar impak sosio-ekonominya kepada negara dan dampaknya ke atas seluruh kehidupan rakyat bukan kepalang.

Justeru PM8 dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) jangan ambil kredit keterlaluan, atas kerja gigih dan berterusan warga besar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta penggemblengan komitmen seluruh segmen masyarakat (swasta, NGO, dan lain-lain).

Empat pakej rangsangan dilaksanakan menelan RM65bilion. RM20 bilion dimulakan kerajaan PH sejak Disember 2019. Berbelanja sebegini sememang mudah. Lebih besar peruntukan lebih baik untuk ringankan bebanan rakyat.

Hanya diralati, perbelanjaan besar ini tidak langsung kerajaan PN izinkan dibahas dan dilulus di Parlimen. Lebih demokratik andainya, Parlimen bersidang seperti negara-negara lain.

Surat terbuka ini tidak berhajat mengulangi kronologi 'Langkah Sheraton' yang sarat dengan 'tipu-helah' dan 'kecurangan'. Cukuplah.

Kepada yang masih musykil sila rujuk video terbitan mantan Menteri Belia & Sukan, YB Syed Sadiq. Buat penulis, video ini paling epik, tuntas serta autoritatif.

Sebaliknya, tujuan surat ini adalah bagi mewakili rakyat-pengundi yang telah memandatkan PH untuk memahami, kenapa tuan-tuan rancang dan dalangi kesemua ini? Mereka mahu kepastian.

Sebabnya mudah? Sejak 21 bulan kita bersama-sama memimpin Kerajaan PH, dalam jatuh-bangun, suka-duka, baik-buruk dan kalah-menang PH setiap PRK, kita harungi segalanya, bersama.

Seikhlasnya, kami simpati Muhyiddin yang terpaksa bertarung nyawa dengan masalah kesihatan, menyebabkan beliau terkadangkali tidak bersama. Tetap kami panjatkan doa dan solat hajat.

Hampir setiap minggu mesyuarat jemaah menteri diadakan. Semua berhak bersuara, mengemuka usul, berbicara atas apa jua tajuk dan agenda. Dr Mahathir Mohamad selaku perdana menteri izinkan semua, terkadangkali mengundang kontroversi, sensitiviti, emosi serta suhu tinggi.

Seingatan penulis, tuan-tuan tidak pernah mengusulkan 'ketidakpuasan' atau 'penentangan' terhadap isu atau pihak serta golongan tertentu. Seolah-olah tidak ada 'pertikaian besar'.

Surat terbuka ini ulangi rakaman keberanian Muhyiddin menentang kleptokrasi PM6 sehingga dipecat. Juga terserlah penentangan Muhyiddin terhadap PAS semasa berkempen.

Mengikut rakaman, Muhyiddin pernah sebut PAS 'Parti Ajaran Sesat' dan parti 'Penunggang Agama'. Penulis sendiri belum pernah buat kenyataan sehebat atau sedahsyat itu!

Azmin pula, lebih 'ngeri' lagi herdikannya terhadap Umno dan PAS. Apa lagi yang tidak dikatakan Azmin terhadap Umno?

Nah, apakah semua itu kini, adalah 'wayang' dan 'silap-mata' tuan-tuan? Pastinya tidak wajar kalau kini penulis tuduh itu semua sebagai lakonan tuan-tuan!

Pertikaian ini tidak lagi bererti. Jelasnya, tuan-tuan korbankan prinsip-prinsip perjuangan, kompas moral serta pendirian politik tuan-tuan apabila bersedia 'bersekongkol' dengan PAS-Umno untuk menjatuhkan kerajaan dimandat rakyat.

Bolehkah diterima rakyat-pengundi PH bahawa segala ini dilakukan, hanya kerana Muhyiddin mengambil peluang, sekali dalam seumur hidupnya, untuk diangkat menjadi PM8? Semudah begitu sahaja?

Bolehkah pengundi PH terima dakwaan Muhyiddin bahawa segala-galanya adalah kononnya untuk 'menyelamatkan negara'...meskipun terpaksa 'bekerjasama' dengan kleptokrat Umno dan golongan yang bermuafakat dengan mereka, untuk menjatuhkan kerajaan PH? Amat ironis dan songsang sekali!

Di sebalik seluruh rentetan kebrantakan politik termasuk mendapat persetujuan Dr Mahathir dengan 'rancangan rapi' tuan-tuan untuk tinggalkan PH, tersimpan satu persoalan besar yang surat terbuka ini tuntut untuk dijawab!

Persoalan maha besar dan maha penting ini mestilah dijawab tuan-tuan dengan lidah yang fasih dan hati yang jujur.

Surat terbuka ini mendakwa, sementara ahli kabinet PH yang lain berusaha gigih membangunkan negara dengan cita-cita murni "kemakmuran bersama", Tuan-Tuan tidak bersama kami, bahkan sebalik sebaliknya merancang secara sulit menjatuhkan kami.

Surat terbuka ini juga mendakwa, sementara kami berusaha keras membina kembali sebuah negara yang inklusif dan adil, demokratik dan bersih.... berteraskan tujuan-tujuan besar Syariah (Maqasid Syariah)... buat merealisasikan 'keharmonian dan kesejahteraan perhubungan antara kaum serta penghormatan antara agama'....

Tuan-tuan menyangsi serta menyimpan penentangan terhadap cita-cita murni kami ini.

Maka apakah benar kalau surat terbuka ini mendakwa bahawa 'Cita-Cita & Impian Malaysia Baru' atau 'The New Malaysian Dream' yang kami perjuangkan sememangnya berbeza dengan Malaysian Dream yang tuan-tuan impikan? Bilakah bermula episod 'tidur sebantal, tetapi mimpi lain-lain' ini? 21 Februari atau lebih awal lagi?

Hari ini tuan-tuan mahu rakyat percaya bahawa segala-gala yang kami lakukan dalam 21 bulan dalam kerjaan PH kononnya adalah salah dan tersasar? Ataukah tuan-tuan sebenar-benarnya yang tidak pernah memahami, apatah lagi untuk menghayati cita-cita dan perjuangan PH yang kita sepatutnya dukungi bersama?

Nah, surat terbuka ini ingin bertanya, apakah tuan-tuan juga turut mendakwa bahawa segala-galanya adalah berpunca dari DAP, sebagai parti yang kononnya menjadikan sebab kerajaan PH itu salah dan tersasar?

Apakah benar bahawa kesemua perubahan sikap ini terbit dari 'jalur pemikiran politik' yang tuan-tuan baru anuti dan dokongi sejak akhir-akhir ini ataukah mungkin juga sudah untuk kesekian lamanya?

Sementara surat terbuka ini bersedia menerima kelemahan mahupun kesilapan individu-individu pemimpin mahupun parti-parti komponen PH termasuk dari DAP, apakah rasional atau wajar untuk meletakkan segala-gala punca masalah kerajaan PH berpusat dan bermula dengan DAP dan kerana DAP?

Apakah tuan-tuan juga turut menuduh seluruh dasar-dasar PH ditentukan oleh DAP dan PH kononnya diperkudakan dan dikontrol sepenuhnya oleh DAP? Masuk akal ke itu? Dan DAP cita-citanya adalah untuk memusnah Melayu?

Mungkin tuan-tuan tidak suka atau benci DAP, itu munasabah. Tetapi kalau segala-gala adalah salah DAP, itu tidak munasabah! Itu zalim namanya! Tuan-tuan wajar dan wajib jawab kerana tuan-tuan juga adalah ahli Kabinet! Kalau kami tunggul, mungkinkah tuan-tuan pun sama tunggul? Kalau kami penakut, maka tuan-tuan juga sama penakut ke?

Lupakah kita dengan satu amaran keras dari Pencipta Yang Maha Agong dalam FirmanNya supaya kita sama-sama ambil peringatan tentang melakukan kezaliman terhadap sesuatu kaum atau pihak.

“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran;

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil, kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.”

Ya, kita boleh berbeza pandangan politik, bahkan boleh bersaing dan 'bertentangan'' di pentas demokrasi secara sivil, tetapi jangan tularkan politik kebencian dan politik peras-ugut serta ketakutan, kerana ia akan menjurus kepada sikap kezaliman.

Akhir sekali, penulis kembali tegaskan bahawa PH adalah usaha 'Koalisi Politik Kontemporari' oleh golongan Muslim Demokrat. Kami amat memahami tuntutan bersilang antara kaum dan agama yang kerap menjadi pertikaian.

Namun kami bercita-cita membangunkan sebuah negara-bangsa yang memahami tuntutan 'kepelbagaian' (diversity) sebagai realiti sosio-demografik negara bertuah ini.

PH adalah komitmen politik Muslim Demokrat yang dipimpin Anwar Ibrahim yang kini menggembleng usaha bersama Dr Mahathir dan Shafie Afdal untuk mengangkat daya saing ekonomi negara serta maruah dan martabat negara di kaca mata dunia.

Cita-cita murni kami adalah untuk melahirkan kepimpinan Melayu-lslam (Malay/Muslim-led Govt) yang teguh, berprinsip, jujur-amanah dan kompeten. Kami pasakkan perjuangan ini dengan berlandasakan tuntutan tujuan-tujuan besar Syariah (Mqasid Syariah), cita-cita mendukung "Islam dalam mengurus kepelbagaian' serta "kepelbagaian dalam bingkai kesatuan" seperti yang dituntut dalam agama Islam.

(Sila rujuk kitab "al-Islam wa al-Tanawwu' : al-lkhtilaf wa al-Tanawwu' fi Itar al-Wihdah - Islam dan Pluraliti : Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan - karangan tokoh besar pemikiran lslam.kontemporari, Dr Muhammad 'lmarah.

Hari ini tuan-tuan telah nyata meninggalkan 'Jalur Pemikiran Muslim Demokrat,' yang didukungi oleh PH. Amat ironis dan malang sekiranya tuan-tuan cenderung dan memilih untuk menganuti Pemikiran Jalur Pemikiran Kanan (Far Right) yang mengadu-domba permusuhan antara kaum secara sempit dan perseteruan antara agama secara ekstrem.

Namun semua itu akhirnya adalah hak masing-masing. Cuma rakyat mahukan kejelasan halatuju atau 'clarity of intent-purpose'. Tegasnya, pimpinan PH bebas dari terperangkap dalam 'time-warp' 'politik identiti' dan pemikiran terkepung' (siege mentality) 'Jalur Pemikiran Bangsa' secara keterlaluan serta bersadurkan agama secara emotif.

Semoga surat terbuka ini akan memulakan satu 'National Conversation' - 'Bicara Nasional' - dalam rangka ke arah 'nation rebuilding' tanah air bertuah ini.

Surat terbuka ini merakamkan pelbagai persoalan yang perlu dijawab khasnya oleh tuan-tuan. Jutaan terima kasih kerana sudi membaca. Pohon jutaan maaf atas laras bahasa yang tidak dapat dielakkan.

DR DZULKEFLY AHMAD adalah pengarah strategi, Amanah dan bekas menteri kesihatan.

Selepas jadi kerajaan, baru Pas sedar banyak tidak boleh dibuat

MALAYSIA DATELINE
Selepas menjadi kerajaan barulah Pas memahami kaedah pentadbiran negara, dakwa aktivis ekoran tindakan diam pemimpin dan penyokong parti itu dalam menghadapi isu semasa sejak kebelakangan ini.

Aktivis Jamzuri Ardani telah menyenaraikan 11 perkara apa yang selama ini tidak difahami oleh Pas tetapi hanya difahami selepas mereka menjadi kerajaan.

“Bila dah jadi kerajaan baru lebai faham,” tulis Jamzuri sambil menyenaraikan 11 perkara itu

Perkara pertama yang dinamakan oleh Jamzuri adalah tindakan Tabung Haji menstrukturkan semula aset adalah bijak.

Ini berikutan laporan pendapatan besar Tabung Haji sebagaimana yang diumumkan dalam laporan setengah tahun pertama TH untuk 2020.

Pas juga, kata Jamzuri, baru mula memahami bahawa tanaman buluh adalah berpotensi besar untuk industri baru.

Ini disahkan sendiri oleh Menteri Perusahaan Utama, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali yang kini galak membuat kempen menanam buluh.

Padahal sebelum ini beliaulah yang banyak menyerang Teresa Kok ketika Menteri Kerajaan Pakatan Harapan itu membuat promosi untuk tanaman buluh.

Pas juga, kata Jamzuri, baru sedar bahawa golongan Mak Nyah perlu disantuni bukannya dikecam sebagaimana yang dibuat Pas sebelum ini.

Begitu juga kempen “Beli barangan Muslim first” tidak sesuai dijadikan agenda kerajaan kerana kerajaan perlu menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

Padahal, Pas bersama Umno galak membuat kempen BMF bagi menekan DAP seolah-olah semuanya salah DAP.

Pas juga, kata Jamzuri, baru sedar bahawa meminum sesudu exctract minyak sawit setiap hari adalah baik untuk kesihatan.

Ini berikutan pengesahan Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang menegaskan amalan meminum minyak sawit merah memang digalakkan kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, kempen minum sesudu minyak sawit sehari yang dijalankan MPOB adalah merujuk kepada minyak sawit merah, bukan minyak sawit yang yang biasa digunakan untuk memasak.

“Sebenarnya yang kita kempen sesudu minyak sawit sehari adalah minyak sawit merah, bukan minyak masak.

“Ia merupakan sumber vitamin A dan E yang sangat baik untuk jantung, kesihatan mental, untuk diabetes dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media sempena program Jom MSPO (Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia) peringkat Kelantan di Machan.

Pas juga, kata Jamzuri, baru sedar bahawa harga minyak tidak boleh ditetapkan, tapi hanya boleh distabilkan selepas menjadi kerajaan.

Pas juga baru sedar bahawa menghapuskan hutang PTPTN tidak boleh dibuat selepas menjadi kerajaan.

Kerajaan Malaysia tak boleh bergaduh dengan negara China atas isu Uighur juga baru disedari oleh Pas selepas menjadi kerajaan, katanya lagi.

Fakta bahawa sekolah vernakular tak boleh dihapuskan dan kes Adib belum boleh buat pendakwaan lagi juga hanya baru disedari Pas selepas menjadi kerajaan.

“Dan yang paling penting serta mengejutkan Vellfire juga boleh buat drift depan stesen minyak,” katanya menyindir Pas.

Apa bakal terjadi sekiranya undian tidak memihak kepada PM pada 13 Julai nanti?

Cakap-cakap bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyuddin Yassin akan membentangkan usul untuk menggantikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming bukan cakap-cakap kosong.

2. Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya menerima melalui Poslaju pada hari ini 8hb Julai 2020 (5 hari sebelum sidang Dewan Rakyat bermula) sebuah dokumen Parlimen Malaysia setebal 350 muka surat berkenaan Aturan Urusan Mesyuarat bermula dari 13 Julai 2020 hingga 27 Ogos 2020. Dokumen ini bukan dokumen rahsia dan tiada peraturan “embargo” dikenakan, maka saya ingin berkongsi maklumat dengan para pembaca di luar sana supaya anda semua tahu apa yang akan berlaku di dalam Dewan Mesyuarat Parlimen.

3. Usul untuk menggantikan Tan Sri Mohamad Arif merupakan Usul No.2 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul pada 13 Julai 2020. Usul itu berbunyi: “ Perdana Menteri akan mencadangkan:- “Bahawa Dewan rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang di-Pertua.”

4. Usul No. 2 tersebut diikuti dengan Usul No.3 dari Perdana Menteri yang mohon mencadangkan Datuk Azhar bin Azizan @ Harun dipilih menjadi Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 4(1) Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat.

5. Usul No.4 pula bertujuan untuk mengenepikan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, YB Nga Kor Ming. Manakala usul No.5 untuk mencadangkan Dato’ Sri Azalina binti Othman Said, Ahli Parlimen Pengerang sebagai Timbalan Speaker. Kedua-dua usul ini, No.4 dan No.5 juga dibentangkan oleh Perdana Menteri.

6. Bagaimana jika usul No.2 itu ditolak oleh Dewan Rakyat atau keempat-empat usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri itu mengalamai kekalahan? Jika Perdana Menteri kalah bermaka Kerajaan Perikatan Nasional pimpinannya juga kalah. Adakah Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan jika kesemua usul yang beliau bentangkan itu atau salah satu daripadanya ditolak oleh Dewan Rakyat?

7. Tidak ada peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan atau amalan bersifat konvensi yang menuntut Perdana Menteri meletakkan jawatan. Muhyiddin Yassin akan berasa kecundang dan Kerajaan PN akan menerima tamparan dari blok pembangkang jika usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker berkesudahan dengan kekalahan. Tetapi dengan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berani membentangkan usul-usul tersebut memberi isyarat awal bahawa kerajaan PN pimpinannya padu dan kukuh dan beliau sebagai Perdana Menteri mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang menyokong kerajaan pimpinannya.

8. Ujian yang dihadapi oleh Muhyiddin Yassin pada 13 Julai ini besar. Pakatan Harapan Plus walaupun nampak ada masalah dalaman sesamanya tetapi dalam soal menghadapi Usul mengenepikan Speaker Mohamad Ariff dan Timbalan Speaker YB Nga Kor Ming yang dibawa oleh Perdana Menteri, mereka bersatu dan akan memberi tentangan yang hebat di Parlimen nanti pada 13 Julai ini.

9. Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak perlu merajuk dan patah hati jika usul-usulnya itu nanti menghadapi kekalahan. Beliau boleh merujuk sejarah. Pada tahun lepas 2019 usul dari Kerajaan Pakataan Harapan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminda Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan juga menghadapi kekalahan apabila gagal mendapat kelulusan dua pertiga Dewan Rakyat kerana mendapat tentangan dari blok pembangkang ketika itu. Tun Dr Mahathir tidak meletak jawatan kerana kekalahan itu dan tidak juga pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen.

10. Muhyiddin Yassin pun perlu berbuat hal yang sama iaitu terus mentadbir negara jika usul-usulnya itu tewas di Parlimen. Malu sedikit tidak apalah kerana reputasinya sebagai Perdana Menteri Kerajaan PN tercalar. Tetapi Muhyiddin Yassin tidak perlu sampai terpaksa menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen untuk mengadakan Pilihanraya Umum ke-15 yang mengejut kerana terkejut.Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 40 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan mempunyai kuasa untuk tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen. Perdana Menteri tentu tahu hal ini dan beliau tentu akan berhati-hati.

11. Secara peribadi saya selaku Ahli Parlimen dari PH dan Parti Keadilan Rakyat pernah menyuarakan tuntutan terbuka supaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meletakan jawataan sekira usulnya mengenepikan Speaker Mohamad Ariff menemui kegagalan. Tetapi siapalah saya untuk mendesak tuntutan sedemikian terhadap Perdana Menteri memandangkan usul-usul mengenepikan Speaker dan Timbalan Speaker Mohamad Ariff dan Nga Kor Ming bukanlah usul yang bersifat kewangan seperti Belanjawan Tahunan Negara yang menuntut Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya meletakkan jawatan sekiranya usul berkenaan Belanjawan Negara itu kalah di Parlimen.

12. Tetapi bagaimana jika Usul-usul Perdana Menteri itu beroleh kemenangan dan Speaker serta Timbalan Speaker yang ada sekarang berjaya diketepikan melalui proses pengundian yang telus dan adil di Parlimen? Ini tentu satu suntikan semangat yang kuat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN pimpinannya. Dan ia merupakan satu tamparan hebat kepada blok pembangkang PH Plus.

13. Tetapi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak berada dalam keadaan selesa pada 13 Julai nanti. Kerana di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada tarikh tersebut terdapat satu usul No.27 yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Ahli Parlimen Langkawi yang akan mencadangkan :-

“ Bahawa Dewan ini memberi kebenaran kepada Yang Berhormat bagi kawasan Langkawi untuk mencadangkan suatu usul iaitu menurut Peraturan Mesyuarat 26(1) dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3), dalam Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai keyakinan majoriti Ahli-Ahli yang Berhormat Dewan Rakyat.”

Persoalan berkenaan prosedur ialah adakah pada 13 Julai nanti usul No.27 yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir sempat dibentangkan dan dibahas serta diputuskan dengan undi atau terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain?

Sama-samalah kita ikuti perkembangaan menarik di Parlimen nanti.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Rabu 8 Julai 2020

Lagi pemimpin Pas kalah saman fitnah bayar RM100,000

MALAYSIA DATELINE

Selepas Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi, giliran bekas ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin pula kalah saman fitnah.

Mohamed Hafiz hari ini gagal mendapat kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada peguam, Eric Paulsen dalam tuntutan kes saman fitnah terhadapnya.

Hakim Besar Malaya, Azahar Mohamed, yang mempengerusikan panel tiga hakim, menolak permohonan kebenaran untuk merayu dikemukakan oleh Mohamed Hafiz.

Panel hakim yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan, Mohd Zawawi Salleh dan Vernon Ong Lam Kiat itu memberikan alasan persoalan undang-undang yang dibangkitkan oleh Hafiz gagal memenuhi kehendak Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Hafiz Mohamed Nordin
Lapor Bernama, panel itu juga mengarahkan Mohamed Hafiz yang juga aktivis NGO Jalinan Muslimin Pulau Pinang membayar kos sebanyak RM10,000.

Susulan keputusan itu, mahkamah turut mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 4 Julai 2018 yang mengarahkan Mohamed Hafiz membayar ganti rugi tersebut kepada Paulsen yang ketika itu merupakan pengarah eksekutif ‘Lawyers For Liberty’.

Sebelum itu, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Paulsen pada 2 Sept 2015 selepas peguam itu mengeluarkan kenyataan fitnah melalui laman Twitter @EricPaulsen101 pada 9 Jan 2015.

Pada 22 Oktober 2015, Paulsen memfailkan saman balas terhadap pertubuhan itu dan Mohamed Hafiz sebagai defendan pertama dan kedua berhubung penerbitan satu artikel berjudul ‘Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan’ bertarikh 9 Februari 2015 di laman web Isma.

Bagaimanapun, Isma menarik balik saman itu selepas berpuas hati dengan penjelasan Paulsen mengenai kenyataannya yang didakwa mengaitkan pertubuhan itu sebagai kumpulan ekstremis.

Paulsen turut menarik balik saman balas terhadap Isma. Bagaimanapun, ia tidak membabitkan Mohamed Hafiz.

Peguam Latheefa Koya dan Shahid Adli Kamarudin mewakili Paulsen manakala Mohamed Hafiz oleh Hasnal Rezua Merican.

Pada 3 Februari lalu, Razman diperintahkan oleh mahkamah membayar RM254,150 kepada Nizar kerana memfitnah melalui kenyataan yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 2 Jun 2015 melalui rencana bertajuk “Pendekatan Nizar mirip DAP”.

Selanjutnya pada 26 Februari lalu, Syarhan pula diperintahkan bayar oleh mahkamah RM80,000 kepada wakil rakyat DAP, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah anti-Islam melalui akaun Facebook tahun lalu.

Freemalaysiatoday dan SPRM cuba timbulkan fitnah?

Mana ada wang tunai RM70,000 dirampas, Kanun persoal SPRM
SITI NUR ZAWANI MISCON

Badan Kanun (Biro Undang-Undang) AMANAH menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan media lebih profesional berhubung siasatan ke atas bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Pengerusinya, Dr Zulqarnain Lukman berkata, tindakan SPRM sama sekali tidak mencerminkan sifat profesionalisme Suruhanjaya tersebut apabila didapati menggeledah rumah Mohd Azhar Che Mat Dali seolah-olah beliau terlibat dengan kes jenayah besar.

ZULQARNAIN
Malah, beliau turut menafikan laporan media yang mendakwa wang tunai pelbagai mata wang bernilai lebih RM70,000 disita daripada rumah Azhar atau pejabat Wisma AMANAH.

“Tindakan SPRM yang telah menggeledah rumahnya ketika keluarganya tiada di rumah pada waktu dinihari seolah-olah beliau adalah seorang penjenayah yang terlibat dengan kes jenayah besar seperti 1MDB, adalah dikesali dan tidak mencerminkan sifat profesionalisme SPRM.

“Tambahan lagi, tiada wang tunai pelbagai mata wang bernilai lebih RM70,000 disita daripada rumah beliau atau pejabat Wisma Amanah sebagaimana yang dilaporkan di dalam media.

“Ini adalah berita fitnah atau palsu dan bersifat mala fide atau berniat jahat terhadap Setiausaha Politik berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, KANUN memaklumkan bahawa rumah Azhar digeledah antara jam 2 hingga 5 pagi dan pejabatnya di Wisma Amanah Negara di Kuala Lumpur juga turut digeledah selepas itu pada kira-kira jam 5.30 pagi semalam.

Kedua-dua penggeledahan itu didakwa dilakukan tanpa ada sebarang waran penggeledahan diserahkan kepada pemilik premis.

Sementara itu, Zulqarnain memaklumkan, Azhar didapati hadir dengan niat baik pada petang 7 Julai ke pejabat SPRM apabila diminta hadir untuk membantu siasatan sebagai saksi kes dan bukan suspek terhadap kes yang sedang disiasat.

Namun katanya, adalah mengejutkan apabila Azhar ditahan sebagai suspek walhal pada awalnya beliau hanya diminta hadir untuk membantu siasatan.

“KANUN ingin mengingatkan SPRM bahawa seseorang suspek mempunyai hak yang berbeza dengan seorang saksi yang mana jika beliau hadir sebagai seorang suspek sepatutnya beliau dibenarkan untuk membawa peguam bersamanya dan diberitahu alasan penangkapan terlebih dahulu.

“Dikhuatiri tindakan-tindakan tidak profesional SPRM seperti di atas, akan menyebabkan SPRM dilihat oleh orang ramai sebagai alat pemerintah yang berniat jahat kepada pembangkang, khasnya menjelang persidangan parlimen pada 13 Julai 2020,” katanya lagi.

Mereka juga mendakwa, ada sumber dalaman yang mahu sensasikan isu, rosakkan Imej AMANAH

Pada masa sama, KANUN menyelar laporan portal media Free Malaysia Today yang dikatakan tidak tepat selepas menyiarkan berita dengan tajuk “MACC nabs Mat Sabu’s aide over RM56 mil project, cash seized” yang diterbitkan pada semalam.

Menurut Zulqarnain, laporan tersebut menggambarkan seolah-olah setpol berkenaan bersalah dan sejumlah wang tunai bernilai RM71,729 iaitu RM20,650, S$7,293, A$695, US$606, £3,520, ‎‎€200 dan 400 bahts bersama dokumen berkaitan projek kementerian dirampas daripada beliau.

Sedangkan katanya, dalam prosiding reman pada 8 Julai itu terdapat 2 lagi suspek yang direman termasuk seorang pegawai tentera berpangkat besar yang dikatakan telah menjalani tahanan reman sebelumnya dan ini adalah reman kali kedua baginya.

“Kegagalan media itu menyebutkan dua suspek lain serta rampasan itu dibuat daripada siapa menunjukkan niat tidak baik dan tidak profesional media terhadap SetPol tersebut khasnya dan kepada Parti Amanah Negara secara amnya.

“KANUN turut hairan bagaimana pihak media boleh mendapatkan nilai dan pecahan yang terperinci berkaitan jumlah rampasan itu,” ujarnya.

Beliau berkata, adalah mustahil untuk angka tersebut diperolehi pihak media kecuali adanya orang dalam yang membocorkan maklumat fail bagi tujuan mensensasikan berita tersebut dan pada masa yang sama mencemarkan nama AMANAH dan Pakatan Harapan.

Jelasnya, kebocoran maklumat sedemikian tidak seharusnya menjadi amalan mana-mana pegawai kerajaan dan pihak SPRM perlu mengetatkan SOP mereka supaya kebocoran maklumat yang boleh mendatangkan penganiayaan terhadap mana-mana pihak tidak akan berlaku.

Dalam pada itu, KANUN menyeru pihak SPRM segera mendapatkan surat akuan perisytiharan harta daripada anggota pentadbiran kerajaan khasnya kabinet Tan Sri Muhyiddin Yasin dan seluruh ahli Parlimen Perikatan Nasional memandangkan mereka sudah menjadi kerajaan lebih daripada empat bulan.

“Ini menunjukkan SPRM di bawah kerajaan PH dahulu lebih proaktif dan profesional berbanding pada zaman sekarang.

“Sudahlah perisytiharan harta pihak pemerintah tidak dilakukan seperti sepatutnya, SPRM bawah kerajaan PN kelihatan seolah-olah mensasarkan pembangkang melalui tindakan secara tidak profesional,” tempelaknya.

Anwar yakin dapat sokongan, kata Khalid Samad

MALAYSIA DATELINE

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan berjaya dalam rundingannya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau membentuk kerajaan dan mengembalikan semula mandat rakyat.

Menurut Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad, perkara ini diberitahu Anwar dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan baru-baru ini.

“Datuk Seri Anwar memberitahu mesyuarat, beliau sudah hampir dapat kejayaan dalam rundingan itu. Oleh itu, jika nama beliau digugurkan sebagai calon PM, rundingan itu akan terjejas,” kata Khalid dalam temubual dengan Jom Chanel malam tadi.

Anwar dipercayai membuat permintaan ini berikutan cadangan baru dari Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Shafie Apdal dicalonkan sebagai Perdana Menteri.

Kenyataan Khalid mengesahkan berita Malaysia Dateline sebelum ini yang melaporkan Anwar sedang membuat rundingan akhir bagi membentuk kerajaan menjelang sidang Parlimen yang bermula Isnin 13 Julai ini.

Dalam temubual itu juga Khalid menegaskan PH tidak pernah menggugurkan nama Anwar sebagai calon PM.

“Anwar tetap menjadi pilihan nombor satu kita. Pilihan kedua iaitu Tun Dr Mahathir telah ditolak oleh Keadilan. Pilihan ketiga Datuk Seri Shafie Apdal, sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir, kita sedang rundingkan.

“Jadi kita ada dua opsyen sekarang, pilihan satu Anwar atau Shafie,” kata Khalid.

Menurut beliau, Anwar dan Shafie telah diputuskan agar berunding bagi mempastikan kejayaan PH untuk mengembalikan semula mandat rakyat.

“Mana-mana pilihan samada Anwar PM dan Shafie timbalan atau Shafie PM, Anwar timbalan, kita harap kedua-dua mereka berunding,” kata Khalid memaklumkan tentang keputusan mesyuarat itu.

Dewan Rakyat akan bersidang 13 Julai ini dengan agenda utama adalah usul dari Perdana Menteri agar Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Meng meletakkan jawatan.

Jika usul ini diundi, ia akan memberikan penentu samada kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ada mempunyai sokongan majoriti atau tidak.

Exco Pas dituntut jelaskan sumber wang bawa 109 staf, keluarga ke resort

SITI NUR ZAWANI MISCON

Exco Pas Terengganu dituntut menjelaskan sumber wang yang digunakan semasa percutiannya bersama 109 orang kakitangan termasuk ahli keluarganya baru-baru ini.

Ia selepas pengusaha Summer Bay Resort Pulau Lang, Fah Ming Chong memuatnaik hantaran Facebook yang memaklumkan lawatan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu ke resort itu.

Ketua Pemuda AMANAH Terengganu, Zamir Ghazali berkata, tindakan Ariffin Deraman yang membawa staff dan ahli keluarga sekiranya dengan peruntukan kerajaan Negeri itu, adalah salah.

“Kami belum ada maklumat jika ‘family gathering’ bersama itu menggunakan duit negeri atau duit peribadi (untuk) bercuti.

“Jika Exco menggunakan duit peribadinya sendiri, sukar untuk ditafsirkan salah,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Semalam, Malaysia Dateline melaporkan, Ariffin yang juga ADUN Alor Limbat berkata, lawatan ke Pulau Lang Tengah itu bagi melihat prosedur operasi standard (SOP) norma baharu bagi pulau peranginan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Walau bagaimanapun, semakan mendapati hantaran tersebut yang turut menyertakan sejumlah gambar rombongan telah dipadam dari Facebook Ariffin.

Sementara itu, mengulas lanjut, Zamir berkata Exco Pas itu berbelanja dengan tidak berorientasikan kempen ‘Buy Muslim First’ yang menjadi kempen politik parti beliau.

“Buktinya seperti di Kelantan juga dalam isu pembelian Mercedes. Beli dengan syarikat Cina dan servis di pusat servis milik Cina juga.

“Justeru, adalah tidak pelik dalam isu pengusaha resort ini, mereka berbelanja di resort pengusaha non-muslim,” tempelak Zamir lagi.

Pemuda AMANAH pelawa Syed Saddiq dan Armada sertai Amanah

SITI NUR ZAWANI MISCON

Sayap Pemuda AMANAH Nasional hari ini mempelawa bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) untuk menyertai AMANAH susulan pengguguran keahlian Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 28 Mei lalu.

Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Shazni Munir Ithnin berkata, anggota pimpinan sayap Pemuda Bersatu yang mungkin diketepikan turut dialu-alukan untuk menyertai dan berjuang bersama-sama AMANAH.

“AMANAH bukanlah asing bagi Syed Saddiq dan rakan-rakan Armada.

“Sejak menghadapi PRU-14 sehingga ke hari ini, AMANAH terus bekerjasama dengan kumpulan Bersatu pro Tun Dr Mahathir Mohamad termasuklah Syed Saddiq,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, AMANAH, katanya, pasti sangat terbuka menerima penyertaan tokoh dan para aktivis anak muda dari Armada ke dalam parti untuk bersama-sama memperjuangkan Malaysia yang lebih baik.

Terdahulu, selain Syed Saddiq, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga digugurkan keahlian dari Bersatu.

Berkuatkuasa serta-merta, turut dikenakan tindakan sama ialah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu iaitu Datuk Amiruddin Hamzah dan Dr Maszlee Malik.

Berdasarkan surat pekeliling yang tersebar, kelima-lima mereka dihentikan keahlian serta-merta atas alasan berada di tempat duduk blok pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat, 18 Mei lalu.

Susulan pengguguran keahlian Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu, Naib Ketua Armada, Mohd Aizad Roslan kini menerajui sayap Pemuda Bersatu.

Sementara itu, Shazni berkata, Pemuda AMANAH optimis bahawa penyertaan Armada bakal merancakkan lagi dinamika gerakan anak muda dalam arena politik tanah air.

SPRM tahan bekas setpol Mat Sabu berkait projek lebih RM56 juta

FMT Reporters
PETALING JAYA
: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri pertahanan, Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap lelaki berusia 49 tahun itu, bermula hari ini sehingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, bekas setiausaha politik tersebut ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Katanya lagi, siasatan awal mendapati suspek kes itu menerima wang jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan sebuah kementerian sekitar Ogos 2019.

“SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, menurut kenyataan badan anti-rasuah itu.

SPRM tangkap pegawai Mat Sabu

Ng Xiang Yi & Zikri Kamarulzaman

SPRM telah menangkap dan menahan seorang pembantu kepada bekas menteri pertahanan Mohamad Sabu.

Sumber SPRM mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa individu tersebut ditahan malam tadi.

Tidak jelas mengapa tangkapan dan tahanan itu dibuat. Malaysiakini sedang cuba menghubungi Mohamad, yang juga presiden Amanah untuk mendapatkan butirannya.

SPRM pernah membuka siasatan terhadap pegawai itu pada 2018 atas tuduhan bahawa dia menerima wang lebih RM800,000 dari beberapa pihak untuk menyelesaikan statusnya yang muflis.

Malaysiakini difahamkan bahawa SPRM juga telah membawa pegawai berkenaan ke ibu pejabat Amanah awal pagi ini. Walau bagaimanapun, kami juga difahamkan bahawa suruhanjaya itu tidak membuat sebarang rampasan.

Sebelum ini, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pembantu tersebut diisytiharkan muflis oleh Jabatan Insolvensi sekitar tahun 2014.

Statusnya kekal sehingga akhir Mei 2018, apabila beberapa pembayaran dikreditkan ke akaun jabatan itu bagi menyelesaikan hutangnya.

"Dia disiasat oleh SPRM setelah hutangnya berjumlah lebih RM800,000, dibayar oleh beberapa pihak.

"Dakwaan adalah bahawa pembayaran dilakukan atas namanya hanya beberapa hari setelah Mohamad dilantik sebagai menteri pertahanan," kata sumber.

Pada tahun 2018, SPRM juga telah merakamkan kenyataan daripada 10 yang lain, termasuk beberapa kontraktor pertahanan dan wakil perniagaan.

Kalau PH sah kena balun kaw-kaw

Tiada cuti sekolah Hari Raya Haji: Apa menteri boleh diharap untuk isu lebih besar?
MALAYSIA DATELINE

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat norma baharu bukannya penderaan baharu apabila Hari Raya Aidiladha jatuh pada minggu persekolahan biasa.

“Semenjak sekian lama, raya haji memang sekolah cuti. Jadi, ibu bapa rancang aturcara seperti sekolah cuti. Beli tiket, rancang perjalanan, buat program sesuai sempena cuti bersama keluarga.

“Faham, ini norma baru. Tapi norma baru bukan bermaksud ‘penderaan baru’. Adakah cuti sekolah semasa raya haji menghilangkan status norma baru?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, cuti Hari Raya Haji adalah masa yang sesuai untuk anak-anak melakukan aktiviti luar bersama keluarga.

“Apa susahnya tak cuti? Setelah anak-anak berada di rumah sepanjang tempoh Covid-19 tanpa aktiviti luar yang sesuai, cuti Raya Haji adalah masa sesuai untuk anak-anak beraktiviti luar bersama keluarga.

“Sesetengah ibu bapa yang tidak sensitif dengan perkembangan psikologi anak-anak memang tidak ambil hal sekolah cuti atau tidak semasa Raya Haji,” katanya.

Sebaliknya, Ustaz Zolkharnain berpendapat ibu bapa yang sentisif dengan hal itu melihat cuti sempena Aidiladha sebagai penting.

“Raya Haji inilah anak-anak kembali mahu semarakkan interaksi dengan adik-beradik dan keluarga setelah itu semua tidak dapat dibuat sebelum ini.

“Kalau isu cuti sekolah sempena Raya Haji pun menteri tak boleh buat keputusan yang menggembirakan warga, apalah yang boleh didamba daripada isu lain yang lebih besar?” bidasnya lagi.

Sebelum ini, Hari Raya Aidiladha jatuh pada minggu cuti sekolah pertengahan penggal kedua iaitu 25 Julai hingga 2 Ogos (Kumpulan B) dan 24 Julai hingga 1 Ogos (Kumpulan A).

Bagaimanapun rombakan dalam Takwim Persekolahan 2020 yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan menjadikan Hari Raya Aidiladha jatuh pada minggu persekolahan biasa.

(Wajib baca) Satu pandangan yang jitu dan padu dari Tamrin Tun Ghafar

Bila pemimpin gila jawatan, baik isytihar darurat saja
TAMRIN TUN GHAFAR


1. Beberapa hari lepas saya telah mengirim kepada beberapa orang kenalan pandangan ringkas saya berkaitan isu politik semasa:

“No one is perfect. So the best way is to go for Emergency Rule and get rid of ALL those politicians be it from PH or PN. The rakyat is so tired and fedup with those people on top squabbling for positions – NOT for the poor rakyat”

TERJEMAHAN

“Tidak seorang pun yang sempurna. Maka jalan yang terbaik ialah melalui pemerintahan darurat dan membersihkan negara dari ahli – ahli politik sama ada dari PH atau pun dari PN. Rakyat merasa penat dan benci dengan apa yang dilakukan oleh mereka di atas sana yang hanya berebut jawatan – BUKAN untuk rakyat.”

2. Reaksi yang diterima hampir kesemua mereka bersetuju dengan pandangan tersebut.

3. Lagi pun HANYA dengan cara ini sahaja anak – anak muda boleh dilatih dan diberi peluang memimpin negara; ini kerana sistem politik hari ini TIDAK menggalakkan anak – anak muda terutama yang berpelajaran tinggi mendapat tempat yang diperlukan.

4. Sama ada bersetuju atau tidak ini adalah pandangan ikhlas saya yang muak melihat telatah mereka yang diberi kepercayaan dan diharapkan oleh rakyat bawahan.

5. Pemimpin dan pengampu / penyokong mereka hari ini HANYA BERLAKON seolah – olah merekalah orang yang berjuang untuk rakyat tetapi satelah diberi peluang, mereka mula mengatur langkah mengkayakan diri , keluarga dan juak – juaknya; rakyat TERPAKSA MENUNGGU sekian lama bagi berjumpa dengan mereka yang telah diberi kepercayaan; ada yang bernasib baik dapat jumpa dan ada pula yang TERPAKSA TUNGGU Pilihanraya sekali lagi apabila ‘pemimpin’ tersebut datang sehingga ke dapur bagi menagih undi dan memberi sedikit bantuan berupa wang ringgit.

6. YANG PATUT DIPERSALAHKAN IALAH PENGUNDI ITU SENDIRI KERANA MEREKA BOLEH DENGAN SENANG DIPERDAYA DENGAN JANJI – JANJI MANIS.

7. Amalan salahguna kuasa dan rasuah sudah menjadi makanan dan darah daging mereka yang telah diberi amanah,

8. Dari Perdana Menteri hinggalah budak pejabat amalan tak bermaruah dan jijik ini bagaikan :

‘Irama Dan Lagu, Yang Tak Boleh Dipisahkan’

9. Ayat – Ayat Al-Quran dan Hadith pula ditafsir begitu mudah mengikut selera dan keperluan mereka; yang dulu diharamkan, kini dihalalkan begitu juga yang pernah dipuji dan disanjung kini diharamkan.

10. Pengikut – pengikut Parti Angkut Sampah ini pula terlalu percaya dan taksub seolah – olah pemimpin mereka adalah Perwaris Nabi yang maksum; tidak boleh menyoal apatah lagi mengkritik jika mahukan ke Syurga.

11. Rasuah bukan sahaja dilakukan oleh orang politik , malah ia turut di lakukan oleh sebahagian Pegawai dan Kakitangan Kerajaan sehingga sanggup menjadi PENGKHIANAT NEGARA.

12. Ini semua berlaku kerana bak kata pepatah:

‘Ikan Busuk Bermula Dari Kepala’

13. Rampasan Kuasa dilakukan semata – mata bagi memenuhi nafsu; suara dan dan hak rakyat TIDAK LAGI DIPEDULI, DIHORMATI DAN DIAMBIL KIRA.

14. Alasan yang didendangkan kepada rakyat khususnya orang Melayu ialah KONONNYA bagi menjamin kuasa Melayu daripada dikuasai oleh DAP.

15. Sebenarnya mereka tahu dan sedar bahawa DAP hanya mempunyai 42 Kerusi Parlimen dari 43 Kerusi yang mereka bertanding dari jumlah 222 Kerusi dan DAP pula HANYA menentang calun – calun MCA dan Gerakan sahaja, BUKAN calun Melayu UMNO dan PAS.

16. Yang sedihnya ramai orang Melayu termakan dengan DAKYAH dan FITNAH yang SENGAJA DICIPTA oleh UMNO dan PAS kononya DAP akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu , Bahasa, Agama Islam dan Raja – Raja Melayu.

17. ” Bangsa Sendiri Yang Mencuri Hak Bangsanya Tapi Dia Akan Tuduh Bangsa Lain Supaya Dia Bebas Mencuri

Negara Akan Pasti Hancur Kerana Adanya para PENGKHIANAT Bangsa Sendiri

– itulah pesan Bung Karno atau Soekarno , Presiden Indonesia kepada rakyatnya sekitar tahun 1955

18. Perkara diatas sebenarnya telah TERMAKTUB / TERTANAM DIDALAM PERLEMBAGAAN; ia TIDAK BOLEH DIPINDA APATAH LAGI DIHAPUS oleh sesiapa pun apatah pula DAP yang hanya miliki 42 Kerusi; walau 100 Kerusi sekali pun.

19. Tidak dinafikan ada segilintir masyarakat Cina dan bukan Islam yang kebetulan Ahli DAP yang terus menyalak namun mereka ini tak ubah seperti :

‘Anjing Menyalak
Bukit’

20. Apa bangsa sekalipun sama ada orang Cina , India mahu pun Melayu pasti terdapat beberapa orang ‘extrimis’ di kalangan mereka yang menyakiti perasaan bangsa lain.

21. Keadaan negara kini TERLALU BERCELARU (confused state) disebabkan ‘mainan politik melampau’ oleh pemain – pemain politik yang mementingkan diri; rakyat menderita dan ramai pula yang hilang pekerjaan dan punca pendapatan disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ekoran COVID 19, maka PILIHAN TERAKHIR DAN TERBAIK ialah Yang DiPertuan Agong hendaklah MENGGANTUNG PARLIMEN dan MELANTIK seorang Ketua Pentadbir yang difikirkan sesuai.

22. SEMOGA KITA TIDAK KESAL APABILA NASI SUDAH JADI BUBUR.

Salur wang Jakim kepada Pasti: Pas tiada beza dengan Umno

Malaysia Dateline

Tindakan Timbalan Menteri (Agama) menyalurkan wang Tabung Musaadah Jakim terus kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) yang dimiliki oleh Pas dikesali dan didakwa ia tidak jauh beza dengan cara Umno.

“Wang cukai yang dibayar oleh rakyat, namun digunakan untuk kepentingan parti sendiri.

“Tindakan ini tidak jauh beza dengan cara UMNO membina kekayaan pemimpin dan parti menggunakan wang negara,” kata Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin.

Timbalan Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Shaary menyerahkan cek bernilai RM100,000 kepada Pasti yang diterima oleh Sharhan Humaizy Halim dan rakan-rakannya baru-baru ini.

Ekoran itu, ia disahkan boleh oleh menterinya, Datuk Dr Zulkifly Al Bakri.

“Pemuda AMANAH sudah pun menjangkakan respon positif daripada YB Menteri Agama dalam pemberian sumbangan kepada sekolah Pasti yang dimiliki penuh oleh Pas,” kata Shazni dalam satu kenyataannya.

Bagi beliau, sekiranya Pasti layak mendapat bantuan tersebut, seharusnya sumbangan itu turut disalurkan kepada mana-mana tadika milik swasta yang lain.

“Tempoh perintah kawalan pergerakan selama lebih 3 bulan amat memberikan kesan yang mendalam kepada semua tadika swasta di Malaysia,” katanya.

Menurut beliau, ada tadika yang langsung tidak menerima sebarang yuran bulanan sedangkan mereka harus menanggung kos operasi seperti biasa.

Gaji guru perlu terus dibayar dan bayaran sewa harus diselesaikan tepat pada waktunya juga.

“PN bolehlah berhujah dengan alasan pengusaha tadika swasta mendapat pelbagai insentif daripada kerajaan seperti Program Subsidi Upah (PSU), Program Pengekalan Pekerjaan (ERP), Geran Khas Prihatin (GPK), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau kemudahan pinjaman perniagaan tanpa faedah.

“Tetapi mengapa Pasti mendapat ‘keistimewaan’ ini?” tanya beliau kesan dengan tindakan seolah-olah menyalurkan wang rakyat kepada kantung parti sendiri itu.

“Kami percaya ianya bukan dipilih berdasarkan kepada kelayakan semata-mata, tetapi agensi atau pihak manakah yang mempunyai kepentingan dan akses terus dengan pejabat menteri.

“Justeru, tidaklah menghairankan kerana Timbalan Menteri Agama sendiri adalah Ahli Parlimen Pas,” katanya.

MASALAH LEMAH SYAHWAT DAN MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETES

Dr Norman Mohd Norawi

Diabetes Mellitus atau penyakit kencing manis adalah penyakit kronik yang utama berlaku dalam masyarakat kita di Malaysia sekarang. Berdasarkan statistik pada tahun 2019, jumlah penduduk Malaysia yang menghidap diabetes adalah 18.3% iaitu hampir 4 juta orang.

Diabetes adalah akibat pengambilan karbohidrat berlebihan seperti makanan proses dan bergula tinggi. Gaya hidup yang kurang sihat seperti tidak bersenam, merokok dan stres berlebihan juga menyumbang kepada masalah ini.

Kajian menunjukkan, pesakit diabetes selalu mengalami masalah lemah syahwat iaitu masalah tiada nafsu untuk melakukan hubungan seks atau kurang libido dan juga masalah tidak berkemampuan melakukan hubungan seks seperti mati pucuk.

PUNCA MASALAH MATI PUCUK DAN KEROSAKAN SARAF

Kajian sains terbaru menunjukkan, 60-65% pesakit kencing manis lelaki mempunyai masalah mati pucuk iaitu masalah mencapai ketegangan zakar atau masalah tidak mampu mengekalkan ketegangan zakar. Ia sangat biasa berlaku dikalangan pesakit diabetes. Ia nya berpunca dari saluran darah ke zakar menjadi sempit akibat pengerasan saluran darah iaitu atherosklerosis kerana kadar gula dalam darah yang tinggi.

Disamping itu, punca utama gangguan nafsu syahwat dan mati pucuk adalah berkaitan dengan masalah hormon testosteron yang rendah dan gangguan hormon lain yang sangat mudah berlaku kepada pesakit diabetes.

Kerosakan saraf atau neuropathy akibat diabetes berlaku kerana paras glukosa yang tinggi dan juga kerana keradangan pada dinding saluran darah halus yang rosak (microangiopathy) akan menyebabkan saraf tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Akibat kerosakan saraf ini maka isyarat dari otak gagal sampai ke zakar yang menyebabkan ianya tidak menegang apabila berlaku stimulasi seksual.

Saluran darah yang menyempit kerana faktor atherosklerosis menyebabkan aliran darah yang lemah dan kurang untuk menegangkan zakar dan mengekalkan ketegangan zakar dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah akibat atherosclerosis ini.

Kebiasaannya , pesakit kencing manis juga mengalami masalah tekanan darah tinggi yang menambahkan lagi penyempitan saluran darah. Terdapat juga beberapa jenis ubat darah tinggi yang mempunyai kesan sampingan yang menyebabkan masalah mati pucuk ini seperti ubat Beta Blocker & hydrochlorothiazide .

Pesakit kencing manis yang tidak mengambil rawatan dengan betul dan mempunyai masalah gula yang tidak terkawal juga menyebabkan berlakunya kekurangan bahan ‘nitrik oksida’ yang membantu dalam proses menenangkan zakar. Paras gula yang tinggi juga mengurangkan nafsu syahwat atau libido. Mengawal paras gula dengan lebih baik dengan mengikut nasihat doktor maka masalah ini boleh di kurangkan kerana paras gula yang terkawal akan mengembalikan nafsu syahwat tadi.

Terdapat juga pesakit kencing manis menghadapi masalah ‘pancutan berbalik’ (retrograde ejaculation) kerana kerosakan pencerut pada leher pundi kencing. Kerosakan ini berlaku kerana saraf yang mengawal pencerut ini rosak akibat paras gula yang tinggi dalam darah dikalangan pesakit kencing manis. Masalah ini boleh menyebabkan kemandulan dikalangan pesakit kencing manis lelaki.

GANGGUAN SYAHWAT LELAKI

Kajian juga menunjukkan nafsu syahwat menurun kerana paras hormon testosteron adalah rendah. Ini adalah kerana paras insulin yang tinggi akan menyebabkan paras testosterone menurun. Oleh kerana itu, kebanyakan pesakit kencing manis mempunyai masalah perut buncit, otot mengecut dan lemah yang merupakan tanda luaran kekurangan hormon testosteron ini.

Terdapat juga ubat-ubatan tertentu yang boleh menyebabkan masalah gangguan syahwat lelaki seperti ubat hypertensi , ubat diabetes , ubat anti prostat dan ubat anti kolesterol.

Menurunkan berat badan , pengawalan gula yang lebih baik dan bersenam dengan lebih kerap akan membantu meningkatkan paras hormon testosteron. Doktor boleh memberikan rawatan hormon gantian testosteron untuk membantu masalah ini dan anda perlu

berjumpa doktor untuk membantu anda mendapatkan rawatan ini .
Pemakanan sihat yang tinggi lemak sihat dan makanan asli berprotin tinggi juga boleh membantu meningkatkan paras testosteron lelaki.

GANGGUAN SYAHWAT WANITA

Bagi wanita juga akan menghadapi masalah kurang nafsu syahwat apabila mengidap penyakit kencing manis akibat gangguan hormon testosterone. Nafsu syahwat juga di pengaruhi oleh hormon testosteron walaupun kepada kaum wanita.
Di samping itu, pesakit diabetes wanita akan menghadapi masalah kekeringan faraj, sakit semasa bersetubuh, susah mencapai orgasma dan tidak bernafsu jika paras gula tinggi dan tidak terkawal.

Masalah kekeringan faraj adalah kerana pengaliran darah yang tidak lancar ke faraj akibat penyempitan saluran darah iaitu masalah atherosklerosis.

Bagi wanita yang menghadapi masalah kekeringan boleh menggunakan gel pelincir. Rawatan dengan krim estrogen atau pessari boleh diberikan oleh doktor. Wanita yang menghadapi masalah sakit semasa bersetubuh mungkin adalah kerana jangkitan kulat candida pada faraj dan rawatan anti kulat akan membantu dalam masalah ini.

RAWATAN UNTUK MASALAH MATI PUCUK

Rawatan dengan ubat-ubatan boleh diberi oleh doktor dengan ubat seperti sildenafil, taladafil dan vardenafil telah membantu mengatasi masalah mati pucuk dikalangan pesakit, tetapi anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.

Elakkan mengambil ubat-ubatan herba yang di jual di pasaran yang tidak mendapat pengesahan dan pendaftaran daripada KKM kerana di khuatiri mengandungi bahan-bahan terlarang dan merbahaya.

Pesakit diabetes yang mengalami masalah kurang hormon testosteron boleh mendapatkan rawatan hormon gantian dengan doktor .

Terdapat beberapa jenis herba seperti Tongkat Ali telah di kaji menunjukkan ianya mempunyai kesan positif meningkatkan paras testosterone di kalangan lelaki dan wanita .

Mengubah gaya hidup kepada gaya hidup yang lebih sihat dengan bersenam dan meninggalkan tabiat buruk seperti merokok boleh membantu mengurangkan masalah mati pucuk dikalangan pesakit diabetes.

Pesakit kencing manis wanita yang mempunyai paras gula yang tidak terkawal akan hilang nafsu seks kerana paras gula yang turun naik akan mengakibatkan rasa lesu dan tidak bermaya. Pengawalan gula yang lebih stabil dan meningkatkan paras hormon akan mengembalikan nafsu syahwat ke paras yang normal.

Dr Norman Mohd Norawi
MBBS, MSc(UCSI),
MNM(ACNEM), FAGE

Rujukan:

1. Mathis Grossmann, Low Testosterone in Men with Type 2 Diabetes: Significance and Treatment, The Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism, Volume 96, Issue 8, 1 August 2011, Pages 2341–2353, https://doi.org/10.1210/jc.2011-0118
2. https://www.diabetes.co.uk/diabetes-erectile-dysfunction.html
3. https://www.webmd.com/erectile-dysfunction/guide/blood-pressure-medication-and-ed#1
4. Fernández-Miró M, Chillarón JJ, Pedro-Botet J. Déficit de testosterona, síndrome metabólico y diabetes mellitus [Testosterone deficiency, metabolic syndrome and diabetes mellitus]. Med Clin (Barc). 2016;146(2):69-73. doi:10.1016/j.medcli.2015.06.020
5. Joseph P, Lonn E, Bosch J, et al. Long-term Effects of Statins, Blood Pressure-Lowering, and Both on Erectile Function in Persons at Intermediate Risk for Cardiovascular Disease: A Substudy of the Heart Outcomes Prevention Evaluation-3 (HOPE-3) Randomized Controlled Trial [published correction appears in Can J Cardiol. 2018 Jun;34(6):811]. Can J Cardiol. 2018;34(1):38-44. doi:10.1016/j.cjca.2017.09.026
6. Shao N, Yu XY, Yu YM, et al. Short-term combined treatment with exenatide and metformin is superior to glimepiride combined metformin in improvement of serum testosterone levels in type 2 diabetic patients with obesity. Andrologia. 2018;50(7):e13039. doi:10.1111/and.13039
7. Hackett G, Heald AH, Sinclair A, Jones PW, Strange RC, Ramachandran S. Serum testosterone, testosterone replacement therapy and all-cause mortality in men with type 2 diabetes: retrospective consideration of the impact of PDE5 inhibitors and statins. Int J Clin Pract. 2016;70(3):244-253. doi:10.1111/ijcp.12779
8.

Kostis JB, Dobrzynski JM. Statins and Erectile Function. Can J Cardiol. 2018;34(6):813.e5. doi:10.1016/j.cjca.2018.02.014F
9. Baspınar O, Bayram F, Korkmaz S, et al. The effects of statin treatment on adrenal and sexual function and nitric oxide levels in hypercholesterolemic male patients treated with a statin. J Clin Lipidol. 2016;10(6):1452-1461. doi:10.1016/j.jacl.2016.09.004
10. Cunningham GR, Stephens-Shields AJ, Rosen RC, et al. Testosterone Treatment and Sexual Function in Older Men With Low Testosterone Levels. J Clin Endocrinol Metab. 2016;101(8):3096-3104. doi:10.1210/jc.2016-1645
11. Saad F. Androgen therapy in men with testosterone deficiency: can testosterone reduce the risk of cardiovascular disease?. Diabetes Metab Res Rev. 2012;28 Suppl 2:52-59. doi:10.1002/dmrr.2354
12. Henkel RR, Wang R, Bassett SH, et al. Tongkat Ali as a potential herbal supplement for physically active male and female seniors--a pilot study. Phytother Res. 2014;28(4):544-550. doi:10.1002/ptr.5017
13. Talbott SM, Talbott JA, George A, Pugh M. Effect of Tongkat Ali on stress hormones and psychological mood state in moderately stressed subjects. J Int Soc Sports Nutr. 2013;10(1):28. Published 2013 May 26. doi:10.1186/1550-2783-10-28

Alexander terus cabar Mokhtar Senik, dedah sembang dengan Leena

MALAYSIA DATELINE

Perbualan berbaur ghairah yang didakwa berkaitan ulama Pas, Mokhtar Senik bersama individu dinamakan Leena hari ini sudah mencecah episod ke-36.

Pengguna Facebook, Alexander Pitsuwan Thomprason mendedahkan siri tangkap layar Facebook Messenger membabitkan skandal itu dari semasa ke semasa.

“Saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas semua pendedahan. Jika aku fitnah, samanlah!” ulangnya dengan nama sebenar Saila Hadialuz Nazar.

Dalam hantarannya malam ini, tangkap layar ke-72 memaparkan imej kemaluan yang dikaburkan dengan berlatar belakangkan sofa.

Imej sofa itu juga dilihat mirip dengan sofa yang kelihatan dalam slot secara langsung Kuliah Dhuha Khas di Facebook dikelolakan Mokhtar ketika menelaah hadis-hadis berkaitan akhir zaman pada 13 April lalu.

Sejak dua minggu lalu, gambar kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dengan nombor plat NDF 2427 milik Mokhtar tular di media sosial.

Ekoran itu, kumpulan Geng Ustaz terdiri daripada Presiden, Farhan Soud dan naibnya, Wan Khairol Abdullah serta Exco Dewan Pemuda Pas Selangor, Shukri Omar membuat laporan polis pada 30 Jun lalu.

Pemandu Vellfire yang juga pekerja kepada Mokhtar juga membuat laporan polis dengan mengatakan terasa terancam selepas gambar Vellfire lengkap nombor plat itu tular.

Walau bagaimanapun, dia mendakwa kenderaan itu milik rakan Mokhtar meskipun dalam masa sama mengakui sering membawa majikannya ke mana-mana dengan menggunakan kereta yang sama.

Laporan polis oleh pemandu kepada Mokhtar yang tular di media sosial.

Umno, Pas bawa naratif Melayu, Islam yang terpesong

MALAYSIA DATELINE
Umno dan Pas sebenarnya membawa naratif yang terpesong daripada politik Islam dan bangsa Melayu itu sendiri, tegas Ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Ustaz Ridzwan Abu Bakar.

Beliau berpendapat Umno dan Pas bukan berbicara tentang Melayu dan Islam secara keseluruhan bahkan Umno-BN sebenarnya yang menjatuhkan Melayu.

Sebaliknya, beliau menegaskan AMANAH mengetengahkan naratif Islam yang menolak fahaman ekstrem, taksub dan takfiri.

Sehubungan itu, Ustaz Ridzwan yakin pasaran pengundi di negara ini yang tidak menerima Umno dan Pas adalah jauh lebih besar.

Untuk rekod, Umno dan Pas telah memeterai piagam Muafakat Nasional dalam Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 14 September tahun lalu.

Mengulas lanjut, Ustaz Ridzwan berkata, pengundi yang menganggap semua parti politik adalah sama apabila mendapat kuasa sebenarnya merupakan ‘pasaran’ besar kepada AMANAH.

“Sekiranya ada yang sebut semua parti politik adalah sama sebenarnya mereka inilah potensi besar pasaran kita (AMANAH).

“Inilah golongan sasaran kita. Jangan kita tinggalkan mereka sebab kita perlu membawa naratif menolak fahaman yang ekstrem dan takfiri. Kita kena sebut di mana bezanya AMANAH dengan Pas.

“Mereka akan nampak AMANAH lebih sedikit daripada Umno dan Pas,” jelas Ustaz Ridzwan dalam slot bual santai di saluran YouTube, Studio Tingkat 4.

PKP boleh diisytiharkan tidak sah

MOHD ALI HASHIM

Sepanjang perjuangan rakyat dan negara melawan penularan pandemik wabak Covid-19, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020 sehinggakan Parlimen yang sepatutnya bersidang pada 18 Mei 2020 hanya dijalankan ringkas dengan Titah Di Raja sahaja.

Malah alasan kerajaan meringkaskan persidangan adalah kerana PKP, sedangkan PH bertegas ia boleh dipanjangkan dengan pematuhan SOP memandangkan banyak isu berkaitan negara dan ekonomi rakyat yang perlu dibahaskan.

Demikian dinyatakan oleh Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil.

Menurut beliau lagi, PKP yang dilaksanakan disokong penuh, namun begitu isu berbangkit adalah implikasi undang-undang dan ekonomi akibat tidak dibawa ke sidang Parlimen.

“Pada 11 Jun saya telah mengeluarkan kenyataan supaya Pakej Rangsangan Ekonomi dibawa ke Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan atas sebab ia merupakan keperluan undang-undang.

” Begitu juga pelbagai perintah yang hanya dibuat oleh Menteri tidak dibuat di Parlimen telah mengundang pelbagai reaksi dan implikasi undang-undang, sedangkan menjunjung keluhuran undang-undang adalah sangat penting dalam tatakelola yang baik sesebuah negara dan perkara inilah yang diabaikan PN yang begitu takut untuk ke Parlimen.

“Antaranya ialah Perintah (Pengecualian) Syarikat 2020 melanjutkan tempoh bayaran hutang selama enam bulan yang dengan sendirinya menghalang apa-apa tindakan saman terhadap penghutang,” tegas beliau yang juga merupakan pengamal undang-undang.

Tambah Faiz lagi, satu kes telah dibawa ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang mencabar keabsahan perintahan ini sepertimana yang dilaporkan oleh Akhbar The Star pada 29 Jun 2020 yang lalu.

Kata beliau, implikasi perintah ini boleh dianggap bercanggah dengan Seksyen 466(1)(a)Akta Syarikat 2016 yang memperuntukkan satu anggapan undang-undang bahawa mana-mana syarikat tidak membayar hutang dalam tempoh 21 hari dari tarikh tuntutan boleh digulungkan kerana dianggap insolven.

Ujar beliau lagi, oleh kerana peruntukan ini dibuat dalam Akta di Parlimen, maka hanya Parlimen yang boleh meminda atau mengubahnya dan bukan hanya melalui pewartaan Perintah Menteri.

Faiz juga berkata, ini merupakan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan kemungkinan PKP ini tidak sah kerana tidak berperlembagaan.

Tegasnya, corak pentadbiran PN yang mengabaikan keperluan undang-undang ini boleh menyebabkan banyak syarikat menghadapi kekangan mendapatkan semula hutang mereka bagi meneruskan perniagaan yang penting dalam menjamin peluang pekerjaan para pekerja tidak terjejas serta ketidakpatuhan undang-undang ini memberikan kesan kepada pengukuhan ekonomi negara.

(Dua tokoh politik tua yang membosankan) Episod pujuk memujuk calon Perdana Menteri PH Plus sudah berakhir?

MALAYSIA DATELINE

Terlintas di fikiran mahu menamatkan cerita tidak berkesudahan tentang polemik calon perdana menteri dalam hikayat panjang merebut kembali pemerintahan yang dirampas akhir Februari lalu.

Peluang dan potensi terbuka luas apabila gabungan rapuh kerajaan pintu belakang terus gagal mempamerkan keabsahan di Dewan Rakyat. Sidang Parlimen pun menjadi sendaan apabila pandemik virus korona menjadi benteng menutup kebaculan.

Pelbagai krisis nasional dan masalah negara tidak dapat dibahaskan secara tuntas oleh wakil-wakil rakyat kita. Prestasi sebahagian besar anggota Kabinet langsung tidak menyerlah.

Hatta nama-nama mereka pun tidak dikenali rakyat, apatah lagi dasar-dasar baharu atau program-program berkaitan kebajikan dan kepentingan rakyat.

Yang heboh, agihan ghanimah berbentuk jawatan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berimbuhan lumayan. Syarikat strategik yang dipimpin tokoh profesional dan berpengalaman, di bawah era Pakatan Harapan (PH) kini disumbat oleh politikus Perikatan Nasional (PN). Belum lagi dirincikan proses tender projek-projek yang kini dimonopoli oleh kroni.

Umno dan Bersatu khususnya sibuk menunjukkan taring masing-masing bagi melonjakkan diri sebagai parti dominan kerajaan. Tunggulah perang besar tiga parti Melayu itu menjelang proses agihan kerusi PRU-15.

Parti tertentu dan beberapa personaliti wakil rakyat di Borneo bersikap tunggu dan lihat memerhati perkembangan, sebelum mengesahkan apa-apa sokongan.

Malangnya kesempatan berharga untuk mendaulatkan mandat rakyat PRU-14 seperti disia-siakan PH. Mesyuarat tidak habis-habis; masyarakat awam sudah naik muak dan jelak.

Dua sosok utama pembangkang, Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim gagal mencapai persefahaman, kembali bersengketa, macam anjing dengan kucing, seolah-olah bersedia untuk saling kempunan.

“Kalau aku tak dapat, biar hang pun tak dapat juga.” Tidak puas sindir-menyindir setiap kali membuat hebahan media. Dilihat perdebatan terbuka di alam siber, situasi 1998 nampak berulang, tembak-menembak, londeh-melondeh, gelar-menggelar.

Kemaruk kuasa

Sensitiviti setiap kelompok tidak dipedulikan lagi. Seolah-olah bukan daripada regu yang sama. Mendabik dada bagaikan hanya kita berpegang prinsip, pihak lain yang kemaruk kuasa, yang sebenarnya menjarakkan lagi dengan peluang yang asalnya terbuka luas untuk kembali memerintah dan menyambung agenda pembaharuan yang tertunda.

Sedangkan momentum kian lemah dan terkulai ekoran tertangguh dan terus tertangguh. Ramai khalayak mengimpikan PH kembali mentadbir tetapi mereka juga bosan dengan percakaran dalaman itu.

Pertemuan demi pertemuan diusahakan, ke sana ke sini, selama lebih 100 hari tapi tetap gagal. Mahathir-Anwar pun sukar berbincang dari hati ke hati, empat mata.

Masing-masing ada hujah sendiri dan tidak berganjak walaupun setapak (baca: keras kepala), konon komited dengan idealisme. Parti Amanah Negara dan DAP cuba berperanan sebagai orang tengah dan pendamai. Malang sekali kedua-dua parti ini juga turut dilabel panggilan jelek.

Setiap kumpulan hanya mahu mendengar pandangan yang serasi dengan mereka. Ditohmah gian untuk kembali ke pejabat menteri. Bukankah kuasa itu memungkinkan pembaharuan dan pembaharuan?

Maka ada sindirin halus, sepanjang 22 bulan pentadbiran Mahathir-Wan Azizah, apa perubahan yang mampu dilakukan? Saya akan menulis catatan khusus, respons terhadap persoalan ini.

Susahnya mencari persepakatan dan persetujuan; rela terus menjadi pembangkang walaupun mandat rakyat jelas bersama Pakatan Harapan. PH juga kelihatan seperti dirobek kesatuannya.
Tidak mustahil situasi berbeda bakal melakari senario baru menjelang PRU-15. Mungkin timbul blok ketiga ataupun blok-blok sedia bakal berubah dengan drastik sekali. Musuh bersama, rakan bercerai!

Kepada yang seronok mencanangkan lebih baik kita bersiap siaga hadapi PRU-15 daripada menyusun taktik merampas balik kuasa, harus beringat, kesatuan pembangkang belum pasti seperti sekarang ketika itu. Pelbagai kemungkinan boleh tercetus, termasuk yang mengejutkan ataupun yang tidak terjangka.

Di pihak PN, semasa menggulingkan kerajaan mandat rakyat dulu, nampak seperti mudah pula Muhyiddin diangkat menjadi kepala gerabak keretapi biarpun konspirasi itu mempunyai ramai ketuanya.

Target utama, kerajaan PH mesti diruntuhkan dahulu, cerita berbangkit kemudian akan ditangani bila tiba masanya; ikut tertib dan keutamaan.

Secara personal, saya turun terkesan dan lelah dengan permainan kuasa elit politik ini. Berpusing-pusing di persimpangan yang sama, gagal menyeberang walaupun lampu isyarat sudah bertukar warna hijau berkali-kali.

Justeru, terlintas persoalan, sampai bila aku terus membuang masa melayani karenah dua orang tua ini? (Soalnya, sewaktu terlantar uzur ini, masa lapang saya begitu lumayan)

BERSAMBUNG

Lokman Adam dakwa Muhyiddin boleh kerja 4 jam sehari sahaja

MALAYSIA DATELINE
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya boleh bekerja empat jam sehari sahaja.

Lokman yang pernah dihentam selepas mengkritik Presiden partinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mendedahkan rahsia Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional Umno memberitahu mahu menempah “baju kerja”.

“Sejak BN tumbang 2018, saya tak pernah tempah baju kerja, ini baru nak tempah balik. Rasa macam nak kena pakai tiap hari masuk Parlimen,” ujarnya dipetik dari Facebook miliknya.

Walau bagaimanapun, Lokman berkata, tidak pasti sama ada bertanding di Parlimen Bagan Datuk atau Pagoh.

“Ada yang suruh tanding di Bagan Datuk, ada pula yang kata kalau nak selamatkan Umno, tanding di Pagoh saja.

“Lagipun calon sedia ada boleh kerja sehari 4 jam saja. Ada pula suruh lawan Penasihat Syed Mokhtar di Titiwangsa. Hmmm. Banyak sangat pilihan,” kata Lokman lagi.

Undi BN + Pas menurun di lubuk Najib

MALAYSIA DATELINE
Undi BN dan Pas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini semalam berkurang dari undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata pensyarah kanan pengajian politik di Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali.

Ujarnya, berbanding PRU-14, undi calon Bebas pula meningkat dalam PRK pertama selepas PN mengambil alih kerajaan Persekutuan daripada PH ekoran Langkah Sheraton.

“Gabungan Umno-Pas tidak semestinya akan meningkatkan undi MN (Muafakat Nasional) sebagaimana yang selalu diuar-uarkan.

“Sedangkan Chini adalah lubuk Datuk Seri Najib yang tidak mungkin tercabar oleh mana-mana parti lain juga menunjukkan trend penurunan, inikan pula kawasan-kawasan panas majoriti Melayu lain di Malay heartland,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, DUN Chini adalah satu daripada empat DUN di bawah Parlimen Pekan.

Dr Mazlan turut berpendapat PRK DUN Chini menyaksikan pertembungan antara warlords, sentimen-sentimen lokal, budaya “cah keting” dan lain-lain perlu diambilkira.

Semalam, BN diwakili generasi kedua Felda Chini, Mohd Sharim Md Zain memperoleh 13,872 undi dengan peratusan keluar mengundi 73.87 peratus mengatasi 70 peratus sasaran awal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Jika kadar keluar mengundi lebih tinggi, pasti majoriti BN makin menurun, kerana pengundi-pengundi luar yang tidak hadir mengundi ini biasanya menyokong PH (Pakatan Harapan),” katanya lagi.

Kenyataan Anwar jelas dan terang 'Tidak kepada Mahathir'

Anwar: PH tak terdesak gantung di dahan rapuh, kemudian tikam kita

Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa rakan-rakan dalam Pakatan Harapan, DAP dan Amanah supaya kekal di "landasan perjuangan".

Tanpa menyebut nama, Anwar menegaskan PH tidak terdesak untuk "bergantung di dahan rapuh yang kemudiannya menikam" gabungan politik itu.

"Kalau mahu kita bersama dalam PH, maka semangat yang ada dalam PH itu jangan dirungkai, jangan seolah-olah kita ini terdesak terpaksa bergantung kepada dahan yang rapuh yang kemudian akan menikam kita.

"Sepertimana yang telah berlaku sebelum ini, letak jawatan ikut sesuka hati tanpa rujukan kepada sesiapa, kucar kacir kita, langgar prinsip dan juga manifesto," kata pengerusi PH pada siaran langsung di Facebook Pakatan Harapan malam ini.

Anwar dipercayai merujuk kepada tindakan bekas pengerusi PH Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan mengundur diri sebagai perdana menteri dan kemudiannya menjadi perdana menteri interim pada penghujung Februari.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.

Selepas itu, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.

Bagaimanapun, rancangan PH untuk merebut kembali Putrajaya berdepan kebuntuan apabila PKR menegaskan Anwar dan bukan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang perlu menerajui kerajaan.

DAP dan Amanah mahu Anwar berkompromi dan menjadi timbalan Mahathir selama enam bulan sebelum mengambil alih perdana menteri.

PKR, DAP, Amanah serangkai keluarga

Bagaimanapun, Mahathir menarik diri daripada pencalonan jawatan tersebut, berkata beliau bersama pemimpin tertinggi DAP serta Amanah telah memutuskan untuk menyokong Shafie sebagai perdana menteri, dengan Anwar dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalan.

Tetapi Amanah dan DAP berkata perkara itu masih perlu dibincangkan di peringkat PH.

Anwar pada malam ini juga berkata PH perlu diperkukuhkan kerana "DAP, Amanah dan PKR serangkai keluarga yang harus mantap dan kuat."

"Kita bersama dahulu dengan satu agenda yang jelas, berjuang puluhan tahun untuk mempertahankan ini.

"Dan kalau kita mahu umpamanya merebut kekuasaan kerana ini mandat rakyat. Maka kita kena faham, apa dia mandat rakyat pada tahun 2018? Kekal mandat rakyat pada 2018. Bukan soal calon perdana menteri sahaja walaupun itu telah ditandatangani dan diakui.

"Tetapi yang lebih penting dari itu adalah mandat rakyat untuk pastikan negara ini balik sebagai suatu negara yang demokratik, yang adil yang menjamin keselesaan kepada semua, terutama kepada golongan yang miskin, terpinggir, pendalaman, Semenanjung, Sabah, Sarawak tanpa mengira kaum," jelasnya.

Senarai ‘sulit’ cadangan calon Parlimen PRU-15 Perikatan Nasional bocor

ARIF ATAN

Satu senarai yang didakwa cadangan calon Parlimen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tular membabitkan sembilan parti komponen gabungan politik itu.

Senarai sebanyak 13 halaman itu tertera perkataan ‘sulit’ di setiap muka surat dengan antara lain memberitahu rundingan agihan kerusi telah diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya yang dihadiri presiden daripada kesemua parti.

Hasil rundingan PN berkenaan pembahagian di 222 kerusi di peringkat Parlimen itu turut dikatakan telah mencapai kata sepakat sembilan parti.

Parti terbabit ialah Bersatu, Umno, Pas, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Menurut mukadimah senarai itu, kesemua parti dalam PN akan menggunakan logo yang bakal direka dalam masa terdekat manakala calon-calon PN bagi Sabah dan Sarawak akan menggunakan lambang lain.

Di KELANTAN, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hasan dicadangkan untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Mas bagi membolehkannya dicalonkan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Penjelasan dalam senarai itu memaklumkan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob yang bertukar kerusi ke Parlimen akan dilantik sebagai Menteri.

“Muafakat Nasional (MN) bersetuju untuk tidak bertanding di tiga kerusi Parlimen Ketereh, Tanah Merah dan Jeli bagi memberi laluan kepada Bersatu.

“Bersatu tidak akan bertanding di peringkat DUN Kelantan dan Datuk Sri Mustapa Mohamed akan memberi laluan kepada Pas di DUN Ayer Lanas,” dipetik dari keterangan dalam senarai itu.

Di PULAU PINANG, MCA dan MIC akan diberikan jawatan penting di peringkat Exco Kerajaan Negeri.

Kedua-dua rakan sekutu Umno sejak era BN itu dicadangkan akan mendapat jumlah paling banyak untuk jawatan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan.

Di KEDAH, Bersatu dan Muafakat Nasional serta parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dikatakan bersetuju untuk mencalonkan wakil Pas sebagai calon Menteri Besar Kedah.

Turut diberitahu pembahagian kerusi Parlimen telah dimuktamadkan dengan formula empat kerusi untuk Bersatu, Umno (5), Pas (4) manakala MIC dan MCA masing-masing satu kerusi.

“Semua wakil rakyat mesra Tun Mahathir digugurkan dan digantikan dengan muka baru,” kata senarai itu.

Di PERAK, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga ADUN Chenderiang didakwa bersetuju untuk melepaskan kerusi DUN pada calon muka baru.

“Beliau akan dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri,” kata senarai tersebut.

Sementara itu, calon Menteri Besar Perak yang bersifat “mesra istana” akan diberi pertimbangan selepas PRU-15.

Di SELANGOR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri untuk PN.

Bekas Timbalan Presiden PKR itu juga dikatakan bakal dicalonkan untuk mengekalkan jawatannya selaku Menteri Kanan atau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri I.

Bagi pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu, senarai itu memberitahu Muafakat Nasional, MCA dan MIC bersetuju untuk memberi laluan kepada calon Bersatu.

Di NEGERI SEMBILAN, Tok Mat pemilik gelaran kepada Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Timbalan Presiden Umno disyorkan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri II.

Penjelasan dalam senarai itu memberitahu Umno akan bertanding di Port Dickson melalui calonnya Khairy Jamaluddin kerana dilihat mesra denga anggota tentera.

“Pas tidak akan bertanding di peringkat Parlimen di Negeri Sembilan dan akan diberikan kerusi yang selamat untuk menang di DUN Negeri Sembilan,” kata senarai itu.

Di MELAKA, Datuk Seri Redzuan Yusof yang kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri dicadangkan untuk dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Di JOHOR, Ahli Parlimen yang juga Ketua Cabang PKR Batu Pahat, Datuk Mohd Rashid Hasnon yang dipindahkan ke DUN Bukit Gambir akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Johor baharu.

“Rundingan di peringkat negeri akan dibincangkan semula mengenai pengagihan kerusi.

“Datuk Seri Azalina Othman yang dipindahkan ke kerusi DUN akan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Johor,” kata senarai itu.

Di PAHANG, MN dikatakan sepakat mencalonkan Datuk Seri Ismail Mohamed Said sebagai Menteri Besar Pahang yang berpindah ke kerusi DUN.

Sementara itu, Pengerusi BN Pahang, Datuk Sri Wan Rosdy Wan Ismail dicalonkan di peringkat Parlimen dan akan dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri Penuh.

Datuk Seri Najib Razak pula bersetuju untuk tidak bertanding dan akan dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Negeri Pahang serta dikurniakan gelaran Tun oleh Yang di-Pertuan Agong

Dilihat meneruskan legasi keturunan Tun Abdul Razak Hussein, anak Najib, Datuk Mohd Nizar yang juga Ketua Pemuda Umno Pekan dicadangkan untuk dilantik sebagai Menteri Penuh.

Di TERENGGANU, PN akan mencalonkan Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Alias Abd Hamid sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Senarai itu turut menyebut MN bersetuju untuk memberi tiga kerusi DUN kepada Bersatu.

Mengulas senarai cadangan pembahagian kerusi Parlimen tersebut, ahli akademik menyifatkan tidak logik PN selesai berbuat demikian memandangkan usia penubuhan PN belum pun genap tiga bulan.

Bahkan, hanya malam ini dijadualkan mesyuarat pertama Perikatan Nasional (PN) secara formal melibatkan semua parti politik dalam gabungan yang menyaksikan Umno mempunyai Ahli Parlimen paling ramai itu.