Anwar percaya keputusan batal Ordinan Darurat belum diperkenan YDPA

MALAYSIA DATELINE

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya keputusan membatalkan Ordinan Darurat yang diumumkan Menteri Undang-undang Datuk Takiyuddin Hassan belum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam sesi sidang khas Dewan Rakyat hari ini, Anwar berkata Takiyuddin tidak perlu berdolak dalih yang secara jelas belum mendapat perkenan Agong.

“Perkara spesifik begini tidak boleh jawab, kalau Yang di-Pertuan Agong perkenan saya percaya semalam lagi dia (Takiyuddin) jawab,” katanya ketika mencelah penjelasan Takiyuddin dalam sidang khas parlimen, hari ini.

Terdahulu, beberapa ahli parlimen pembangkang meminta penjelasan berhubung pengumuman Takiyuddin mengenai pembatalan Ordinan Darurat dalam sidang khas parlimen semalam.

Di mana Takiyuddin telah memaklumkan kerajaan sudah membatalkan semua Ordinan Darurat berkuatkuasa pada 21 Julai lalu pengumuman itu telah mengejutkan ramai pihak.

Berikutan desakan agar Takiyuddin menjelaskan segera di dewan hari ini, Takiyuddin menjelaskan sebarang penerangan berhubung perkara itu hanya akan dibuat pada Isnin depan seperti yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan