Zuraida sudah mula kempen PRU15 ketika darurat?

FAZLI RADZI

Zuraida sudah mula kempen PRU15 ketika darurat?

Papan iklan “Perikatan Nasional Ampang” sudah mulai dikesan dinaikkan di kawasan Parlimen yang disandang oleh Zuraida Kamaruddin sejak tahun 2008.

Turut dipacakkan tiga bendera gabungan parti kerajaan hilang majoriti yang terbentuk menerusi Langkah Sheraton pada Februari lalu.

Susulan itu, Perikatan Nasional (PN) dilihat sudah mula berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun perintah darurat masih berlangsung.

Baru-baru ini juga tular rakaman video suasana kilang membuat cetakan pada kain rentang PN.

Zuraida yang merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak Pakatan Harapan (PH) menguasai Putrajaya juga ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

Dia sebelum ini ialah Naib Presiden PKR yang kemudiannya dipecat berkuat kuasa serta-merta pada 24 Februari tahun lalu.

Awal-awal lagi Zuraida pada akhir tahun lalu menawarkan diri sekali lagi untuk mempertahankan kerusi Parlimen Ampang pada PRU15.

Bagaimanapun bagi PRU15, sokongan pengundi Parlimen Ampang terhadap Zuraida bakal terhakis teruk ekoran pengkhianatan dilakukannya terhadap PKR dan PH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan