Tajuddin dikompaun lagi, tak pakai pelitup muka di Parlimen

Malaysiakini

image placeholder

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman sekali lagi dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dengan tidak memakai pelitup muka.

Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Tajuddin didapati berbuat demikian di ruang legar Parlimen kira-kira pada pukul 2.30 petang semalam.

Beh berkata, siasatan dibuat susulan gambar kejadian itu dimuat naik di Twitter pagi ini.

"Hasil siasatan mendapati Tajuddin telah menghadiri sidang mesyuarat khas Dewan Rakyat pada 26 Julai (emalam). Pada hari sama, jam lebih kurang 2.30 petang, dia didapati tidak memakai pelitup muka sewaktu sedang bersama dengan seorang individu lain di ruang legar Parlimen.

"Atas pelanggaran SOP tersebut, maka satu notis kompaun telah dikeluarkan terhadapnya pada hari ini, jam satu tengah hari," kata Beh dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Tajuddin yang merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 juga atas kesalahan sama.

Dia didapati memakai pelindung muka tetapi tanpa pelitup muka ketika menghadiri sidang media berhubung kemalangan tren LRT pada 25 Mei lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan