Penunjuk perasaan cetus huru-hara di pusat vaksin

MALAYSIA DATELINE

Penunjuk perasaan cetus huru-hara di pusat vaksin

Puluhan penunjuk perasaan mencetuskan huru-hara di pusat agihan vaksin Covid-19 di Stadium Dodger di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lapor AFP, mereka yang membawa sepanduk berhimpun di hadapan pintu masuk ke pusat agihan itu sambil menggesa perintah berkurung ditamatkan.

Mereka turut menyuarakan teori konspirasi antivaksin sehingga memaksa pihak berkuasa menutup pusat agihan itu hampir sejam.

“Penunjuk perasaan hanya sekitar 30 orang. Tidak pasti kenapa mereka menutup seluruh fasiliti itu,” kata seorang pengguna Twitter, Mikel Jollet.

Media AS yang memetik jabatan bomba melaporkan, polis Los Angeles bagaimanapun kemudian menegaskan pusat itu tidak ditutup dan vaksin akan terus diagihkan.

Aksi demonstrasi itu menjadi antara cabaran terbaharu pengagihan vaksin di AS, yang merekodkan jumlah jangkitan dan kematian Covid-19 tertinggi di dunia.

Lebih 26 juta individu dijangkiti wabak itu, manakala 439,000 meninggal dunia di AS sejak permulaan penularan Covid-19, mengikut data kiraan Johns Hopkins University setakat semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan