Jerat Umno makan diri, PH boleh menang

NORMAN RADZUAN

Kenapa Mukhriz mahu PH hentikan desak PRU, Muhyiddin akan kalah…Mahathir akan panik?

Semalam kita dikejutkan dengan kenyataan dari penyokong ‘Pejuang’ dan Mukhriz sendiri. Saya tak pasti mahu ketawa, menangis atau maki hamun cadangan tersebut. Ia boleh diandaikan sebagai joke of the day.

Mengapa tiba-tiba seolah ‘mereka’ yang berkuasa ke atas PH sedangkan mereka bukan di dalam PH. Sesuka hati sahaja arahkan ingin bertanding 124 kerusi dan 94 kerusi dari PH. Saya tak boleh kata gila cuma saya nak beritahu mana-mana pemimpin PH yang menyokong, suruh berhenti jadi ahli politik bagus pergi apply kerja sebagai jururawat dekat Hospital Tg Rambutan.

Mukhriz tiba-tiba beritahu jangan paksa PN untuk adakan PRU15. Nak bagitahu Mukhriz, PH tak desak PRU yang kita desak Muhyiddin serahkan kembali kerajaan ini kepada kerajaan PH. Tahu kenapa Muhkriz mahu kita berdiam dan tidak memberi tekanan kepada kerajaan PN? Faham-faham sahajalah siapa di belakang PN.

Saya tertarik dengan analisis data yang dibuat oleh Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor ini. Dari analisisnya ada dua persamaan yang pernah saya tulis pada Mei (jika tidak silap) 2020 dan sebulan lalu.

Saya ada menulis jika Muhyiddin kembali bertanding di Pagoh beliau aakan tewas kerana kemenangan pada PRU14 menumpang pengundi PH dan bukan sokongan peribadi orang Pagoh buatnya.

Bezanya saya tiada data yang lengkap untuk menyakinkan pembaca ketika itu. Nyata kenyataan saya itu sependapat dengan analisis Isham Jalil yang dibuktikan dengan data, yang saya rasa kemungkinan sumber data yang agak detail itu adalah dari sumber dalaman SPR sendiri.Wallahuallam.

Tahukah kalian pada PRU lalu, 10,265 ( Melayu ), 11,753 ( Cina ), 1,427 ( India ) mengundi Muhyiddin. Umno atau BN hanya mendapat sekitar 800 undi Cina dan 14 undi India.

Dari analisis tersebut Isham Jalil memberitahu andaikata Muhyiddin berjaya menarik pengundi Melayu barangkali hanya separuh daripada 10,265 kerana sejak PRU13 dan PRU12, PKR memang mempunyai 5-6 ribu pengundi Melayu di Pagoh.

Bermakna jika Muhyiddin bertanding di Pagoh walaupun dengan sokongan Pas tanpa Umno dia tetap akan tewas. Sebab itu saya menolak dakwaan Lokman Adam bahawa PRU15 aakan diadakan dalam tempoh terdekat.

Dalil saya selagi Umno tidak berjaya ‘dihijack’ ( sepertimana hujah Isham Jalil bersetuju PN mahu hijack Umno ), Muhyiddin tidak akan berani menasihatkan Agong untuk membubarkan Parlimen.

Semalam juga Zahid Hamidi tiba-tiba mengatakan mereka akan tetap bersama Pas. Kononnya ada pihak ketiga yang tidak senang hubungan antara Pas dan Umno.

Kenapa Zahid Hamidi seperti menyembah Pas? Sebabnya mudah, saya yakin data yang sampai ke tangannya mengesahkan tanpa Pas, Umno tidak akan kembali menjadi kerajaan.

Isham Jalil juga berpendapat dan mengambil satu contoh, jika di Pagoh berlaku pertandingan antara PN, BN dan PH ia akan memberi kemenangan kepada PH. Hanya kerjasama Umno dan Pas sahaja BN mampu menang di Pagoh dengan majoriti tipis. Ini disebabkan kerana sentimen perkauman yang dimainkan tidak mungkin pengundi Cina akan mengundi Umno, Pas atau Bersatu.

Daripada analisis Pagoh itu secara umumnya jika berlaku pertandingan antara PN, BN dan PH. PH mempunyai kelebihan untuk menjadi kerajaan. Nakalnya Isham masih ingin berpolitik kononnya jika PH menang bermakna Dap akan menjadi kerajaan semula. Org Umno tetap Umno (rasis).

Jadi jelas kenapa Mahathir, Mukhriz dan kononnya penyokong ‘Pejuang’ mahu bertanding lebih 100 kerusi, tidak mahu PRU dalam masa terdekat, menganggu PH hingga beberapa pemimpin AMNAH dilihat sangat mesra dengan Mahathir.

Mahathir tahu, Umno Pahang, Umno Terengganu, Umno Selangor dan terbaru Umno Perak menzahirkan menolak untuk memberi ruang kepada Bersatu. Maknanya PRU15, Bersatu menemui jalan mati. Bermakna orang harapan Mahathir iaitu Muhyiddin, Azmin, Hishamuddin akan tewas begitu sahaja tanpa Umno.

Sebab itulah Mahathir mesti hancurkan PH dengan pelbagai cara. Siapa sangka beberapa pemimpin PH masih bergantung harapan pada seorang lelaki berusia 96 tahun yang baru sahaja merancang mengkhianati PH sendiri. Pelik bin ajaib.

‘Darurat Politik’ seperti dikatakan ramai penganalisis politik itu benar. Ia sekadar buy time untu Bersatu merancang sesuatu sama ada memujuk Presiden Umno bersama mereka atau ‘hijack’ Umno seperti dikatakan Isham sendiri.

Akhirnya jerat Umno makan diri. Muafakat Nasional dilihat berhasil mempengaruhi orang Melayu akhirnya muafakat ini berkecai apabila Umno bersetuju untuk bekerjasama dengan pengkhianat yang akhirnya mereka sendiri dikhianati. Bukan sahaja Umno dianaktirikan malah kekasih gelap mereka Pas dirampas dengan kuasa.

Ketika ini Bersatu pun masih was-was dengan Pas, Umno pun masih was-was dengan Pas. Pendapat saya pertandingan 3 penjuru hampir pasti. Tidak mungkin Umno mahu menjadi hamba Azmin dan Zuraida lagi serta membiarkan Muhyiddin menjadi PM.

Saya pun amat berharap akan berlaku pertandingan 3 penjuru atau sebaiknya 4 penjuru. Kelebihannya tak susah la nak berkempen. Takkan BN dan PN nak mainkan sentimen perkauman sebab dua-dua mahu jadi hero Melayu.

PN

BERSATU

PAS

GERAKAN

BN

UMNO

MIC

MCA

PH

PKR

DAP

AMANAH ( JIKA PATUH DGN LEGASI PH)

PEJUANG

WARISAN

ANAK MUDA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan