Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Wanita warga India dan anak perempuannya yang berusia lima tahun, masing-masing memakai gelang merah jambu tanda kuarantin Covid-19, ditemui meninggal dunia di Taman Tenaga, Salak Selatan di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Annas Sulaiman berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu pada 5.59 petang dan siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa berusia 38 tahun dan anaknya, dipercayai terjun dari bangunan.
"Pegawai perubatan hadir ke tempat kejadian mengesahkan kedua-duanya meninggal dunia dan pemeriksaan ke atas tubuh badan mendapati terdapat kecederaan di kepala.
"Siasatan awal juga tidak menemui unsur jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Annas berkata, suami mangsa sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) MAEPS Serdang kerana positif wabak itu.
Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan