PANAS !! Fatwa Amanat Hadi lesap? : Jakim semak dakwaan padam fatwa Amanat Hadi

Shakira Buang

image placeholder
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menyemak terlebih dahulu dakwaan pihaknya memadam fatwa berkaitan “Amanat Haji Hadi” di laman sesawangnya.

"Saya semak dulu,” kata Ketua Penolong Pengarah Unit Komunikasi Korporat (UKK) Jakim, Zakaria Othman ringkas ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu, tular tangkap layar seorang pengguna Twitter bertanyakan Jakim apakah pihaknya telah memadam fatwa Amanat Haji Hadi.

"Apakah benar @MyJakim telah memadam fatwa amanat Haji Hadi yang telah difatwa haram pada 2002?

"Jangan permainkan Abdul Aziz Jusoh rmainj," soal pemilik akaun anti-PAS @apanakdikato di Twitter.

Apakah benar @MyJAKIM telah memadam fatwa amanat haji hadi yg telah di fatwa kan haram pd 2002?

Jgn permainkan hukum sb politik! pic.twitter.com/gzjWCSSqcw

— Membalak bersama ulama cum Presiden Walaun (@apanakdikato) June 21, 2021

Malaysiakini tidak dapat mengesahkan maklumat yang dikongsi pengguna di atas. 

Bagaimanapun, carian Malaysiakini di laman web semakan fatwa Sumber Maklumat Al-ahkam al-Fiqhiyyah (E-SMAF) mendapati tiada rekod berkaitan fatwa itu dipaparkan.

Laman kelolaan Jakim itu berfungsi merakam fatwa daripada seluruh negeri di Malaysia, mengelaskannya mengikut kategori dan merekodkan statusnya sama ada diwartakan atau tidak.

Sejak dilontarkan pada tahun 1981 di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu, ucapan Presiden PAS Abdul Hadi Awang itu mengundang kritikan kerana dianggap memecah-belahkan umat Islam.

Laporan media menyebut Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengisytiharkan “Amanat Hadi” sebagai sesat. 

Hadi, ketika bersama pembangkang, pada 2013 mencabar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan surat rasmi mengenai amanat yang difatwakan bercanggah dengan kepentingan masyarakat Islam, kemuliaan agama serta prinsip dakwah.

Memetik fatwa pada 21 November 1984, Bernama melaporkan, jika terdapat tuduhan atau anggapan oleh anggota atau penyokong PAS atau sesiapa sahaja terhadap anggota Umno, pemimpin atau pegawai kerajaan beragama Islam sebagai kafir, atau sebaliknya (Umno menuduh PAS), ia adalah tidak benar dan sia-sia.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Dr Abdul Shukor Husin berkata, anggota Umno atau sesiapa yang mengucap dua kalimah syahadah tetap Islam selagi tidak dihukum murtad oleh pihak berkuasa agama Islam negara ini.

Fatwa itu turut menyatakan tuduhan mengatakan seseorang yang beragama Islam sebagai kafir adalah perbuatan haram yang perlu diberhentikan serta-merta dan hendaklah bertaubat kepada Allah.

Amanat itu antaranya menyebut PAS menentang Umno kerana didakwa mengekalkan perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah.

“Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka,” menurut amanat itu.

Malaysiakini sudah menghubungi dan sedang menunggu maklum balas Menteri Agama, Zulkifli Mohamad, timbalannya Ahmad Marzuk Shaary dan Ketua Pengarah Jakim, Abdul Aziz Jusoh berhubung status fatwa itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan