Cabaran terbesar politik Malaysia:Masa depan negara bagai telur di hujung tanduk

LIEW CHIN TONG

Masa depan negara bagai telur di hujung tanduk, dan cadangan pemerintahan darurat oleh pentadbiran Muhyiddin adalah bermulanya kehancuran yang entah bila penghujungnya. Ada banyak cara lain yang lebih baik untuk menangani wabak Covid-19, tetapi pemerintahan darurat bukanlah jawapannya.

Banyak juga cara lain untuk menguruskan perbezaan politik.

Dalam sejarah sepanjang dua puluh tahun lalu, negara pernah berdepan kebarangkalian pemerintahan darurat pada malam keputusan pilihan raya 2008.

Saya dilantik buat kali pertama sebagai Ahli Parlimen pada 8 Mac 2008 ketika tsunami politik membadai sehingga Barisan Nasional buat pertama kalinya hilang majoriti dua pertiga sejak 1969, selain kehilangan negeri Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pemerintahan Darurat?

Pada malam itu, beberapa pimpinan Umno meminta Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menimbulkan kacau bilau dan melaksanakan darurat. Mujurlah, meskipun lemah, Pak Lah menolak idea tersebut dan meneruskan sidang media pada jam 2 pagi pada 9 Mac 2008 untuk menerima keputusan PRU dengan hati terbuka.

Dalam usaha menubuhkan kerajaan negeri Perak pada minggu-minggu selepas 8 Mac 2008, wujud usaha menubuhkan kerajaan Melayu pakatan Umno-PAS yang disokong Datuk Seri Abdul Hadi Awang – namun ditolak Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Tidak keterlaluan jika dikatakan Nik Aziz secara bersendiri telah melengahkan pakatan PAS-Umno selama satu dekad. Selepas kematian beliau, impian para pimpinan konservatif menjadi kenyataan. Muafakat Nasional ditubuhkan secara rasmi pada 2019 walaupun Umno dan PAS telah berpakat dalam diam sejak 2014.

Pada 2015, kerajaan Najib mengemukakan Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara yang membenarkan Perdana Menteri mengisytiharkan kawasan keselamatan. Ia merupakan satu-satunya undang-undang yang digazet tanpa perkenan diraja. Majlis Raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong jelas memperlihatkan rasa tidak sedang terhadap cubaan memberikan kuasa darurat kepada Perdana Menteri.

Pada 9 Mei 2018, beberapa orang Raja Melayu, pimpinan politik utama, dan pimpinan polis serta Angkatan Tentera telah mengiktiraf mandat yang telah diberikan kepada Pakatan Harapan. Tiada sebarang insiden pada malam PRU14, dan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan keesokan harinya.

Walaupun mentadbir secara kleptokratik dan dengan tebal muka, Najib pun tidak berani melampaui batas dengan mengumumkan darurat dalam demikian banyak krisis politik yang beliau hadapi.

Bagaimana demokrasi berfungsi

Rakyat Malaysia yang telah berusaha keras untuk memastikan demokrasi terus hidup tidak pernah merasakan krisis yang lebih teruk berbanding yang terjadi pada 23 Oktober 2020. Ia lebih teruk daripada mana-mana pengalaman saya pada zaman ini.

Jika mana-mana Perdana Menteri dan parti yang menyokongnya dapat mengisytiharkan darurat hanya atas kemungkinan tewas dalam pengundian Belanjawan di Parlimen, akan wujud kemungkinan salah guna yang lebih dahsyat.

Ini bermakna mereka yang berkuasa boleh berbuat apa sahaja setiap kali kuasa mereka diancam. Jika kerajaan sedemikian boleh mentadbir tanpa kebertanggungjawaban kepada pengundi dan rakyat, pilihan raya sudah tiada erti lagi; apatah lagi pilihan raya yang adil dan bebas.

Tetapi kita tidak boleh terburu-buru memadamkan lampu demokrasi berparlimen tanpa mencari jalan keluar daripada kebuntuan politik. Ada banyak cara untuk kerajaan berfungsi dengan baik dalam sebuah demokrasi berparlimen. Kalau pun anda tidak mempunyai majoriti, anda masih boleh mentadbir sebagai kerajaan minoriti dengan perjanjian ‘confidence and supply’ bersama parti-parti lawan.

Apa maksudnya? Ia adalah satu set perjanjian sah tanpa perlu membeli Ahli Parlimen. Parti pembangkang yang bersetuju dengan perjanjian tersebut tidak akan menjadi penyebab kerajaan tumbang dan akan menyokong Belanjawan selagi mana pandangan mereka dipertimbangkan.

Institusi parlimen telah wujud selama ratusan tahun di United Kingdom dan negara-negara lain disebabkan masyarakat mereka mempunyai percanggahan. Percanggahan tersebut, tidaklah pula menyebabkan pertengkaran dan pergaduhan di jalanan, tetapi dibawa ke Parlimen untuk mencari jalan kompromi dan penyelesaian.

Jika kerajaan mahu meluluskan rang undang-undang namun tidak mempunyai majoriti, ia boleh menghantar rang undang-undang itu kepada sebuah jawatankuasa dwipartisan untuk mendapat pandangan pembangkang. Jika kedua-dua pihak bersetuju, contohnya, terhadap 70 peratus daripada cadangan rang undang-undang terbabit, kerajaan mempunyai pilihan sama ada mengajukan bahagian yang telah dipersetujui kepada Parlimen dan menangguhkan bahagian-bahagian yang tidak dipersetujui; atau pun mengambil risiko tidak meluluskan langsung rang undang-undang terbabit.

Kini, kerajaan Perikatan Nasional yang tidak pernah diundi oleh rakyat sedang berdepan kemungkinan kalah dalam PRU akan datang. Jika darurat diisytihar, adakah ini bermakna mereka akan terus memerintah dalam keadaan darurat buat selama-lamanya?

Pada Jun lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu gembira apabila diberitahu bahawa beliau sangat popular dan boleh menang besar jika PRU diadakan. Sekarang ini, saya rasa penasihat-penasihatnya mungkin telah memberitahu beliau bahawa gabungannya tidak boleh menang lebih daripada 120 kerusi, bahkan mungkin kurang lagi daripada itu.

Menyelamatkan demokrasi

Dari sudut undi popular, Malaysia berada pada kadar 50-50 sejak tahun 2008. Pada tahun 2008, BN menang 51% undi popular, manakala pada tahun 2013 ia mendapat 47%. Pada 2018, dalam konteks pertembungan tiga penjuru, Pakatan Harapan menang 48% undi popular.

Daripada memilih untuk berkuasa secara separa diktator, tugas utama Perdana Menteri dalam demokrasi ialah untuk bekerjasama dengan pembangkang secara dwipartisan. Zaman menghancurkan pembangkang dengan penganiayaan dan pemerintahan darurat telah berakhir. Rakyat tidak akan membenarkan ia berlaku.

Mitos bahawa rakyat Malaysia tidak peduli tentang politik dan rela menyaksikan pemerintahan darurat selagi mana kelangsungan ekonomi mereka tidak terganggu adalah satu pendapat yang salah. Jika kita tidak peduli tentang hak-hak demokratik, tidak mungkin 83% pengundi keluar mengundi pada 9 Mei 2018.

Sebarang usaha untuk melaksanakan pemerintahan darurat akan meninggalkan parut yang dalam selain perpecahan yang teruk dalam kalangan masyarakat. Ia menjadikan pilihan raya dan keputusan rakyat langsung tidak bermakna. Marilah kita menjauhi daripada jurang kehancuran dan menyelamatkan demokrasi daripada ujiannya yang paling getir sejak 2008.

Saya tiada kepentingan peribadi untuk jawatan PM - Ku Li

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempertahankan tuntutannya agar parlimen mempercepatkan perbahasan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pemimpin veteran Umno itu berkata, dia tidak bertindak demikian atas kepentingan peribadi untuk mendapatkan jawatan berkenaan.

Dalam satu kenyataan, ahli politik veteran itu merujuk suratnya kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun bagi mendesak parlimen membahaskan usul yang dikemukakan oleh bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Inisiatif saya ini tidak boleh dianggap untuk diri sendiri atau mempunyai kepentingan peribadi terhadap jawatan perdana menteri," katanya sambil menegaskan langkah itu dilakukan bagi menegakkan prinsip sistem parlimen.

Katanya, dia mempunyai alasan untuk meyakini bahawa Muhyiddin dan kabinetnya sudah hilang keabsahan kerana tidak lagi mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun Tengku Razleigh atau lebih popular dengan gelaran Ku Li itu berkata dia terkejut apabila mendengar kabinet mencadangkan pengiytiharan darurat.

“Saya kecewa dan terkejut apabila perdana menteri (dengan sokongan kabinetnya) sedang meminta perkenan YDPA untuk mengisytiharkan darurat, dan dipercayai (untuk) meletakkan dirinya sebagai pentadbir kerajaan dalam darurat yang mempunyai kuasa yang besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Razaleigh menghantar surat bertarikh 25 September kepada Azhar, menyatakan usul tidak percaya sangat penting bagi menentukan sama ada perdana menteri mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat atau tidak.

Beberapa anggota parlimen mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Muhyiddin, antaranya kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan beberapa ahli parlimen Amanah.

Dalam balasannya, Azhar berkata urusan bukan kerajaan hanya boleh didahulukan berbanding urusan kerajaan jika ia mendapat sokongan menteri.

Kata Razaleigh, rakyat kini sedang bergelut dengan wabak Covid-19, yang menyebabkan banyak perniagaan gulung tikar, pengangguran, serta kesukaran mendapatkan kerja.

Tambahnya, ketika wabak mula-mula tular dahulu, dia dapat melihat azam kerajaan dalam langkah-langkah yang diambil termasuklah langkah kawalan kesihatan, rawatan dan bantuan kewangan.

'Ada motif tidak jujur'

Namun akhir-akhir ini, dakwanya, pendekatan kerajaan kurang terurus dan bersepadu, menampakkan kelemahan kepemimpinan kerajaan, termasuklah layanan berat sebelah dalam penguatkuasaan dan denda terhadap rakyat dan menteri serta orang yang mempunyai “hubungan baik”.

Katanya lagi, meskipun Covid-19 memberi kesan kepada ekonomi negara, rakyat dan ahli politik - kecuali beberapa orang yang culas - memberi kerjasama untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, selain Parlimen juga berjalan dengan baik.

“Tiada pemberontakan besar-besaran, tiada rusuhan di jalanan. Saya tak nampak asas jujur di sebalik permintaan seumpama itu (darurat), tetapi saya hanya boleh syak motif tak jujur di sebaliknya,” katanya.

Sebagai ahli ekonomi merangkap bekas menteri kewangan, katanya, seandainya darurat tetap dilaksanakan, dia yakin ia akan memburukkan ekonomi negara yang sedia terjejas.

“Saya boleh cakap dengan yakin, ia akan menjadi umpama memaku keranda ke atas ekonomi kita yang sedia teruk terkesan ini.

“Pelabur asing dan tempatan akan langsung menjauhi kita. Keyakinan perniagaan akan melebur,” katanya lagi. 

MUHYIDDIN KINI DI JALAN MATI, SELURUH NEGARA BERGEMA SUARA MAHUNYA SEGERA BERHENTI

Shahbudin Husin

Cubaan Muhyiddin Yassin untuk mendapat perkenan Agong bagi mengisytiharkan darurat yang telah dipersetujui kabinet nampaknya tidak kesampaian.

Majlis mengadap Agong di Istana Abdulaziz Kuantan selama lebih dua jam petang semalam tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Agong sebagai ketua negara ternyata ada kebijaksanaan tersendiri yang pada gambaran umum lebih mementingkan kesejahteraan rakyat dan masa depan Malaysia berbanding kegelojohan pemimpin politik yang kemaruk kuasa.

Tiadanya pengumuman darurat sehingga lewat malam tadi memberi kelegaan kepada rakyat, walaupun ura-ura mengenainya telah mencetuskan kebimbangan serta kecaman yang merata di seluruh negara sehingga pasaran saham turut menjunam jatuh.

Malah, di sisi rakyat yang waras, tiada apa-apa keperluan ke arah darurat yang mereka rasa perlu dilaksanakan kecuali Muhyiddin sendiri yang berada di ambang kejatuhan dan dibelenggu darurat telah menggunakan kaedah tersebut untuk menyelamatkan tengkuknya.

Jika selama ini, darurat diisytiharkan kerana ancaman komunis atau rusuhan kaum, Muhyiddin sebaliknya dilihat cuba berbuat demikian semata-mata untuk memenuhi nafsu kemaruk kuasanya.

Maka, janganlah marah kalau ada yang mengatakan inilah sebenarnya ciri diktator yang sebenar!!

Sebagai Perdana Menteri dalam negara demokrasi, Muhyiddin seharusnya akur apabila sokongan telah tiada, berhenti atau berundur adalah satu-satunya pilihan yang ada.

Perlakuan Muhyiddin cuba mengisytiharkan darurat kini nyata memperlihatkan beliau sudah tiada majoriti dan tidak sedia untuk berdepan pengundian Belanjawan 2021 di Parlimen bermula sidangnya 2 November depan.

Apa punya pemimpin seperti ini yang cuba menggunakan alasan Covid19 yang sebenarnya masih boleh dikawal sebagai perisai bagi berlindung daripada dijatuhkan, seterusnya untuk kekal berkuasa melalui darurat dan Parlimen yang digantung.

Tidakkah ini juga menunjukkan beliau telah membunuh demokrasi dan cuba mempertaruhkan nasib rakyat demi menyelamatkan kuasanya?

Sebelum ini beliau takut berhadapan dengan wartawan sehingga tidak pernah mengadakan sidang media secara terbuka, sekarang beliau juga terbukti penakut untuk berhadapan dengan wakil-wakil rakyat di Parlimen.

Reputasi dan wibawanya kini sudah hancur dan rata-rata suara yang kedengaran di seluruh pelusuk negara ialah mahu beliau segera meletakkan jawatannya.

Muhyiddin terbukti tidak mampu mentadbir negara, bahkan dengan kekalutan berterusan sejak lapan bulan lalu menunjukkan kerajaan melalui pengkhianatan yang diterajuinya tidak diberkati Tuhan.

Lebih daripada itu, ini juga memperlihatkan doanya yang diulang-ulang di saluran tv turut tidak dimakbulkan.

Apa lagi petunjuk Tuhan yang mahu ditunggunya hingga susah sangat mahu berhenti?

Dalam situasi sekarang dan akan datang, Muhyiddin mustahil dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadapnya untuk terus memimpin negara ini.

Kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadapnya sudah terhakis sama sekali kerana dengan darurat yang cuba diisytiharkannya, beliau sebenarnya cuba memusnahkan kehidupan rakyat yang rata-rata sedang kesusahan untuk meneruskan kehidupan.

Bayangkan jika darurat diisytiharkan, bagaimana nasib rakyat yang bergaji hari dan mereka yang menjalankan perniagaan?

Lebih daripada itu, dunia luar dan antarabangsa serta pelabur pasti tidak lagi akan memandang Malaysia selagi Muhyiddin tidak segera berundur daripada jawatannya.

Semua mereka sudah hilang keyakinan atas kegagalan paling teruk yang telah dilakukannya.

Jalan di depan Muhyiddin kini adalah jalan mati, beliau tidak boleh ke mana-mana lagi.

Hanya meletak jawatan satu-satunya pilihan yang ada baginya dan redhalah dengan ketentuan sebagai Perdana Menteri paling gagal dan paling singkat dapat memimpin negara ini. (Shahbudindotcom 24/10/2020)

Semoga Covid-19 tidak dijadikan kambing hitam

Dr Puad Zarkashi

Belum pasti apa keputusan sebenar mesyuarat khas kabinet semalam. Spekulasi kuat mengatakan akan berlaku prorogued parliament.

Prorogue parliament bermaksud sidang parlimen digantung tetapi parlimen tidak dibubarkan. Maka perdana menteri tidak perlu digantikan.

Penggantungan ini untuk tempoh tertentu. Maklumat mengatakan kabinet setuju untuk tempoh enam bulan sahaja.

Tetapi apa tujuannya? Untuk muslihat politik atau memerangi Covid-19? Semoga Covid-19 tidak dijadikan kambing hitam.

Bolehkah prorogue parliament memutuskan jangkitan koronavirus? Bukankah lebih baik teruskan sahaja PKPD (perintah kawalan pergerakan diperketatkan)?

Setelah Muhyiddin Yassin mengadap Yang di-Pertuan Agong di Pahang, tiada pengumuman rasmi dibuat.

Justeru teka-teki semalam menambahkan lagi kekeliruan rakyat. Jangan nanti rakyat menuduh kerajaan yang keliru kerana gagal membantu rakyat akibat padah ekonomi.

Kalau betul keputusan semalam ialah prorogue parliament, ia boleh menimbulkan beberapa persepsi lain.

Pertama, kerajaan dapat mengelakkan usul undi tidak percaya apabila Parlimen digantung.

Kedua, kerajaan mahu memastikan Belanjawan 2021 tidak ditolak melalui undian di parlimen.

Ketiga, Muhyiddin menganggap dakwaan Anwar Ibrahim bahawa dia sudah cukup nombor adalah benar. Justeru prorogue parlimen akan menggagalkan cita-cita Anwar.

Ia turut merencat keputusan Biro Politik Umno yang mahu menghantar terma hitam putih kepada Muhyiddin. Apatah lagi jika membabitkan rombakan kabinet.

Sekaligus pendaftaran Muafakat Nasional mungkin akan tertangguh lama.

Persoalan besar ialah Belanjawan 2021. Perdana menteri akan menggunakan perbelanjaan kecemasan untuk perbelanjaan tahun hadapan.

Belanjawan itu bukan lagi belanjawan rakyat kerana ia tidak dibahas dan diluluskan oleh parlimen. Ia akan dituduh bajet tidak telus.

Setelah BN kalah dalam PRU ke-14, macam-macam kita dengar. Perdana menteri interim, kerajaan perpaduan tanpa parti politik dan terkini prorogue parliament.

Semoga Agong dan Majlis Raja-raja Melayu akan menggunakan kebijaksanaannya. Ampun tuanku.

DR PUAD ZARKASHI ialah anggota Majlis Tertinggi Umno. Pandangan ini asalnya disiarkan di Facebook.

Jangan jadi diktator, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan keputusan kabinet untuk melaksanakan “darurat” memungkinkan negara menjadi kerajaan diktator.

Dakwa ketua pembangkang, dia bimbang dengan laporan berita yang mengandaikan kerajaan mahu menjadikan Covid-19 sebagai alasan bagi menyekat proses parlimen.

“Pengisytiharan darurat hanya dilakukan bilamana terdapat unsur ancaman pada keselamatan negara.

“Tetapi apabila kerajaan itu sendiri yang menjadi punca pada ancaman keselamatan, maka langkah darurat ternyata suatu langkah ke belakang yang akan memungkin kediktatoran.

“Saya menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbang semula keputusan ini kerana ia ternyata suatu keputusan yang pendek akal dan penting diri,” katanya.

Pagi tadi, mesyuarat khas kabinet di Putrajaya dilaporkan bersetuju dengan pelaksanaan “darurat” bagi menangani Covid-19.

Muhyiddin dipercayai baru selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di Kuantan.

Ini berlaku ketika Muhyiddin harus berdepan ujian sokongan majoriti terhadapnya di Dewan Rakyat dalam undian kali pertama Belanjawan 2021 yang dijadualkan 23 November ini, hanya sebulan dari sekarang.

Malah, meskipun ketegangan dengan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN), Umno dilihat melalui fasa gencatan politik kini, tahap sokongan ahli Parlimen Umno hanya akan benar-benar teruji pada undian di Dewan Rakyat itu.

Anwar berkata, dengan melaksanakan “darurat”, kerajaan PN menonjolkan kelemahannya dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang dihadapi.

Malah, tambahnya, di kala negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, Malaysia pula sedang bergerak ke belakang.

Sedangkan, katanya, yang diperlukan negara untuk mendepani wabak Covid-19 adalah ketelusan, kebertanggungjawaban dan dasar yang jelas oleh pelbagai kementerian

“Kita masih belum mengetahui apa strategi kerajaan dalam mengemudi krisis ini, tetapi apa yang terpamer adalah pemerintah merasakan strategi ampuh untuk melawan dampak wabak adalah dengan melemahkan demokrasi.

“[...] Pemerintah telah gagal menonjolkan kepimpinan yang berkualiti saat wabak, malah telah mengambil langkah yang mencurangi demokrasi untuk terus berkuasa,” katanya lagi. 

PM menghadap Agong, mohon laksana darurat

FMT Reporters 

PETALING JAYA: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dikatakan akan menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini, di tengah-tengah perbincangan Putrajaya sedang mempertimbangkan untuk mengisytiharkan darurat berikutan situasi semasa Covid-19.

Ketika dihubungi, seorang anggota Kabinet mengesahkan perkara itu kepada FMT, usaha untuk melaksanakan darurat sedang dijalankan. Malah seorang lagi sumber turut mengesahkan perkara itu ketika ditanya FMT.

“Perdana Menteri dalam usaha menghadap Agong,” kata seorang anggota Kabinet yang enggan namanya didedahkan.

FMT difahamkan Agong ketika ini berada di Pahang dan pertemuan itu dijangka berlangsung pada 5 petang itu.

Kabinet setuju darurat, PM dijangka mengadap Agong

Kabinet bersetuju dengan pelaksaan darurat bagi menangani penularan Covid-19.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas hari ini yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

“Tunggu pengumuman,” kata seorang menteri yang enggan namanya didedahkan ketika dihubungi Malaysiakini.

Langkah itu diambil susulan ketidaktentuan berterusan dalam negara dan ketika Muhyiddin berdepan desakan daripada luar dan dalam. 

Menteri Muhyiddin 

Sementara itu, memetik sumber, The Malaysian Insider melaporkan perkataan “darurat” itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik di kalangan rakyat.

“Mereka tak akan panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19,” menurut sumber itu.

Malaysiakini difahamkan Muhyiddin dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan baginda.

Bagaimanapun, perkara ini masih tidak dapat disahkan.

Muhyiddin pengerusi mesyuarat khas, kerajaan darurat dipertimbang, lapor media

MALAYSIA DATELINE

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra di Putrajaya, dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa ketika portal berita pro Azmin Ali berkata isu kerajaan darurat antara pilihan yang ada.

“Isu ini menjadi agenda utama apabila perdana menteri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat khas dengan anggota kabinetnya hari ini,” lapor Malaysianow.

Menurut Bernama, kenderaan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki perkarangan Perdana Putra pada kira-kira 8.57 pagi, bagi mempengerusikan mesyuarat yang bermula 9.30 pagi.

Beberapa kenderaan yang dinaiki menteri-menteri Kabinet juga dilihat memasuki Perdana Putra, dan sebelum memasuki perkarangan bangunan tersebut, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan suhu.

Antara yang kelihatan ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Kenderaan yang membawa Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Affendi Buang turut dilihat memasuki Perdana Putra pada kira-kira 9 pagi.

Sekumpulan pengamal media berkumpul di laluan masuk ke Perdana Putra ekoran desas desus mengenai rombakan Kabinet akan dibuat, berikutan mesyuarat yang diadakan hari ini.

Ada apa dengan mesyuarat khas kabinet esok?

Haspaizi Zain

Mesyuarat khas kabinet yang akan diadakan esok dipercayai tiada kaitan dengan rombakan kabinet, sebaliknya tertumpu kepada isu menangani Covid-19, kata sumber kepada Malaysiakini.

Katanya, mesyuarat itu memang akan dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Putrajaya.

Sumber itu memaklumkan mesyuarat khas itu mahu membincangkan situasi terkini penularan wabak Covid-19 serta usaha mengekang penularan virus berkenaan.

"Setakat ini ia tiada kaitan dengan isu rombakan Kabinet," katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun mesyuarat berkenaan menimbulkan bermacam spekulasi kerana Muhyiddin baru saja mempengerusikan mesyuarat kabinet menerusi sidang video dari pejabatnya di Putrajaya semalam.

Menurut Muhyiddin semalam adalah kali kedua mesyuarat berlangsung secara sidang video selepas kali pertama ia diadakan minggu lepas.

Kedudukan Muhyiddin sebagai perdana menteri menjadi perhatian ramai selepas Umno mengemukakan tuntutan baru untuk sokongan mereka kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Antara isu yang mencetuskan rasa tidak puas hati Umno ialah kedudukan wakil mereka dalam kerajaan dan wujud desakan agar perdana menteri mengadakan rombakan kabinet .

Ia menyusul selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim mengumumkan dia memiliki sokongan majoriti di Dewan Rakyat, sekali gus menandakan Muhyiddin tidak lagi mendapat keyakinan daripada ahli parlimen.

Bagaimanapun semalam Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan “gencatan politik” dan menegaskan parti itu menyokong PN.

Sementara itu seorang lagi sumber memberitahu Malaysiakini, selain perkembangan semasa Covid-19, isu sokongan kepada kerajaan PN juga akan dibangkitkan.

Bagaimanapun, katanya, ia tidak menyentuh soal rombakan kabinet.

"Tidak (rombakan Kabinet), tapi bincang isu sokongan kepada kerajaan dan Covid-19," katanya ringkas.

Namun, sumber terbabit tidak menjelaskan lebih lanjut berhubung isu yang dimaksudkannya itu.

Sementara itu sumber Pejabat Perdana Menteri mengesahkan tentang mesyuarat khas esok, namun enggan mengulas lanjut.

Anwar tersekat di jalan mati?

ZAKARIA MUSA Foto WAN ZAHARI WAN SALLEH

Perbalahan terbuka Umno dan Bersatu sudah dijangka sejak kedua-dua parti itu berkomplot membentuk kerajaan pintu belakang, Mac lalu. Tanpa dilandasi prinsip-prinsip bersama tetapi hanya didorong oleh kepentingan sempit, langkah khianat yang didukung oportunis politik itu dilihat terbuka untuk aksi pengkhianatan seterusnya.

Kerajaan tanpa mandat rakyat, tanpa manifesto itu, tanpa dipandu haluan besar bersama gabungan Perikatan Nasional (PN), hanya menunggu masa untuk bercempera. Memang ketamakan tidak pernah berakhir.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bernasib baik apabila kerajaan yang berdiri dengan hanya majoriti tipis dua undi itu terselamat kerana gabungan pembangkang turut bertelingkah. Oposisi gagal mencari kata sepakat untuk menamakan calon perdana menteri. Penyokong kem masing-masing menghalakan serangan sesama sendiri.

Perseteruan di antara kem Dr Mahathir Mohamad dan kem Anwar Ibrahim bagai sukar diredakan lagi. Ia kembali seperti suasana zaman Reformasi, 1998 dahulu. Seolah-olah tiada lagi kepercayaan di antara kedua-duanya. Malah, usaha damai yang digerakkan untuk merapatkan dua negarawan itu diperlekehkan secara terbuka.

Justeru, “kerajaan tebuk atap” yang serba pincang itu masih sukar ditumbangkan disebabkan parti-parti pembangkang gagal menguruskan perbedaan mereka. Tidak perlu disenaraikan kelemahan-kelemahan ketara sepanjang tujuh bulan PN mentadbir; rakyat menyaksikan dan merasai sendiri, apatah lagi pandemik Covid-19 semakin tidak terkawal. Amalan dua darjat menyerlahkan sikap hipokrasi kerajaan apabila orang awam dihukum, manakala menteri dilepaskan walaupun melakukan kesalahan sama.

Rakyat yang telah menunaikan tanggungjawab memilih pada PRU14, lebih dua tahun lalu, kini seakan-akan pasrah dengan apa sahaja permainan kuasa elit politik. Tumpuan hanya pada 222 ahli Parlimen yang mengatur gerak penuh muslihat. Dalam sifir yang praktikal, hitungannya terarah kepada ahli-ahli Parlimen Umno. Kita memang tiada banyak pilihan lagi. Ini bukan situasi yang ideal.

Apakah dengan pengumuman “gencatan senjata” dan dukungan terhadap kerajaan PN oleh Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, maka usaha peralihan kuasa yang didakwa Anwar sebulan lalu sebagai sudah mempunyai “cukup bilang” kini telah berakhir?

Apakah sokongan selesa dan meyakinkan, dipercayai datang daripada wakil rakyat Umno kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baharu, terbatal dengan keputusan Zahid itu? Apakah sudah ada persefahaman lebih mesra dan saling mempercayai di antara Umno dan Bersatu, ataupun Muhyiddin telah memberi komitmen positif terhadap tuntutan Umno?

Secara semulajadi, pastinya setiap parti bercita-cita besar mahu memperkukuh dan mengembangkan kedudukan masing-masing. Umno, Bersatu dan Pas umumnya merupakan parti Melayu yang berebut pengaruh serta sokongan di konstituensi yang sama.

Maka tidak pelik jika timbul persaingan tajam di antara ketiga-tiga parti itu. Apatah lagi di antara Bersatu dan Umno; Bersatu lahir untuk menggantikan Umno yang sudah menyimpang daripada perjuangan asal. Bersatu hanya mampu tumbuh subur apabila pengaruh Umno dapat disekat. Manakala Umno hanya mampu pulih semula jika Bersatu dihalang pengembangannya.

Umno pernah menerajui kerajaan, dalam gabungan parti yang dikuasainya hampir secara mutlak selama lebih 60 tahun, maka sudah tentu rimas dengan posisi terhad-terbatas bersama Muhyiddin. Congak atas kertas, muafakat bersama Pas memadai untuk Umno kembali kepada kedudukan asal.

Kerjasama dengan Bersatu yang khianat terhadap Pakatan Harapan (PH) memang membolehkan Umno bersama kerajaan (walaupun kalah PRU14) tetapi ia terpaksa bersaing untuk kembali sebagai parti Melayu terbesar. Dalam keadaan dibuli Bersatu dan diketepikan daripada posisi strategik kerajaan, Umno melihat jalan mati di depannya.

Umno masih mempunyai ahli Parlimen teramai, 39 orang, meskipun selepas 15 wakil rakyatnya menyertai Bersatu. Namun, jumlah yang signifikan itu tidak diterjemahkan secara seimbang dalam komposisi jemaah menteri PN.

Malah, pembentukan Kabinet Sabah selepas pilihan raya negeri baru-baru ini menjadi bukti terkini pergeseran Umno-Bersatu tidak pernah reda, sebaliknya tambah membara.

Dalam sistem berkerajaan di Malaysia, kuasa seorang perdana menteri adalah segala-galanya. Bidang cakupannya cukup meluas. Cuma semasa pentadbiran PH tempoh hari, mesyuarat Majlis Presiden dapat juga berfungsi sebagai semak-imbang.

Itu pun, keberkesanannya sering dipersoalkan. Majlis Presiden PH mempunyai struktur dan keanggotan yang jelas. Walhal, PN hanya kerjasama longgar. Pemimpin-pemimpin kanan Umno secara konsisteh kerap meluahkan sikap yang cukup negatif terhadap PN.

Dalam Kabinet Muhyiddin yang tiada jawatan timbalan perdana menteri itu, diwujudkan empat menteri kanan. Menteri kanan terkanan disandang Azmin Ali, mewakili Bersatu.

Menteri kanan Umno berada di lapisan bawahnya. Menteri Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga dilantik, manakala seorang lagi menteri Bersatu mengisi satu lagi slot menteri kanan. Jelas, kerajaan Muhyuddin-Azmin mengutamakan Bersatu dan menyisihkan seteru ketat, Umno.

Gencatan senjata yang diisytihar Zahid semalam hanya perdamaian sementara dan bersifat taktikal. Penularan Covid-19 menjadi alasan utama. Namun, sebaliknya ia mendedahkan bahawa konfrontasi Umno-Bersatu, yang berada dalam sebuah kerajaan sama, terpaksa dikendurkan demi muslihat politik.

Maknanya, bukan sangat atas kepentingan rakyat dan negara. Bayangkan bagaimana kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan, dalam keadaan anggota pentadbirannya saling bersengketa dan bermusuhan. Mereka sebenarnya masih dalam mood “berperang”, cuma mungkin tiada lagi serang menyerang dalam keadaan terbuka.

Soalan yang timbul daripada sikap politik Umno, yang dizahirkan Zahid itu, apakah usaha memartabatkan kembali mandat rakyat seperti dilakukan Anwar sudah berakhir atau menemui jalan buntu?

Benarkah Anwar dipermainkan atau dipergunakan oleh ahli-ahli Parlimen Umno sebagai umpan bagi mendapatkan habuan lebih besar daripada Muhyiddin? Atau, kisah mendebarkan ini belum akhir?

Zahid sendiri tidak boleh mengawal ahli-ahli Parlimen Umno, yang berpecah kepada beberapa fraksi itu? Justeru, episod tarik-menarik ini akan terus berlanjutan, walaupun mungkin dalam tempo berbeda.

Berebut kekasih yang sama, Umno dan Bersatu tak mungkin berdamai

 

'Umno, Bersatu kongsi kekasih sama, tak mungkin berdamai'

Penganalisis politik, Wong Chin Huat meramalkan gencatan politik yang diumumkan oleh presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi semalam tidak akan berkekalan.

"Umno dan Bersatu merupakan saingan bukan hanya untuk (jawatan) menteri, tetapi akhirnya mereka adalah pesaing yang mencintai kekasih yang sama - kerusi majoriti nasionalis Melayu.

"Bolehkah dua lelaki yang cemburu dan berkongsi kekasih sama menjadi teman sejati?" tulis Wong di laman Facebooknya hari ini.

Wong yang merupakan seorang ahli sains politik menjelaskan bahawa Umno dan Bersatu perlu berkongsi kawasan pilihan raya di kawasan Melayu pada pilihan raya akan datang berikutan sistem 'first past the post' yang diamalkan di negara ini.

"Isu pokoknya adalah sama ada 15 kerusi Parlimen yang diambil Bersatu dari Umno harus dikembalikan kepada Umno, dan di situ tidak boleh (situasi) menang-menang," kata Wong.

Sekiranya Umno diberi laluan, Wong meramalkan bahawa Bersatu hanya akan memenangi tidak lebih daripada 20 kerusi pada pilihan raya akan datang.

Sebaliknya, jika Bersatu diberikan laluan, maka Umno mungkin kehilangan peluang seperti apa yang berlaku pada pilihan raya Sabah.

Semasa pilihan raya umum pada 2018, Umno memenangi 17 kerusi dewan undangan negeri (Dun) Sabah. 

Pada tahun berikutnya, lapan Adunnya melompat menyertai Bersatu.

Ketika pilihan raya Sabah, Umno hanya berjaya meletakkan calon di dua daripada lapan kerusi, dan hanya menang satu kerusi.

"Umno tidak mensabotaj Bersatu yang merebut 19 kerusi. Namun, Umno ada enam daripada 26 kerusi yang ditandingi menentang PBS atau Star yang dibayangi Bersatu," katanya.

Daripada enam pertandingan yang dihadapi Umno menentang PBS atau Star, Umno hanya menang satu kerusi.

Lebih memburukkan keadaan, kata Wong, parti itu tidak berjaya mendapatkan jawatan ketua menteri, walaupun merupakan parti yang memiliki kerusi terbanyak dalam gabungan Gabungan Rakyat Sabah.

Wong meramalkan bahawa "gencatan politik" yang diumumkan Umno kemungkinan akan diikuti dengan rombakan kabinet.

"Mimpi buruk Bersatu tidak akan berakhir di situ. Menteri-menteri Umno akan menggunakan jawatan mereka untuk mengisi kehendak mereka untuk menghadapi Bersatu pada pilihan raya akan datang.

"Dijangka penyokong kedua-dua parti akan berebut kedudukan GLC, pelantikan politik di peringkat rendah dan kontrak tidak lama lagi," katanya. 

Justeru, Wong membuat kesimpulan bahawa dua lelaki yang berkongsi kekasih  yang sama itu, tidak akan berdamai.

"Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak akan dapat keluar daripada masalah dan Malaysia juga tidak keluar dari perebutan kuasa," katanya.

Gencatan politik dua ‘Abang Long Kawasan’ tidak kena mengena dengan PH

DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA

Gencatan politik adalah satu tanda kesediaan untuk berhenti seketika dari apa sahaja sengketa antara dua pihak yang bertelagah. Dalam hal ini, kenyataan Presiden UMNO, DSZH difahami merujuk kepada perbalahan UMNO dan BERSATU yang kritikal menanti pecah.

Perbalahan kedua parti ini adalah kerana UMNO merasa dirinya ‘dibuli’ parti ‘budak baru’ yang cuba berlagak macam ‘Abang Long Kawasan’.

Persengketaan ini merebak sampai ke akar umbi membabitkan sampai soal ‘maruah’ kerana rasa UMNO dihina begitu rupa oleh budak-budak BERSATU yang dikatakan berlagak kerana kuasa yang ada pada mereka sebagai PN.

UMNO dan BERSATU macam budak kecik bergaduh, mereka ungkit mengungkit antara satu sama lain, ugut mengugut dan perli memerli sehingga hubungan retak mereka kini menanti belah.

Bagi saya gencatan senjata ini adalah antara 2 entiti parti yang sebenarnya nak jaga ‘kawasan’ masing-masing supaya ada ruang mereka nak ‘berunding’ untuk kekal kuasa masing-masing dan jaga budak-budak mereka di bawah.

Gencatan politik kerana covid hanyalah taktik alih perhatian sahaja, sedangkan secara realitinya keduanya sedang berpolitik untuk tawar menawar posisi dan agih mengagih kuasa sesama mereka.

Sebab itu saya rasa nak ketawa apabila seluruh Malaya percaya satu gencatan politik kononnya sedang berlaku.

Saya juga tersenyum melihat sesetengah orang di medsos menyatakan rasa lega sebab kini negara boleh tumpu kepada urusan covid dan bukan politik.

Itulah hebatnya orang politik meyakinkan orang ramai mereka tidak berpolitik dengan hanya menggunakan perkataan ‘GENCATAN POLITIK’. Memang bijak….

Tiba-tiba dalam hal ini, ada yang kata ‘game over’ untuk DSAI. Bila masa DSAI ada dalam sifir perbalahan dua parti ni? DSAI ada PH yang berada dalam keadaan solid dan padu.

Perbalahan Zahid vs Mahyudin adalah masalah dalaman PN vs UMNO dalan usaha mereka mempertahankan ‘muka’ masing-masing dalam tawar menawar kuasa politik.

Kalau ada yang kaitkan keputusan gencatan politik Zahid bermakna DSAI tak akan dapat sokongan MP UMNO untuk majoriti yang didakwanya, memang dakwaan itu ada logiknya.

Tetapi logik itu boleh difahami jika sokongan kepada DSAI yang ditawarkan adalah secara en-block!

Tapi jangan kita lupa dan abaikan kenyataan Presiden UMNO sebelum ini yang mengatakan bahawa beliau tidak dapat menghalang mana-mana MP UMNO yang hendak menyokong DSAI. Apakah boleh kita kata game over untuk DSAI ataukah sebenarnya game over untuk TSMY?

Bagi PH, gencatan politik Zahid tidak ada kena mengena kenapa kami perlu berdiam diri dengan kegagalan PN dan TSMY mengendalikan krisis hari ini.

Salah satu fokus untuk pengurusan krisis covid ialah menukar PN dan seluruh kabinetnya yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat kepada usaha kerajaan menangani covid 19.

PN juga ada latarbelakang pembelotan yang telah mengguris hati rakyat bermandatkan keputusan secara demokratik pada PRU 2018.

Saya akan ulangi sekali lagi apa yang telah saya nyatakan sebelum ini, “tiada gencatan politik kepada teras demokrasi yang dipandu perlembagaan dan undang-undang di mana politik terbina di atas tapaknya”.

Menangani kegagalan TSMY dan kemorosotan kepercayaan kepada cara beliau menangani krisis covid mestilah berpandu kepada asas-asas demokrasi termasuklah cara berperlembagaan untuk menggantikan kepimpinan yang lebih efisien dan berwibawa serta mendapat kembali kepercayaan rakyat.

Majoriti yang kukuh, kerajaan yang kuat serta kepercayaan rakyat yang padu adalah seruan untuk pengendalian krisis covid yang lebih berkesan.

Langkah DSAI konsisten pada teras perundangan dan landasan demokrasi yang menjadi tegak berdirinya proses politik bagi memelihara negara secara berterusan.

Gencatan politik antara UMNO dan BERSATU tak perlu mengheret rakyat dan negara kerana itu masalah nak jaga kawasan masing-masing.

Negara lebih besar dari perbalahan 2 ‘Abang Long Kawasan’ dan sebab itu kita wajib memelihara demokrasi dan prosesnya supaya negara mendapat yang terbaik untuk menguruskan krisis covid.

*DATUK SERI DR MUJAHID YUSOF RAWA merupakan Naib Presiden AMANAH dan

Ahli Parlimen Parit Buntar.

Kes Khairuddin Takiri, implikasi undang-undang 2 darjat, kata peguam

SITI NUR ZAWANI MISCON

Keputusan Peguam Negara melepaskan Menteri Pembangunan Komoditi dan Perladangan, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menyebabkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa undang-undang dijalankan secara dua darjat.

“Secara rumusan, keputusan Peguam Negara menimbulkan lagi pelbagai persoalan lanjut yang membuatkan rakyat mempunyai persepsi negatif bahawa kononnya undang-undang dijalankan secara dua darjat,” kata peguam Datuk Mohamed Haniff Khatri Abdullah.

Beliau tampil memberikan penjelasan beberapa persoalan berkaitan dengan perundangan, berhubung keputusan Peguam Negara yang menggugurkan kes menteri dari Pas itu.

Beliau berkata, adakah borang 14b yang dijadikan alasan penguguran kes Khairuddin itu terpakai dalam isu kuarantin kendiri kepada seorang menteri yang pulang dari luar negara.

Menurutnya, borang tersebut adalah dengan sendirinya bertajuk ‘Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi konteks jangkitan 2019’, secara khusus terpakai kepada kontak kepada pesakit Covid-19.

Bagaimanapun katanya, perintah kuarantin kendiri yang wujud pada ketika itu adalah arahan kerajaan yang menetapkan sesiapa kembali dari luar negara, wajib menjalani kuarantin kendiri sama ada kontak atau tidak.

“Selain itu adakah di bawah seksyen 15(1) Akta 342, menetapkan mana-mana pegawai mempunyai budi bicara untuk mengeluarkan atau tidak borang tersebut.

“Dari pembacaan seksyen tersebut secara ringkas, tidak pun wujud budi bicara atau hak kepada mana-mana pegawai yang melaksanakan tugas itu untuk tidak mengeluarkan borang kepada sesiapa.

“Tapi kalau ada budi bicara, kenapa dilakukan memihak kepada menteri ini. Adakah kerana diminta atau diarahkan pihak-pihak tertentu?,” soalnya dalam satu rakaman video hari ini.

Semalam Pejabat Peguam Negara (AGC) mengarahkan pihak polis untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi atas alasan tidak diserahkan borang menjalani kuarantin diri.

Perkara itu diputuskan selepas tiga bulan kertas siasatan bertukar tangan antara Peguam Negara dan pihak polis yang kemudiannya memutuskan No Further Action (NFA).

Pada masa sama, Haniff bertanya sekiranya Khairuddin sendiri yang meminta kepada pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tidak memberikan borang arahan kuarantin kerana tidak ingin tertakluk kepada kuarantin kendiri.

“Atau adakah kerana beliau menteri dan pegawai KKM berpendapat tak perlu keluarkan borang?”kata beliau.

Gencatan politik: Ada sesuatu yang mengubah Zahid Hamidi

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad mengandaikan sesuatu telah berlaku sehingga Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan gencatan politik dan menyeru ahlinya memperkukuh sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN).

Ahli Parlimen Shah Alam itu berkata, kemungkinan juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah berjanji untuk memenuhi beberapa syarat yang dikemukakan Umno.

Namun katanya, untuk tidak menunjukkan beliau tunduk dengan desakan parti itu yang dikatakan menuntut rombakan Kabinet, maka perkara itu tidak akan dilakukan buat masa sekarang.

“Mungkin apa yang dimohon (Umno) dipersetujui. Walaupun tak ada rombakan kabinet buat masa ini, tapi tak mustahil akan dilakukan kemudian kerana mahu menjaga air muka.

“Tetapi disebabkan Muhyiddin nak tunjuk yang dia tak tunduk dengan desakan Umno, maka ianya akan dilaksanakan sebulan atau dua bulan kemudian. Ini semua andaian-andaian yang kita boleh kaji.

“Tetapi hakikatnya, Zahid keluar kenyataan (menyokong PN), menggambarkan ada sesuatu telah berubah yang akhirnya mereka sanggup untuk membuat gencatan politik sedangkan sebelum itu mengasak Muhyiddin,” katanya dalam wawancara bersama Jom Channel malam tadi.

GAMES OF THRONES MALAYSIA

Dalam pada itu, veteran DAP Lim Kit Siang juga mempersoalkan mengapakah Zahid telah tunduk sepenuhnya sebegitu pantas sekali, hanya selepas 30 hari Game of Thrones Malaysia.

“Dan semua ini berlaku pada hari di mana kita dapat melihat “cahaya di penghujung terowong”, selepas empat hari berhadapan dengan berita buruk dengan peningkatan harian melebihi 800 kes sehari,” kata Kit Siang.

Mungkin bukan satu kebetulan, katanya, yang kenyataan Zahid ini dikeluarkan hampir pada masa yang sama dengan mengumumkan keputusan Tiada Tindakan Lanjut (NFA) oleh Pejabat Pendakwa Raya mengenai kes pelanggaran SOP kuarantin Covid-19 Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Khairudin Aman Razali.

“Mungkin pimpinan Umno telah mendapati yang mereka tidak akan mendapat sokongan daripada Pas dalam Game of Thrones ini, dan jika perkara ini berlaku, mereka tidak boleh menjangka sokongan Pas mahupun blok Parlimen Umno untuk bersatu teguh menyokong apa-apa sahaja keputusan Zahid dan Najib Razak secara membuta tuli,” katanya.

UMNO KING MAKER

Membincangkan topik ‘Umno dari kecundang ke King Maker’, Khalid mengakui parti itu kini mempunyai kedudukan istimewa yang menjadikan Umno yang kalah pada Pilihan Raya yang lalu, akhirnya menjadi King Maker dalam pembentukan kerajaan.

Menurutnya, jumlah ahli Parlimen Umno seramai 39 orang menjadi penentu sama ada menyokong Muhyiddin terus berkuasa atau mengalih sokongan terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagaimanapun ujar Khalid, Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak boleh menjadi King Maker oleh kerana jumlah ahli Parlimen yang tidak cukup untuk kedua-dua pihak (Anwar dan Muhyiddin) membentuk kerajaan.

Apa yang berlaku kata Khalid, berpunca dari tindakan Muhyiddin dan Menteri Kanannya sendiri iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sehingga Umno mempunyai kuasa untuk mengugut dan mendesak agar kehendak mereka dipenuhi.

“Kalau dia (Umno) bersama Muhyiddin, Muhyiddin jadi kerajaan walau hanya dengan 113 ahli Parlimen. Kalau Umno dengan Anwar pula, dia boleh bentuk kerajaan dengan jumlah 130 sokongan.

“Tetapi GPS dan Pas tak boleh, mereka takcukup angka. Umno boleh. Jadi ini lah yang meletakkan Umno dalam situasi yang istimewa sebagai King Maker.

“Dan ini merupakan satu situasi yang dihasilkan oleh Muhyiddin dan Azmin di mana pada akhirnya Umno berkuasa menentukan, mengugut, mendesak, dan menggunakan kedudukan istimewa agar kehendak mereka dipenuhi,” katanya lagi.

Kecualikan Khairuddin cemar imej Putrajaya, kata penganalisis

Minderjeet Kaur

PETALING JAYA: Dua penganalisis politik memberi amaran bahawa bahaya menanti imej kerajaan berikutan keputusan “tiada tindakan lagi” (NFA) terhadap menteri yang ingkar perintah kuarantin wajib.

Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia dan Jeniri Amir daripada Majlis Profesor Negara memberitahu FMT bahawa mereka percaya orang ramai dapat melihat tindakan dwi standard dalam menghukum rakyat biasa atas kesalahan dan mengecualikan ahli politik yang berkuasa atas kesalahan sama.

Mereka mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk tidak akan mendakwa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, yang dikompaun selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

Khairuddin, ahli PAS, tidak menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas pulang dari Turki pada Julai. AGC berkata, ini memandangkan tiada keterangan kukuh bagi mengasaskan pertuduhan, selepas didapati tiada borang arahan kuarantin diserahkan kepada Khairuddin.

Azizuddin berkata, keputusan itu bukan sahaja akan menjejaskan imej gabungan pemerintah, tetapi juga PAS.

“Mereka cakap pasal Islam dan ajaran Islam, tetapi orang mungkin akan rasa PAS, yang kini berkuasa, tidak lagi ikut ajaran Nabi,” katanya.

Beliau berkata, garis panduan Islam dalam menangani wabak berbalik kepada zaman Nabi, apabila orang ramai diberitahu supaya mengikuti prosedur kuarantin dan juga mematuhi larangan lain, sekiranya ada penularan penyakit.

Sementara itu Jeniri berkata, orang ramai akan melihat perkara itu sebagai contoh kecenderungan kerajaan untuk bersikap dwi standard.

“Mereka akan fikir ada 1 peraturan untuk golongan elit dan 1 untuk rakyat,” katanya. “Ini tidak baik bagi kerajaan.”

Katanya, kerajaan perlu dilihat konsisten dan adil dengan keputusannya.

Beliau juga berkata, kerajaan kelihatan tidak sedar bahawa masyarakat kini celik politik dan akan memantau tindak-tanduknya dan juga parti politik.

“Sekiranya kerajaan dilihat berat sebelah, orang ramai akan hilang rasa hormat kepada ahli politik dan menteri,” tambahnya.

"Kau ni tidak pernah berubah ye," kata Zahid kepada Muhyiddin selepas mesyuarat

Pertemuan 6 mata Muhyiddin, Zahid, Hadi panas

BORHAN AHMAD

Pertemuan enam mata yang berlaku antara Presiden Umno, Bersatu dan Pas berakhir dengan suasana yang tidak kondusif apabila Umno gagal mencapai syarat-syarat yang ditetapkannya kepada Bersatu.

Menurut orang kanan Datuk Seri Najib Razak, pertemuan antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu tidak berakhir dengan baik.

“Kau ni tidak pernah berubah ye,” kata Zahid kepada Muhyiddin selepas mesyuarat itu, beritahu Datuk Lokman Noor Adam menerusi facebook beliau tentang pertemuan itu.

Zahid dipercayai membawa syarat-syarat yang diputuskan Biro Politik Umno kepada Muhyiddin dalam mesyuarat enam mata tersebut selepas Zahid bersama Datuk Ahmad Maslan, Setiausaha Agung Umno bertemu Hadi sebelum itu.

“Apa syarat-syarat yang diletak Umno nampaknya tidak diterima Muhyiddin. Kemungkinan besar juga Muhyiddin bersifat angkuh,” beritahu Lokman lagi.

Walaupun mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dibatalkan ekoran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikenakan ke atas Kuala Lumpur, Zahid dipercayai membincangkan hal ini dalam kumpulan whatsapp Majlis Tertinggi Umno.

“Datuk Seri Zahid saya jangka telah bincang dalam group Majlis Tertinggi walaupun tidak bermesyuarat. Saya boleh anggap ia adalah keputusan bersama juga,” kata Lokman lagi.

Beliau juga yakin, keputusan genjatan senjata dengan Bersatu yang diumum Zahid juga disebabkan campur tangan pihak luar termasuk istana yang tidak mahu politik berlebihan ketika Covid-19.

Tindakan dua darjat terhadap menteri cemar pengorbanan rakyat lawan covid-19

 


Keputusan kerajaan hari ini untuk tidak mengambil tindakan lanjut (No Further Action) terhadap YB Datuk Khairuddin Aman Razali, Menteri Perladangan Perusahaan dan Komoditi yang telah melanggar kuarantin wajib Covid-19 adalah amat dikesali.

Peluang untuk membuktikan bahawa Perikatan Nasional (PN) sebagai kerajaan prihatin kepada rakyat hancur sama sekali, sebaliknya mengesahkan lagi pandangan yang semakin popular iaitu PN adalah kerajaan dua darjat.

Beberapa kes yang melibatkan rakyat biasa yang terkhilaf melanggar arahan kuarantin telah dijatuhkan hukuman denda dan penjara manakala Menteri PAS dibebaskan begitu sahaja.

Sebagai contoh, baru 2 hari lepas seorang juruteknik swasta telah dipenjara 14 hari dan didenda sebanyak RM1,000 selepas gagal mematuhi arahan menjalani kuarantin.

Tindakan yang tidak adil ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN dan malangnya dengan kelemahan integriti dan kerakusan pangkat, lebih banyak ketidakadilan yang akan berlaku selepas ini.

Bukan sekadar itu, Kerajaan PN hari ini telahpun mensia-siakan pengorbanan dan usaha frontliners serta rakyat biasa melawan Covid-19.

Rakyat terpaksa akur dengan arahan yang sering bertukar hampir sepanjang masa kerana adanya ugutan dan hukuman terpilih, namun hormat mereka kepada pemerintah semakin menghilang.

Ketika seluruh negara berhadapan dengan kesengsaraan ekonomi, ramai yang hilang pekerjaan, ada yang hilang tempat tinggal, PN sanggup lakukan apa sahaja demi kekal berkuasa untuk kepentingan peribadi.

Ini amat merisaukan jika cengkaman ini dibiarkan, maka akan terbentuklah pemerintah yang zalim dek kerana amalan hukum bukan berdasarkan undang-undang saksama (rule of law) tetapi mengikut selera kedudukan dan pangkat, layanan media terpilih dan pelbagai lagi, sedangkan nasib rakyat kebanyakkan tidak dihiraukan.

21.10.2020

AKMAL NASIR

Ahli Parlimen Johor Bahru

Ketua AMK Malaysia.

Bagus Peguam Negara PN tak akan dakwa menteri, sindir Shahrir Samad

SITI NUR ZAWANI MISCON

Pemimpin Umno menyindir tindakan Peguam Negara yang mengarahkan untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap Datuk Khairuddin Aman Razali, atas alasan menteri itu tidak diberikan borang menjalani perintah kuarantin.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad berkata, jika diikutkan, individu lain yang dikenakan kuarantin juga tidak mempunyai apa-apa borang.

Beliau secara sinis berkata, tugas Peguam Negara di bawah kerajaan Muhyiddin nampaknya adalah untuk mempertahankan menteri-menteri.

“Bagus Peguam Negara PN ni. Tak akan dakwa Menteri PN di atas sebab menteri tidak diserahkan borang-borang tertentu. Ikutkan mereka yang kena kuarantin, tak ada borang pun.

“Tapi agaknya memangnya tugas Peguam Negara mempertahankan menteri-menteri.

“Tommy Thomas gugurkan kes Lim Guan Eng, kes LTTE dan kes pembantu rumah warga Indonesia yang mati di luar rumah, semua kes yang lagi besar.

“Peguam Negara PN pula (gugurkan) setakat kes Menteri yang tidak kena kuarantin,” katanya dalam satu hantaran Facebooknya hari ini.

Hari ini, Peguam Negara menggugurkan kes Khairuddin yang juga Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, selepas tiga bulan kertas siasatan dibuka dan bertukar tangan antara peguam dan pihak polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, selepas kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), polis menerima arahan agar tiada tindakan lanjut diambil terhadap Menteri terbabit.

“Kertas siasatan telah rujuk ke pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini ‘no further action (NFA), atas alasan menteri tak diserahkan dengan borang 14b di bawah seksyen 15 (1) akta 342 bagi tujuan menjalani perintah kuarantin,” katanya dalam sidang media petang tadi.

Menyedihkan, usaha PH pulihkan intergriti dimusnahkan dalam kes Khairuddin

MALAYSIA DATELINE

Amat menyakitkan melihat usaha untuk sedang memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada integriti, profesionalisme, dan kebebasan institusi-institusi utama negara dimusnahkan satu persatu oleh kerajaan yang ada.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, ia sedang dimusnahkan oleh kerajaan pintu belakang yang telah menggantikan kerajaan Pakatan Harapan secara tidak sah melalui konspirasi Langkah Sheraton.

Menurut beliau, salah satu tugas pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada 9 Mei 2018 adalah untuk memulih kerpecayaan kepada sistem negara.

Namun, ia sebegitu sahaja dimusnahkan apabila Pejabat Pendakwa Raya (AGC) berjaya memusnahkan segala keyakinan dan kepercayaan awam terhadap integriti dan kebebasannya dengan keputusan “Tiada Tindakan Lanjut” terhadap kes Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi PAS, Mohd Khairudin Aman Razali.

Khairuddin telah mengingkari SOP kuarantin Covid-19 sejurus selepas pulang bersama rombongannya daripada satu lawatan ke Turki pada 7 Julai 2020.

“Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas beliau pada 6 Oktober mengatakan yang sesiapa pun yang melanggari SOP Covid-19 akan berhadapan dengan tindakan.

“Beliau berkata: “Maafkan saya jika ‘Abah’ terpaksa menggunakan rotan!”

“Di manakah rotan abah?” tanya ahli parlimen Iskandar Puteri itu dalam kenyatan beliau selepas Khairuddin dibebaskan dengan NFA.

Muhyiddin mengumumkan yang tidak ada pilih kasih dalam pelaksanaan peraturan kuarantin.

“Memang betul tidak ada sikap pilih kasih. Tetapi apa yang ada adalah layanan istimewa di mana menteri Pas diletakkan di tempat yang istimewa dalam kerajaan Perikatan Nasional, memandangkan tanpa sokongan Pas semasa Umno sedang mempertimbangkan menarik diri daripada Perikatan Nasional ini bermakna tiada kerajaan PN,” katanya.

Langkah Anwar: DAP ambil pendekatan 'tunggu dan lihat'

DAP memilih berhati-hati kerana tidak mahu mengundang maklum balas negatif daripada penyokongnya.

Susulan langkah Ketua Pembangkang Parlimen Anwar Ibrahim yang mahu menukar kerajaan kerana mendakwa mempunyai sokongan mencukupi ahli Dewan Rakyat, DAP mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat'.

Apalagi, selepas Presiden Umno Zahid Hamidi petang tadi mengumumkan “gencatan politik” susulan Covid-19 dan menegaskan menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak dikaitkan dengan langkah Anwar itu.

Kelihatan DAP menggunakan strategi selamat iaitu hanya akan menyatakan pendirian apabila keadaan semakin jelas dan selepas mendapat maklum balas akar umbi penyokong parti.

Para ahli parlimen DAP yang bercakap kepada Malaysiakini mendedahkan tidak ada satu pendirian rasmi parti atau dalam Pakatan Harapan Plus mengenai langkah Anwar itu.

Ini kata mereka kerana tidak ada kejelasan mengenai jumlah ahli parlimen yang menyokong Anwar.

Ada juga yang percaya Umno mempergunakan Anwar untuk 'mendesak' Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya memberikan lebih banyak 'kuasa' dan jawatan politik kepada pimpinan parti itu.

Bagaimanapun, ahli-ahli parlimen DAP itu berkata mereka mematuhi keputusan dewan presiden PH, yang mana 42 ahli parlimennya akan menyokong Anwar untuk menjadi perdana menteri jika beliau dapat mendapatkan sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan.

Mesyuarat dalam talian bincang kebuntuan

Sumber parti memberitahu Malaysiakini bahawa para ahli parlimen DAP mengadakan pertemuan dalam talian bersama setiausaha agung parti Lim Guan Eng dan kata sepakat untuk tetap "berhati-hati dan waspada" buat masa ini.

Sebilangan ahli parlimen, katanya, percaya DAP perlu menyatakan sokongannya terhadap usaha rampasan kuasa Anwar manakala ada yang ragu-ragu dengan ahli parlimen BN yang menyokong presiden PKR itu.

Lebih jauh lagi, sumber berkata 90 peratus sokongan DAP ketika pilihan raya berasal daripada pengundi Cina dan oleh itu pandangan mereka tidak boleh diabaikan sekiranya DAP mahu berganding bahu dengan Umno.

“DAP mahukan kerajaan yang stabil dan berkekalan. Oleh kerana kami tidak tahu mengenai penyokong Anwar, kami memutuskan untuk berpegang teguh pada pendirian PH sebelum ini. 

"Ada kemungkinan sebilangan penyokong Anwar mungkin bukan sekutu ideal kami,” jelasnya.

'Ini percakaran Bersatu dan Umno'

Begitu juga, Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi berkata krisis politik semasa berpunca dari konflik antara Umno dan Bersatu, jadi adalah baik bagi DAP untuk menjaga jaraknya.

"Kami akan nampak apa yang direncanakan oleh Umno. Konflik menjadi lebih teruk selepas pilihan raya negeri Sabah di mana Umno percaya mereka tidak diberi layanan yang adil. Apa kaitannya dengan DAP?

“Sudah tentu ada unsur Umno yang menggunakan Anwar untuk memberi tekanan kepada Bersatu. Sama ada Anwar mempunyai nombor, hanya dia dan partinya yang tahu,” tambahnya.

Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham berkata, tiga agenda telah dipersetujui ketika mesyuarat dalam talian minggu lalu.

Pertama katanya, DAP perlu menilai pandangan penyokongnya untuk bekerjasama dengan Umno, yang kedua mengawasi reaksi pihak lain dan potensi rampasan kuasa Anwar berjaya dan yang ketiga adalah terus waspada terhadap perkembangan politik sebelum membuat keputusan.

'Kami takkan gadai prinsip untuk kuasa'

Oleh kerana GPS menolak bergabung dengan Anwar, Ngeh berkata satu-satunya laluan yang ada untuk Pakatan Harapan adalah bekerja sama dengan Umno. Dia menggambarkan keadaan ini sebagai "bukan senario ideal."

Katanya, ini mungkin mengundang maklum balas buruk daripada penyokong DAP dan mempengaruhi prospek PH dalam PRU15.

Umno, katanya, juga mempunyai kebimbangan yang sama mengenai bagaimana reaksi penyokongnya untuk bekerjasama dengan DAP.

"Kami tahu penyokong kami tidak akan menyokong Najib (Razak) dan Ahmad Zahid (Hamidi) tetapi bagaimana dengan ahli parlimen Umno yang tidak korup," soalnya.

“Paling penting, rakyat tidak boleh berfikir bahawa kami menggadaikan prinsip untuk kuasa dan jawatan. Sekiranya rakyat merasa seperti itu, DAP pasti akan tetap berada di luar kerajaan.

"Sejak bertahun-tahun kami berada dalam pembangkang, DAP tidak akan menyokong kumpulan yang mahu menukar kerajaan atas dasar untuk mendapatkan kuasa semata-mata," tambah bekas speaker DUN Perak itu.

Pada kenyataan yang sama, Ngeh berkata jika parti politik lain bersedia mengetepikan perbezaan mereka dan bekerjasama untuk kebaikan rakyat, DAP juga dapat melakukan hal yang sama.

Sebelum ini, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata DAP bersedia untuk bekerjasama dengan Najib hanya sekiranya bekas perdana menteri itu mengakui kesalahannya dalam skandal 1MDB.

Menjelang pemilihan Sabah, Guan Eng di Kota Kinabalu menyatakan DAP tidak akan bekerjasama dengan Umno yang dipimpin oleh Zahid dan Najib.

Kemungkinan bubar parlimen

Sementara itu, DAP juga khuatir Muhyiddin akan meyakinkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen bagi membolehkan untuk mengadakan pilihan raya sekiranya Anwar membuktikan bahawa dia mempunyai jumlah sokongan MP.

Bercakap dengan syarat enggan dinamakan, seorang ahli parlimen DAP berkata pertarungan sebenar Anwar adalah ketika undian untuk rang undang-undang (RUU) belanjawan 2021.

Ketika rang undang-undang tersebut dibahaskan di peringkat jawatankuasa, katanya, ahli parlimen PH dan anggota parlimen yang menyokong Anwar boleh memilih menentang rang undang-undang tersebut untuk menjatuhkan pentadbiran Muhyiddin.

"Sekiranya 'serangan hendap' ini berjaya, akan ada pilihan raya umum. Apa yang berlaku seterusnya untuk Malaysia? 

"Muhyiddin lebih suka mengambil risiko dalam pilihan raya daripada melepaskan jawatan perdana menteri," jelasnya.

Ahli parlimen itu percaya bahawa pilihan raya umum pada saat ini tidak akan menguntungkan PH dan dapat memperburuk penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Selain itu, MP berkenaan juga menyatakan DAP sedang dalam dilema kerana penyokongnya tidak akan menerima parti yang bekerjasama dengan Umno atau gandingan yang disebut antara Dr Mahathir Mohamad-Tengku Razaleigh.

"DAP perlu lebih berhati-hati dan lebih baik 'tutup mulut' dalam kebuntuan semasa," tambah ahli parlimen itu.

Selepas pengkhianat kembalikan kuasa kleptokrat, Umno jadi penentu siapa PM

ARIF ATAN

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad menyifatkan pengkhianatan dua pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menjadikan Umno kembali menjadi penentu politik.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam itu, Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada masa ini memutuskan pengganti Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Umno kembali releven, menjadi ‘kingmaker’. Rakyat Malaysia terpaksa menunggu secara berdebar-debar mesyuarat MT Umno yang akan memutuskan siapa Umno akan jadikan PM.

“Dan syarat syarat yang Umno akan tetapkan untuk mendapat ‘yang terbaik’ bagi Umno. Sebelum ini Umno hampir pupus,” katanya di Twitter hari ini.

Khalid yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berpendapat kehendak dan pilihan rakyat melalui PRU14 akhirnya dibakul-sampahkan.

“Politik Malaysia menjadi mainan 222 orang MP yang dicaturkan mengikut kehendak pemimpin mereka.

“Inilah politik legasi pengkhianat iaitu MY dan AA. Dua orang ini telah kembalikan kuasa geng kleptokrat,” katanya dengan hanya menggunakan singkatan bagi dua nama pengkhianat itu.

Dipercayai MY merujuk Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala AA ialah bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyertai Bersatu pada 22 Ogos lalu.

Kedudukan Muhyiddin sekarang sebagai Perdana Menteri masih tanda tanya susulan pendirian Umno untuk mempertimbangkan kembali sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Setiausaha Agung Umno, Datuk Ahmad Maslan menegaskan Umno-BN mempunyai paling banyak kerusi daripada jumlah 113 kerusi Parlimen yang membentuk kerajaan.

Perdamaian politik antara parti Melayu sukar, kata penganalisis

Robin Augustin

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik melihat hubungan tegang antara Umno dan PPBM sebagai penghalang kepada perdamaian nasional yang digesa Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki.

Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia berkata, cabaran dalam perdamaian, khasnya antara Umno dan PPBM, terletak pada kompromi berbanding sikap hormat.

Asyraf baru-baru ini dilaporkan menggesa parti politik mengetepikan perbezaan masing-masing dan memfokuskan “agenda perdamaian nasional”.

“Kalau anda lihat apa yang dikatakan Umno mengenai penetapan syarat baru, ia tidak mencari perdamaian. Apa yang ia mahu ialah PPBM menyerahkan kerusi, jawatan dan kuasa. Ia tak mahu PPBM mencabarnya seperti di Sabah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, ini membuatkan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam kedudukan sukar kerana tiada banyak ruang untuk berunding.

Namun, katanya, Muhyiddin “agak cekap” dan menunjukkan beliau mampu mencari jalan penyelesaian sejak 6 bulan lalu.

“Persoalan utama sekarang ialah sama ada Umno bersedia menerima kurang sedikit daripada apa yang dimahukannya? Dan jika ia bersedia terima sekarang, bagaimana dengan esok? Berapa lama ia mampu bertahan sebelum mereka tidak berpuas hati lagi?”

Syed Arabi Idid dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, parti Melayu boleh bekerjasama jika mereka mempunyai musuh bersama dan percaya kerjasama akan membolehkan mereka meraih undi orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, mereka mungkin bertelagah apabila tiada musuh bersama yang kuat.

“Dalam masa terdekat, tiada parti politik Melayu yang dominan. Jumlah kerusi majoriti Melayu sudah tetap. Sekarang anda bercakap mengenai pembahagian kerusi Melayu antara 3 parti. ”

Beliau mendapati Umno, PAS dan PPBM bersaing satu sama lain dalam pilihan raya umum lalu.

“Jika mereka terus bersama, maka banyak pengorbanan perlu dibuat dan ini menjadikan perdamaian bermasalah. Itu sebabnya saya tak nampak ada parti politik Melayu yang dominan.”

Beliau berkata, antara pengorbanan itu ialah kesediaan 3 parti Melayu itu kehilangan identiti masing-masing untuk menjadi sebuah entiti besar.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania, tidak melihat sebarang perdamaian akan berlaku kerana walaupun Umno berada di tahap paling kuat, undi Melayu berpecah dengan PAS.

Menteri hud-hud tidak akan dikenakan tuduhan kata polis

Jabatan Peguam Negara tidak akan tuduh Khairuddin, kata polis

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis hari ini memaklumkan Jabatan Peguam Negara tidak akan menuduh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Khairuddin Aman Razali, atas alasan tiada borang kuarantin diberikan kepada pemimpin PAS itu.

“Kertas siasatan sudah rujuk kepada pejabat peguam negara dan arahan untuk kes ini adalah NFA (tiada tindakan lanjut),” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed.

Siasat segera kehilangan dana RM1 bilion projek kapal tempur TLDM

SITI NUR ZAWANI MISCON

Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Senator Liew Chin Tong menggesa kerajaan menyiasat kehilangan dana RM1 bilion dan segera membuat keputusan berhubung kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship, LCS), untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut Pengarah Strategik DAP berkenaan, Perikatan Nasional (PN) sehingga hari ini masih belum lagi mengumumkan keputusan yang jelas bagi menentukan hala tuju projek tersebut.

Walhal katanya, Timbalan Menteri Pertahanan PN ketika ini telah bersetuju dengan cadangan yang diputuskan Pakatan Harapan (PH) pada Februari lalu, dan menyatakan bahawa pihak kerajaan akan mempertimbangkannya.

Untuk rekod, PH telah memutuskan perlunya untuk menyiasat dakwaan kehilangan dana melalui audit forensik, mengembalikan dana tersebut, dan seterusnya mempertimbangkan suntikan dana untuk menyelamatkan projek terbabit.

“Namun, apa yang menjadi persoalan ialah cadangan ‘realistik’ kerajaan Perikatan Nasional untuk menyasarkan hanya dua buah kapal disiapkan sedangkan sejumlah RM6 bilion telah dibayar.

“Jumlah ini adalah dua pertiga daripada nilai siling RM9 bilion. Dengan jumlah ini, sepatutnya empat buah kapal sudah siap.

“Saya ingin menyarankan sekali lagi kepada pihak kerajaan supaya tidak lagi berlengah dan membuat keputusan dengan cepat dan tepat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Chin Tong berkata, dakwaan kehilangan dana berjumlah RM1 bilion daripada projek LCS adalah amat serius dan perlu disiasat supaya projek tersebut segera selesai.

Malah kata Pengerusi DAP Johor itu, setelah pihak-pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan, kerajaan wajar mempertimbangkan suntikan dana demi memastikan projek tersebut boleh disiapkan bagi kegunaan TLDM.

“Selagi mana tiada keputusan jelas dapat dicapai, selagi itulah kapal-kapal ini akan mengalami kelewatan,” kata Chin Tong lagi.

Kapal tempur pesisir (LCS) dilengkapi persenjataan untuk empat dimensi peperangan iaitu anti udara, anti permukaan laut atau air, anti kapal selam dan peperangan elektronik.

Ku Li penentu kelangsungan kerajaan PN

Haspaizi Zain

Kemelut politik negara masih menjadi tanda tanya, kedudukan Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri terus dipertikaikan.

Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang sepatutnya berlangsung semalam ditangguhkan dengan alasan Lembah Klang masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sama ada Muhyiddin telah hilang sokongan ataupun ketua pembangkang Anwar Ibrahim mempunyai majoriti, ia masih menjadi tanda tanya yang perlu dirungkaikan.

Ketika Anwar mengumumkan yang dia memiliki lebih 120 majoriti untuk membentuk kerajaan baru, Umno pula memutuskan untuk mempertimbangkan kembali sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Dicelah-celah kemelut itu, muncul pula nama Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Teka-teki pertemuan dengan Dr M

Malah, nama Ku Li disebut sebagai "penyelamat" bagi menyelesaikan kemelut politik dengan segera.

Veteran Umno itu dipanggil ke Istana Negara selang beberapa jam selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mempersembahkan majoriti sokongan yang didakwa dimilikinya.

Selepas Anwar menghadap Yang di-Pertuan Agong, Istana Negara mengeluarkan kenyataan mengesahkan perkara itu, namun tidak ada senarai nama ahli parlimen yang menyokongnya dikemukakan Anwar.

Kemudiannya, secara tiba-tiba gambar membabitkan pertemuan Tengku Razaleigh dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad tersebar, ia "memeriahkan" lagi kemelut kepimpinan negara yang terus memberi banyak teka-teki.

Pelbagai percaturan mula diramal oleh "pemerhati politik kedai kopi". Bermacam andaian dan spekulasi bertebaran sehinggalah membawa kepada penyebaran "surat sokongan Umno kepada Anwar". 

Bagaimanapun, Umno menafikan perkara itu.

Situasi kini semakin berkecamuk, Muhyiddin juga mungkin tersepit dan kini berdepan dengan situasi sukar. Dia perlu mencari jalan segera bagi menamatkan konflik yang melanda ketika ini.

Memenuhi kehendak Umno yang mahu jawatan timbalan perdana menteri serta portfolio penting kabinet diberikan kepada mereka, ataupun kehilangan jawatan sebagai perdana menteri.

Pembentangan belanjawan uji Muhyiddin

Meskipun Muhyiddin mungkin memenuhi tuntutan yang diputuskan biro politik Umno dan kerajaan PN dapat diselamatkan, namun untuk berapa lama ia terus menjadi persoalan.

Ya, Muhyiddin mungkin boleh mempertahankan sokongan ahli parlimen lain kepadanya, namun bagaimana dengan Ku Li. 

Apakah pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu akan menyokong Muhyiddin?

Ini kerana Ku Li antara orang yang lantang dan "senada" dengan Mahathir mahukan supaya usul undi tidak percaya dibawa ke Dewan Rakyat bagi mengesahkan majoriti sokongan dimiliki perdana menteri.

Meskipun pada pusingan pertama ini Muhyiddin berjaya mempertahankan kerajaannya, namun cabaran besar menantinya pada 2 Nov depan ketika pembentangan Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 akan menentukan kelangsungan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin. 

Jika belanjawan berjaya diluluskan maka kerajaan PN akan kekal hingga ke akhir musim, namun jika gagal, ia memberi isyarat jelas bahawa kerajaan PN tidak memiliki majoriti untuk mentadbir negara.

Ku Li bakal menjadi penentu kepada kelangsungan kerajaan Muhyiddin, jika Ku Li dan beberapa orang yang bersamanya menarik sokongan kepada perdana menteri, PN yang ditegakkan dengan 113 kerusi saja pastinya akan tewas.

Gencatan politik - Hati-hati, ada niat buruk tersirat,

Mujahid Yusof

Berligar satu pandangan di kalangan rakyat yang menuntut supaya orang politik berhentilah daripada berpolitiking untuk tumpu kepada pengurusan Covid-19 yang meningkat dan menjejaskan kehidupan rakyat. Sebagai orang politik, saya amat menginsafi kejujuran rakyat cuba memahami situasi sukar yang kita sedang lalui.

Namun saya juga perlu membuat sikap yang realistik kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri hari ini. Sikap saya masih tetap berhati-hati kepada pandangan gencatan politik kerana pada penghujung pandangan ini ada rumusan akhir yang saya fikir perlu dikritik secara objektif.

Rumusan pandangan ini berakhir dengan kata-kata: "berikanlah ruang pada kerajaan PN dan Muhyiddin untuk kendalikan suasana sehingga selesai masalah".

Bagi saya pandangan ini nampak jujur secara zahir dan mudah mendapat simpati secara cek kosong, tetapi apabila kita mendalami apa yang terselit di sebalik pandangan ini, saya melihat ada niat buruk yang tersirat, jika tidak didedahkan akan mengheret negara kepada keadaan lebih buruk. Hakikatnya...

Kerajaan Muhyiddin sebenarnya mahu menutup kelemahan cara kerajaannya kendalikan krisis Covid-19 dan dalam proses itu mengeksploitasikan Covid-19 sebagai talian hayatnya untuk kekal berkuasa. Justeru, Covid-19 sangat mudah menjadi alasan politik beliau untuk menagih simpati kerana kelemahannya.

Muhyiddin menafikan potensi membentuk sebuah kerajaan selain PN yang lebih baik dan efisien untuk mengendalikan keadaan lantas Muhyiddin mendedahkan rakyat kepada risiko tinggi yang terpaksa ditanggung hanya kerana alasan berhenti dari berpolitik waktu ini. Niat sebenarnya adalah untuk kekal berkuasa dan menafikan kepentingan lebih besar untuk melihat siapa lebih baik untuk menjaga negara.

PN mahu menutup episod 'tebuk atap' yang pada hakikatnya menjadi punca kepada segala kecelakaan politik yang berlaku hari ini. Muhyiddin membentuk PN atas pembelotan kepada mandat asal PH sehingga menyebabkan kepercayaan sebahagian rakyat kepada entiti kerajaan terjejas teruk! Muhyiddin sudah hilang elemen terpenting mengendalikan krisis Covid-9 pada ketika ini, iaitu kewibawaannya sebagai sebuah kerajaan yang dihormati.

Saya juga perlu menjelaskan makna politik yang lebih objektif dalam kerangka sebuah negara dan kerajaan yang berfungsi. Apa yang saya maksudkan adalah politik yang berpandukan kepada prinsip-prinsip demokrasi yang panduannya ialah undang-undang dan perlembagaan negara.

Hakikat dan makna ini kekal relevan dalam apa jua situasi termasuk semasa Covid-19. Kita tidak boleh melakulan gencatan politik kepada prinsip yang tertegaknya politik.

Demokrasi adalah tunggak berdirinya politik negara ini. Apa yang perlu dipelihara dan diperbetulkan akan bergantung kepada sejauhmana kadar kerosakan yang berlaku kepada asas demokrasi kita.

Pada hemat saya, Muhyiddin telah lakukan kerosakan besar kepada demokrasi dalam negara kita. Paling besar ialah pembelotan terhadap keputusan proses demokrasi berpilihanraya pasca 2018.

Kita perlu perbetulkan kerosakan ini melalui politik kerana Muhyiddin telah melanggar prinsip ini secara politik juga dan semasa Covid-19 telah menular.

Kerana pembelotan ini, asas demokrasi runtuh dan Muhyiddin membentuk kerajaannya atas sogokan melalui kabinet XXXL, habuan GLC kepada ahli parlimen yang menyokongnya dalam majoriti yang rapuh dan tiada fokus kepada mengendalikan krisis Covid-19.

Usai 'tebuk atap' Mac 2020, keputusan proses demokrasi rakyat telah dicerobohi lagi menyebabkan rakyat Johor, Perak, Kedah dan Sabah turut menjadi mangsa Muhyiddin.

Demokrasi adalah teras yang menjaminkan segala disiplin pembentukan dan perjalanan sebuah kerajaan. Pemeliharaan demokrasi adalah juga jaminan yang mencerminkan sihatnya sesebuah entiti kerajaan atau sebaliknya.

Jika demokrasi terpelihara maka sihatlah kerajaan, dengan kata lain kewibawaan kerajaan bergantung kepada sejauhmana asas demokrasi terjamin dan terpelihara. Ini adalah proses politik demokrasi yang setiap wakil rakyat telah mengambil sumpah setia untuk memelihara dan melindunginya berpandukan kepada perlembagaan negara.

Malangnya kerajaan Muhyiddin gagal memelihara asas ini setelah kemunculannya adalah di atas kejayaannya menceroboh dan melanggar prinsip demokrasi melalui pintu belakang dan tebuk atap.

Dia menjadi perdana menteri dalam proses politik yang di luar kelaziman iaitu bukan melalui pilihan raya dan lebih buruk daripada itu gagal membuktikan keabsahannya sebagai perdana menteri di parlimen. Kegagalan ini memberi kesan kepada berbagai pertikaian terhadap semua polisinya, perlantikan resmi dan cara beliau kendalikan kerajaan.

Jangan meremehkan prinsip demokrasi dan komitmen memelihara asas-asas terpenting negara kerana kegagalan kita memeliharanya turut menjejaskan segala sistem yang terbentuk dari induk demokrasi.

Kehakiman akan terjejas, agensi penguatkuasaan akan terjejas, kepercayaan pelabur akan terjejas dan perpaduan nasional turut akan terjejas teruk menyebabkan krisis Covid-19 bertambah buruk.

Relakah kita untuk rehat seketika (gencatan politik) jika Muhyiddin dan kerajaan PN terus menerus menodai demokrasi untuk mengekalkan pembelotannya tempoh hari semasa Langkah Sheraton?

Semua pihak yang insaf jika memahami fundamental demokrasi bernegara akan bersetuju dengan saya bahawa tindakan dan langkah Anwar Ibrahim dan 91 anggota parlimen bersamanya adalah untuk menyeru rakan-rakan wakil rakyat yang lain agar menjadi tanggungjawab kita untuk kembalikan demokrasi supaya kerajaan bermandat dan berwibawa dapat dibentuk dan supaya sama-sama kita mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada kerajaan.

Lupakan seketika kepartian, tumpukan masa ini kepada pemeliharaan demokrasi dan menolak pembelot yang merosakkan asas-asas penting ini. Hanya kepada anggota parlimen yang sedia ada langkah pemulihan demokrasi dapat digerakkan buat masa ini.

Mereka yang mahu gencatan politik adalah mereka yang merelakan demokrasi dilanggar oleh Muhyiddin dan sekaligus membiarkan kelemahan mengurus krisis Covid-19 yang berlarutan entah sampai bila.

6 pekerja cedera kilang besi meletup di Perai

Predeep Nambiar

GEORGE TOWN: Enam pekerja cedera apabila kilang besi di Taman Perindustrian Perai meletup petang tadi.

Dalam kejadian jam 4.28 petang di Kilang Besi Ann Joo itu, sepasukan 15 anggota dari balai bomba Perai bergegas ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.

Ketua Operasi Bomba Perai Azrul Khairi Abu Bakar berkata, kejadian berlaku di bahagian relau dalam bangunan 3 tingkat itu dan api dapat dipadamkan dalam masa kira-kira 15 minit.

Beliau berkata, 30% bahagian itu rosak akibat kebakaran.

“Kami melakukan penyejukan besi yang sudah dileburkan. Pasukan forensik akan menyiasat punca kejadian ini esok selepas logam itu disejukkan secukupnya,” katanya ketika dihubungi.

Azrul berkata, 6 pekerja terbabit yang berusia 40-an mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

MASA DEPAN BERSATU MAKIN KELAM?

Shahbudin Husin

Walaupun mesyuarat Muafakat Nasional antara UMNO dan Pas semalam yang bertujuan untuk mengesahkan kemasukan Bersatu ke dalam gabungan itu dibatalkan pada saat akhir atas nasihat Majlis Keselamatan Negara, tetapi MN tetap mengorak langkahnya untuk terus ke hadapan dalam mengejar kuasa.

Langkah seterusnya MN yang diumumkan hari ini ialah bersetuju agar MN didaftarkan sebagai sebuah gabungan politik yang sah.

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media yang ditandatangani Setiausaha Agung BN, Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan.

Ini bermakna, persetujuan untuk mendaftarkan MN sebagai pertubuhan yang sah diambil sebelum Bersatu diterima secara sah menyertai gabungan itu.

Kenapa UMNO dan Pas begitu tergesa-gesa mahu mendaftarkan MN tanpa menunggu kemasukan Bersatu disahkan terlebih dahulu?

Bukankah ia petunjuk jelas bahawa Bersatu tidak begitu diperlukan dalam MN?

Sebelum ini, Bersatu bersetuju menerima pelawaan UMNO dan Pas untuk menyertai MN kerana gabungan itu hanya sekadar sebuah permuafakatan politik yang tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

Dalam waktu yang sama, Bersatu sudah pun mendaftarkan Perikatan Nasional atau PN dengan Pas turut menjadi anggotanya.

UMNO dan BN pula bertegas tidak akan menyertai PN, sebalik mahu kekal bersama MN.

Dengan perkembangam terbaru ini di mana Pas yang sudah menjadi anggota PN, tetapi bersetuju pula agar MN didaftarkan, ia memberi gambaran kemungkinan parti Islam itu lebih selesa bersama MN berbanding PN.

Dalam erti kata lain, Bersatu hampir pasti kena tinggal selepas ini, malah oleh kerana Bersatu sudah menjadi abang sulung dalam PN, adalah tidak masuk akal ia setuju untuk menyertai MN sebagai adik paling bongsu.

Di waktu yang sama, ini turut memperlihatkan bahawa Pas turut mempunyai kecenderungan yang sama dengan UMNO iaitu enggan berkongsi kerusi dengan Bersatu.

Yang nyata juga, baik UMNO atau Pas, mereka hanya mahu berada dalam kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin hanyalah sementara sehingga Parlimen dibubarkan saja.

Selepas Parlimen dibubarkan dan untuk menghadapi PRU15, hanya UMNO dan Pas yang akan bersama, manakala Bersatu pandai-pandailah mencari pelampung untuk menyelamatkan diri.

Setujunya UMNO dan Pas mendaftarkan MN ini juga memberi bayangan jika dalam waktu terdekat ini UMNO memutuskan untuk meninggalkan PN sebagaimana riak-riaknya sudah semakin jelas terutama melalui keputusan Biro Politik UMNO minggu lalu, Pas pasti akan keluar sama daripada kerajaan.

Jadi, di mana masa depan Bersatu dan Muhyiddin selepas ini?(Shahbudindotcom 20/10/2020)

Muhyiddin umpama buah durian yang pasti gugur

Tamrin Tun Ghafar

Selasa – 20/10/20

1. Umpama buah durian yang hanya menunggu masa untuk gugur, ia tak perlu lagi dijolok, hanya menunggu angin sepoi meniupnya.

2. Apabila dia jatuh, yang lain pun akan ikut sama; maka bolehlah dijual di kaki-kaki lima untuk dimakan – Insha Allah itulah yang AKAN berlaku kepada Muhyiddin dan pengampu – pengampu beliau dalam masa terdekat ini.

3. Itulah balasan tunai ALLAH SWT kepada PENGKHIANAT – PENGKHIANAT yang sanggup menggigit tangan yang pernah menyuap makanan kepada mereka.

4. Berdoalah agar isu NIKA GEE, SEMBURIT dan FITNAH yang melibatkan isteri kedua tidak akan dikorek sehingga ke lubang cacing selepas ini.

5. Tak boleh dibayangkan setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi, mereka ini – Muhyiddin, Hamzah dan Azmin dok terbayang dan berfikir berapakah jumlah sokongan atau undi yang masih kekal menyokong mereka atau jumlah yang dah lari.

6. Apakah Muhyiddin boleh dianggap seperti lukisan karikatur dibawah ini :

🙈🙉🙊

BUTA , PEKAK , BISU

7. Terdapat pepatah

‘Umpama Musang Berbulu Ayam’

yang membawa maksud orang jahat yang berpura – pura baik; tujuan pepatah ini memberi kita AMARAN supaya senantiasa berhati – hati dan berwaspada terhadap orang sebegini agar :

‘Pisang Tidak Berbuah Dua Kali’

8. Kini beliau sedang bersembunyi di sebalik WABAK COVID 19 konongnya dengan entah berapa kali Perutusan Khas disampaikan dan membaca doa yang sama yang di diulang – ulang di kaca TV, beliau ini pemimpin yang baik dan boleh dipercayai, itulah mainan politik bagi menguatkan kedudukannya.

9. Apa pun yang dilakukan rakyat mula jemu dan hilang kepercayaan terhadap beliau.

10. Mengikut Abu Hurairah RA , Rasullullah SAW BERSABDA – 3 tanda atau ciri bagi mengenali orang MUNAFIK :

i. Apabila Dia Bercakap Dia Bohong

ii. Apabila Dia Berjanji Dia Tidak Tepati

iii. Apabila Dia Diberi Amanah Dia Khianati

11. ‘Adat Melayu

Pantang Khianat

Orang Khianat

DiMakan Kutuk

Menurut Nafsu

Datanglah Laknat

Orang Laknat Matinya Teruk’

12. ALLAH SWT bukan sahaja BENCI kepada orang yang besikap MUNAFIK tapi juga berjanji neraka jahanam bagi mereka yang MENYOKONG atau BERSEKONGKOL dengannya.

13. Dijelaskan lagi dalam Surah Al Baqarah, muka surat 25, ayat 167 yang bermaksud :

“Dan Bagi Orang – Orang Yang Mengikutinya Berkata Sekiranya DiBeri Kesempatan ( kembali ke dunia ) Tentu Kami Tidak Akan Mengikuti Mereka;

Mereka Tidak Akan Keluar Dari Neraka”

14. Rakyat khususnya pengundi – pengundi pada Pilihanraya Umum ( PRU ) yang lepas masih ingat janji beliau bahawa beliau TIDAK AKAN KEMBALI LAGI BERSAMA UMNO kerana UMNO adalah parti PEROMPAK dan PAS pula kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi MENYOKONG PEROMPAK – Islam jenis apa ini? soal beliau.

” NO WAY ” !!!

itulah janji dan teriakan Muhyiddin yang disambut dengan tepukan gemuruh oleh mereka yang membanjiri ceramah beliau.

15. Tak sampai 2 tahun sahaja, dek gilakan kuasa segala CAKAP, JANJI dan AMANAH yang diberi rakyat telah disia – siakan.

16. Terserahlah kepada pembaca membuat perhitungan sama ada Muhyiddin MENEPATI ciri – ciri seperti orang MUNAFIK yang telah diSabdakan Rasullulah SAW atau sebaliknya.

17. Covid-19 yang melanda negara kita BERPUNCA dari Pilihanraya Negeri Sabah; perkara ini telah diakui oleh beliau sendiri.

18. Pilihanraya Negeri TERPAKSA diadakan ekoran mainan politik kotor Muhyiddin yang mahu menggantikan Shafie Apdal dengan Musa Aman.

19. Umum semua tahu Muhyiddin telah menghantar Hamzah Zainuddin, Menteri Dalam Negeri merangkap Setiausaha Agung BERSATU dan Nardin Awang , Setiausaha Politiknya sendiri untuk MENDESAK TYT mengikut telunjuk mereka, namun ditolak dan atas cadangan Shafie, Dewan Negeri pun dibubarkan.

20. Pemimpin – pemimpin UMNO yang dipimpin oleh Zahid Hamidi adalah merupakan PONDAN TUA yang sanggup dipermainkan oleh Muhyiddin.

21. BERSATU yang HANYA punyai 6 Kerusi BOLEH MEMPERDAYA UMNO yang punyai 39 Kerusi sehingga sanggup bersetuju Muhyiddin diketengahkan walaupun asalnya BERSATU Muhyiddin hanya diwakili 6 Ahli Parlimen SEBELUM Pengkhianat UMNO dan PKR melompat ke kolam BERSATU seperti katak.

22. Yang terbaharu apabila UMNO sanggup

MENGALAH memberi jawatan Ketua Menteri Sabah kepada BERSATU sedangkan UMNO mendapat sokongan lebih daripada BERSATU.

23. Sepatutnya dengan jumlah Menteri dan Timbalan yang terbesar di dunia dan hampir kesemua Ahli – Ahli Parlimen telah digula – gulakan dengan jawatan GLC namun sokongan terhadap beliau di Parlimen terus berkurangan BUKAN bertambah; nyawa beliau senantiasa dihantui oleh ketidakstabilan sebagai seorang pemimpin.

24. ANDA SUDAH GAGAL atau dalam bahasa Inggerisnya, YOU ARE A FAILURE.

25. Bagi MEMUDAHKAN tugas Duli Yang Di Pertuan Agong dan bagi MEMBUKTIKAN anda bukan jenis makhluk yang hanya mementingkan diri dari rakyat dan jika masih BERMARUAH maka disarankan adalah lebih baik MELETAK JAWATAN sebelum dicampak keluar.

26. YOU ARE FIGHTING A LOSING BATTLE.

27. Semoga tulisan saya ini dapat dibaca oleh semua termasuk Muhyiddin dan konco – konconya.

Wassalam

Terima Kasih.

Husam anggap Mahathir pemimpin cari gaduh, Anwar cari damai

ARIF ATAN

Hasrat untuk mencapai Malaysia Baharu akan terencat jika memilih pemimpin yang mengamalkan politik permusuhan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Naib Presiden AMANAH, Senator Datuk Husam Musa berkata, karakter pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkenaan berbeza dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Politik berseteru ini lawan kepada politik penyatuan. Pada pendapat saya, Tun Mahathir telah meletakkan dirinya dalam kategori pemimpin cari gaduh.

“Dalam keadaan transisi begini, kita kena ada pemimpin yang cari damai tetapi prinsip-prinsip dan parameter utama kena dihormati seperti mandat rakyat yang diberi kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya lepas.

“Karakter Anwar Ibrahim sebagai pemimpin boleh memaafkan orang dan boleh terima Tun Mahathir sebagai Pengerusi PH dan Perdana Menteri walaupun pernah penjarakannya.

“Dalam mesyuarat PH yang terakhir, Anwar kata teruskan Tun, jangan fikir nak berhenti, saya (Anwar) akan sokong sampai habis. Itu karakter Anwar,” tegas Husam.

Cengkaman Mahathir

Bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan itu berkata demikian dalam temubual bertajuk Malaysia Baharu menerusi GHB Media TV malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan tempoh untuk memberi peluang kepada Mahathir, 95, menerajui negara sekali lagi sudah tamat. 

“Berilah peluang kepada rakyat Malaysia bebas dari cengkaman Tun Dr Mahathir. Saya lihat dari segi ekonomi, ‘time setting’ (penetapan masa) Tun Mahathir adalah abad lalu. Kita sekarang abad ke-21.

“Semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri 22 bulan di bawah PH, dia adalah ‘old setting’. Dia tidak boleh sesuaikan dengan alaf baru,” katanya berterus terang.

Husam yang juga Ketua AMANAH Kota Bharu menyifatkan Mahathir ternyata tidak membalas dengan positif sikap politik Anwar sebelum ini.

“Kalau kita lihat kenyataan Mahathir terbaru dia takkan terima Anwar dan Najib. Ahli Umno dia boleh terima.

“Dia memisahkan diri daripada PH atas alasan Muhyiddin bawa keluar Bersatu dari PH.

“Dia sudah tubuhkan Pejuang tetapi tidak masuk kembali ke dalam PH. Dia kata Pejuang tiada kena-mengena dengan PH dan Perikatan Nasional (PN).

“Dulu dia buat alasan masalah Muhyiddin. Dia sekarang sudah ada parti baru, Jadi Presiden dan Pengerusi, kenapa tidak boleh bawa masuk Pejuang ke dalam PH, kalau dia jujur?” bidasnya.

Untuk rekod, Mahathir dalam video yang dimuat naik di Facebook rasminya pada minggu lalu berkata, tidak pernah memberi sokongan kepada mana-mana individu untuk menjadi Perdana Menteri.

Politik cari damai yang diamalkan Anwar tidak dibalas sewajarnya oleh Mahathir.

Politik penyatuan

Sehubungan itu, Husam berpendapat politik permusuhan seperti diamalkan Mahathir hanya menghalang usaha-usaha ke arah Malaysia Baharu demi kehidupan rakyat yang lebih baik.

Sebaliknya, Penasihat Biro Pilihanraya, Biro Komunikasi dan Biro Strategi AMANAH itu berkata, politik penyatuan paling diperlukan pada masa ini dalam usaha memulihkan ketidakstabilan politik yang dianggapnya sekarang ‘macam bumi tiada gunung’.

Justeru, Husam menempelak sikap Pengerusi Jemaah Penasihat Umno juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang tidak selaras dengan semangat politik penyatuan.

“Politik penyatuan ini boleh dilakukan dengan cara pihak-pihak yang lain menyokong PH dengan terma-terma tertentu.

“Ku Li tidak mahu bersama PH. Ini tidak membantu ke arah Malaysia Baharu. Dia seorang-seorang (dalam usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), bagaimana hendak dapat sokongan?” soalnya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan itu berkata, sepatutnya ada usaha dilakukan supaya Ku Li boleh berbincang dengan Anwar di bawah konsep politik penyatuan.

Bahkan, Husam yang dipecat keanggotaannya dalam Pas pada April 2016 itu juga berkata, bersedia untuk menerima parti diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tersebut dalam membentuk penyatuan menjayakan hasrat Malaysia Baharu.

Walaupun mengakui tidak senang dengan prestasi menteri Pas pada masa ini, Husam menegaskan penyatuan politik perlu bagi membentuk negara yang lebih kuat dan membantu rakyat keluar dari kemelut ekonomi krisis pandemik Covid-19 ini.

Azmin dan Hamzah Zainudin yang gila kuasa, kata MT Umno

 MALAYSIA DATELINE

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai orang yang gila kuasa.

“Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya.

“Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili,” kata Datuk Dr Puad Zarkashi. 

Menurut beliau, pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik Umno sebelum ini yang memberi katadua kepada kerajaan Perikatan Nasional.

“Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna neratif “Umno gila kuasa” dan “Umno mahu Anwar jadi PM”.

“Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar,” kata Puad, bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Menurut beliau, cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow.

“Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu,” kata beliau.

Katanya, Umno menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang meninggal dunia.

“Sebagai parti politik sudah tentu Umno kena letak calon. Apakah itu gila kuasa?” tanya beliau.

AJK Pas Kuantan didakwa sebar ajaran sesat, Mufti haram ajaran disebar

SITI NUR ZAWANI MISCON

Tular dokumen keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan yang telah mengharamkan ajaran dibawa Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Kuantan, Prof Dr Wan Maseri Wan Mohd.

Menerusi surat bertarikh 23 September lalu, Jawatankuasa berkenaan mendapati ajaran yang dibawa Wan Maseri meragukan dan menyalahi kaedah penyampaian ilmu yang boleh membawa kepada kesesatan.

Mufti kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, kerajaan dengan itu mengharamkan penyebaran ajaran tersebut yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan melarang ianya disebarkan ke negeri itu.

“Pengajaran dan pengajian dalam ajaran Asmaul Husna Wan Maseri Wan Mohd hendaklah dilarang daripada disebarkan kepada masyarakat kerana didapati meragukan dan menyalahi kaedah penyampaian ilmu dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah serta boleh membawa kepada kesesatan.

“Kaedah pembelajaran ‘Universiti Antarabangsa Asmaul Husna’ adalah dilarang untuk diajar dan disebarkan kepada masyarakat di Negeri Sembilan,” katanya dalam surat ditandanganinya.

Surat berkenaan juga dilihat mempunyai cop rasmi dari Jabatan Mufti kerajaan Negeri Sembilan.

Turut tersebar skrip kuliah Alam Lahut yang didakwa kepunyaan Wan Maseri yang juga bekas pensyarah di Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Semambu di Kuantan itu.

Dalam perenggan pertama skrip tersebut, tertulis bahawa Nabi Adam adalah tidak wujud.

“Salam, mari kita doa agar Dzat Allah membawa roh kita semua dalam group ini naik ke Alam Lahut.

“Lailahaillallah, kami bersaksi bahawa Adam tidak wujud, hanya Dzat mu Ya Allah yang wujud yang sedang berbicara pada kami saat ini,” kata surat bertajuk ‘Kuliah Alam Lahut’ itu.

Ebit Lew sayu lihat susahnya hidup tanpa air, sumbang 2 lori tangki

Pendakwah dan juga usahawan terkenal, Ebit Lew, sekali lagi muncul sebagai 'penyelamat' - kali ini buat penduduk Selangor yang berdepan masalah bekalan air.

Ebit Lew melalui hantarannya di Facebook berkata dia membeli dua lori tangki air semalam untuk mengagih-agihkan bekalah air bersih kepada penduduk di sekitar Lembah Klang yang terjejas ekoran pencemaran bau di Sungai Selangor.

“Sayu rasa hati. Selangor tiada air. Saya beli air dua lori besar untuk diagihkan.

"Dari 10 malam tadi kami keluar rumah uruskan sampai subuh. Dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. (Tetapi) Saya berfikir macam manalah orang diluar sana, sekitar PPRT," katanya.

Menurut Lew lagi apabila dia mengalami perasaan paling sayu apabila melihat orang tua terpaksa berbaris untuk mendapatkan keperluan air masing-masing.

Justeru kata Lew dia bersama pembantunya menolong mengangkatkan air untuk golongan terbabit.

Turut datang untuk mengambil air, katanya, ialah anak-anak kecil dan mereka turut membantu golongan lebih berusia.

"Ya Allah, bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua,” katanya lagi.

Awal pagi semalam, kira-kira 1.2 juta akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat LRA Sungai Selangor itu dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah.

Ekoran daripada itu, Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian terbabit dan siasatan sedang dijalankan dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor (Luas) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menteri Alam Sekitar dan Air Tuan Ibrahim Tuan Man semalam juga dilaporkan berkata Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah pada pukul 2 pagi.

Lew berkata dia menerima banyak permintaan daripada pihak lain susulan gangguan bekalan air sejak semalam.

Bagaimanapun, dia memohon agar semuanya dipermudahkan.

“Pohon doa. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. Insya-Allah doakan semuanya dimudahkan,” tambahnya.

Husam: Anwar berusaha betulkan politik yang macam bumi tiada gunung

ARIF ATAN

Bekas Naib Presiden AMANAH, Datuk Husam Musa menegaskan usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih kerajaan Perikatan Nasional (PN) ialah memulangkan semula kerajaan kepada parti yang diberi mandat oleh rakyat iaitu Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, PH pada masa ini mempunyai 92 kerusi Parlimen berbanding kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang mempunyai majoriti sangat tipis.

“Kalau kita boleh pulangkan kembali mandat kepada parti yang diberi mandat oleh rakyat dengan bilangan ahli Parlimen dalam PH secara en bloc yang terbesar, PH boleh menjadi tonggak.

“Bila ada ‘anchor’ yang kuat barulah kestabilan wujud. Kalau tiada ‘anchor’ macam sekarang maka macam bumi tiada gunung, bergoyang ke hulu dan ke hilir juga ke sana ke sini macam Tan Sri Muhyiddin pernah sebut,” katanya menerusi GHB Media TV malam tadi.

Dalam dialog Malaysia Baharu itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Kelantan berkenaan berkata, ketidakstabilan politik mulai berlaku apabila Muhyiddin dan rakan-rakannya telah merampas kuasa yang diberikan mandat oleh rakyat kepada PH.

“Dalam keadaan majoriti yang kecil ini pula, sebenarnya politik di negara kita, yang kecil menguasai yang besar.

“Masa PH dulu pun parti Bersatu yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir, ia (Bersatu) hanya ada 13 kerusi Parlimen tetapi ia menjadi ketua kerajaan dan mendominasi kerajaan.

“Masa itu okeylah sebab kita bersangka baik kepada Tun Mahathir, persetujuan telah dijalin, persefahaman telah wujud dan ia juga parti dalam gabungan PH,” katanya.

Sehubungan itu, Husam menegaskan masalah ketidakstabilan politik di negara ini berlaku apabila parti yang lebih kecil menunggang parti yang lebih besar.

“Rasa tidak selesa itu wujud dan berlaku ketidakstabilan politik dan ada usaha-usaha untuk membetulkan semula keadaan,” katanya.

Selain usaha Anwar dalam membetulkan ketidakstabilan politik semasa, beliau berpendapat Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah juga berbuat langkah sama mernerusi usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Husam berkata, tindakan Razaleigh atau Ku Li itu mempunyai implikasi yang besar memandangkan tokoh tersebut adalah ahli Parlimen Umno.

“Sokongan ahli Parlimen Umno dengan dua majoriti. Patutlah negara tidak stabil. Kalau bemar tidak main politik, elok benar dia (Muhyiddin) letak jawatan.

“Beri kepada PH untuk ambil semula kerajaan supaya kita tidak payah main politik,” tambah Husam lagi.

Untuk rekod, menerusi sepucuk surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada 25 September lalu, Ku Li mendakwa Muhyiddin telah dua kali menolak usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibahaskan.

Muhyiddin sedang bincang rombak Kabinet, kata laporan

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sedang berbincang mengenai kemungkinan merombak Kabinet dalam usaha menenangkan Umno yang mempertimbangkan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN), kata 3 sumber kepada agensi berita Reuters hari ini.

Sumber itu tidak mahu dikenali kerana mereka tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media.

“Umno sedang berunding dan ini menunjukkan mereka tidak bersedia keluar daripada gabungan PN,” kata 1 sumber.

Terdahulu, FMT melaporkan ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Annuar Musa berkata, presiden parti Ahmad Zahid Hamidi sudah bertemu Muhyiddin mengenai “syarat baharu” Umno kerana menyokong kerajaan pimpinan PN.

Annuar tidak memberikan perincian mengenai pertemuan itu tetapi mengatakan perbincangan mengenai syarat baharu Umno sedang berjalan.

Reuters memetik 2 sumber lagi yang berkata, Umno dan PN juga sedang membincangkan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya akan datang.

Tempoh pilihan raya sehingga 2023, tetapi beberapa pimpinan dalam kerajaan mahu ia diadakan awal untuk mendapatkan mandat lebih kuat.

Pejabat Muhyiddin dan Umno masih belum memberi respons terhadap laporan itu, kata Reuters.

Pemimpin Umno baru-baru ini melakukan protes terhadap pengurangan peranan parti itu dalam Kabinet Muhyiddin walaupun merupakan parti terbesar dalam gabungan berkenaan.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman minggu lalu berkata, seorang ahli Parlimen Umno harus dilantik sebagai timbalan perdana menteri.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki meminta gencatan politik dibuat ketika negara berdepan peningkatan kes Covid-19.

APA GAME AZMIN DAN HAMZAH?

Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi

Pengatur politik macam Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin sudah tentu memerah otak untuk gagalkan keputusan Biro Politik UMNO.

Sebagai Ketua Penerangan PN, Azmin katanya arah cyber troopers PN guna naratif “UMNO gila kuasa” dan “UMNO mahu Anwar jadi PM”.

Sebab itu timbul tohmahan kononnya Zahid dan Najib menghantar surat memaklumkan YDP Agung bahawa UMNO menyokong Anwar.

Cerita surat itu ditularkan oleh portal MalaysiaNow. Portal itu adalah milik Abda Rahman Koya (adik Latheefa Koya). Katanya Azmin Ali adalah penaja portal itu.

UMNO menang 7 PRK kerana berlaku kekosongan apabila ada YB yang meninggal dunia. Sebagai parti politik sudah tentu UMNO kena letak calon. Adakah itu gila kuasa?

Yang gila kuasa ialah mereka yang melompat parti dan kemudian cuba membunuh parti yang melahirkannya. Semoga Azmin dan Hamzah terasa pedasnya bila makan cili.

Begitu juga PRN Sabah. UMNO bertanding kerana Shafie Afdal yang bubarkan DUN Sabah. UMNO bertanding secara demokratik.

Tetapi politiking gila kuasa dalam PPBM menyebabkan berlaku pertukaran jawatan Perdana Menteri dalam tempoh seminggu antara Mahathir dengan Muhyiddin.

UMNO mengambil pendirian menyokong kedua-duanya supaya pentadbiran kerajaan terus berfungsi dan kebajikan rakyat tidak terabai. Adakah itu gila kuasa?

Walaupun UMNO majoriti, UMNO tidak menuntut apa-apa jawatan khusus. Azmin yang dikaitkan dengan skandal video samburit diberi jawatan Menteri Kanan paling kanan.

Malangnya di PRN Sabah UMNO ditikam dari belakang. Ia bukan cubaan. Ia adalah betul-betul. Alhamdulillah Hamzah Zainuddin gagal menimbus UMNO di Sabah.

Itulah pencetus kepada keputusan Biro Politik UMNO. Salahkah UMNO menuntut supaya PN diurus atas konsensus parti politik bukan lagi individual MP?

Kalau itu tidak dipersetujui, jelaslah siapa yang gila kuasa. UMNO akan terus bangkit umpama “Biri-biri menjadi singa”.