Semua parti konsensus hentikan politik lama, kata Anwar selepas bertemu Agong

FMT Reporters

KUALA LUMPUR: Semua ketua parti yang dipanggil Agong datang menghadap hari ini bersepakat menghentikan politik lama dan “menggagas suatu bentuk politik baharu” ketika negara menghadapi Covid-19, kata Anwar Ibrahim.

Ditemui pemberita di Istana Negara sesuai pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong dan timbalan baginda, Anwar berkata Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan semua ketua parti politik bahawa negara dalam krisis kesihatan, politik dan ekonomi, dan mahu semua pihak bermuafakat menanganinya.

“Maknanya yang menang jangan jadi seperti yang pernah berlaku – memakan orang yang kalah,” katanya kepada pemberita.

Ketua pembangkang itu berkata ketua-ketua parti yang hadir memberikan pandangan masing-masing pada pertemuan itu.

“Semua nampak ada konsensus hentikan politik lama dengan cara hukum dan harus jurus semula ke arah membangun,” katanya.

Anwar berkata isu yang dibincangkan dalam pertemuan itu bukan sahaja mengenai pelantikan seorang Perdana Menteri baharu, tetapi menggagas bentuk politik baharu “yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan