Rafizi: Asal-usul ‘KingMaker’ dan kesudahannya dalam sejarah

Mhdaily

Ini sejarah tapi mungkin ada yang dalam parti Melayu-Isle panas telinga sebab ini strategi (konon) untuk jadi kingmaker politik.

Istilah kingmaker merujuk kepada Richard Neville, Earl of Warwick watak penting War of the Roses.

War of the Roses merujuk kepada zaman perebutan takhta di antara dua cabang dinasti Plantagenet – House of York & House of Lancaster.

Raja England dari dinasti Plantagenet yang terakhir, Richard II digulingkan oleh sepupunya, Henry Bollingbroke yang menjadi Henry IV.

Anak Henry IV menjadi raja yang hebat, Henry V yang menjadi hero karya Shakespeare. Beliau menang di Agincourt & mewarisi takhta Perancis tetap mati muda.

Anaknya yang muda, Henry V menjadi raja yang lemah.

Peluang ini diambil oleh Richard Neville, Earl of Warwick utk mengumpul bangsawan yang lain (macam cara kumpul SD skrg) bangun memberontak.

Nevilla beranggapan dengan meletakkan bangsawan lain yg dia boleh kawal, dialah yang bakal membolot kuasa & kekayaan.

Dinasti Plantagenet (selepas Richard II) ada dua cabang – House of Lancaster (yg menjadi raja ketika itu) dan House of York.

Duke of Lancaster dan Duke of York adalah sepupu kepada Richard II. Apabila Henry IV menjadi raja, House of York adalah keturunan sepupu raja.

Richard Neville bukanlah pewaris Earl of Warwick secara keturunan. Darah keturunan Earl of Warwick adalah dari keluarga Beauchamp yg mati tanpa waris lelaki.

Sebagai menantu, Richard Neville mewarisi pangkat dan darjat Earl of Warwick.

Dengan tangan belakang Richard Neville, bangsawan England memberontak & menggulingkan Henry VI dan menaikkan Edward IV dari House of York.

Edward IV seorg raja yang muda & Richard Neville ingat senang dikawal.

Setelah menjadi raja, Edward IV membuat keputusan sendiri & ini menyebabkan Earl of Warwick tidak senang.

Dia merasakan dirinya kingmaker & mula menyusun plot baru untuk menggulingkan raja.

Akhirnya dia menangkap raja, Edward IV lalu dikurung di istananya Warwick Castle.

Richard Neville yakin dia boleh memerintah (walaupun dia bukan raja) kerana yakin dgn kekuatan dan peranannya sebagai kingmaker.

Tetapi bangsawan lain & rakyat England menolak tindakannya itu & tidak mahu menerima pemerintahannya.

Lumpuh kerana tidak dapat berfungsi, Richard Neville tiada pilihan kecuali membebaskan Edward IV.

Edward IV kemudian kembali dengan tentera & bertemu dengan tentera Earl of Warwick di Battle of Barnet.

Tentera Warwick dikalahkan & Richard Neville dibunuh ketika cuba melarikan diri.

Mayatnya dibawa dari Barnet ke London untuk dipaparkan.

Mayatnya yang robek ditikam, ditelanjangkan & dipaparkan kepada orang ramai di London sebagai amaran kepada pengkhianat & kingmaker.

Begitulah nasib watak yang memberi nama kepada istilah kingmaker.

Kalau saya, saya cukup berhati-hati menggunakan istilah (dalam rencah politik) yang kita tidak tahu asal-usulnya.

Istilah kingmaker ada konotasi buruk yang melambangkan ketamakan kuasa & kegagalan bila merampas kuasa dari belakang.

Tapi geng Melayu-Isle tak baca sejarah & tak faham.

Demikianlah sedikit perkongsian mengenai asal-usul istilah kingmaker & nasib yang menimpa mereka yang tamak kuasa & bercita-cita menjadi kingmaker.

Moga kita mendapat sedikit manfaat.


Sumber :


Tiada ulasan:

Catat Ulasan