Pulang jumpa kekasih mati tergantung

FMT Reporters

Polis memeriksa lokasi seorang lelaki ditemui mati tergantung. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang wanita terkejut menemui mayat teman lelakinya dalam keadaan tergantung di rumah sewa mereka di Beaufort, Sabah hari ini.

Lelaki berusia 20 tahun itu ditemui pada jam 2.30 petang tadi ketika teman wanitanya yang berusia 21 tahun itu pulang dari tempat kerja, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Beaufort Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan, sepasukan anggota dan pegawai dikerah ke lokasi kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki terbabit dilihat kali terakhir oleh teman wanitanya pada 8.30 pagi ini ketika dia pulang dari kerja.

“Teman wanita lelaki itu kemudiannya pergi bekerja sebelum menyedari kejadian itu ketika pulang ke rumah berkenaan sekitar 2.30 petang tadi,” katanya.

Menurutnya, mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Beaufort untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Individu yang mempunyai masalah boleh menghubungi sukarelawan terlatih di Befrienders menerusi talian 03-79568145/8144 pada bila-bila masa, atau melalui e-mel admin@befrienders.org.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan