Dulu Mak Nyah beragama Kristian, Kini Menjadi Pendakwah Islam

Allahu Akbar, Dulu Mak Nyh Krst1an, Kini Menjadi Pendakwah Islam

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Bagaimana dari seorang mak nyh beragama Kris tian & kemudian Islam membantunya berubah menjadi seorang pendakwah Islam. Perubahan yang berlaku di dalam hidupnya bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga & rakan-rakannya tetapi dirinya sendiri. Allahuakbar.

Apabila sinar cahaya hidayah masuk ke dalam hati, maka gua yang gelap akan terang benderang. Sebagaimana tanah yang ger sang setelah dibasahi hujan pasti akan su bur kembali. Itulah harapan yang diberikan Islam kepada mereka yang sanggup dan mahu merendahkan diri & menyerahkan diri kepada Pencipta, Allah Subhana Wa Ta’ala.

InshaAllah kami akan bekerjasama bersama Ibrahim Pagdanjanan untuk menghasilkan buku berkaitan kisah suka dan du ka serta perjuangan beliau keluar dari kemak satan itu.

Sebahagian dari keuntungan akan digunakan untuk membantu beliau dan sahabat-sahabat untuk mengerakkan dakwah & kebajikan mereka di Filipina. InshaAllah. Doakan dapat diterbitkan secepat mungkin.

Sumber: Firdaus Wong Wai Hung

Ni sekor lagi tak reti bahasa, nanti yang susah rakyat biasa

Ketua Pengarah KPT didakwa langgar SOP, lancar majlis di hari raya

SALMAN FARISI

Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Profesor Datuk Dr Husaini Omar didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila menyertai majlis hari raya pada hari raya pertama bersama pemimpin dan pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pelajar dan kakitangan UPM menyambut hari raya bersama Ketua Pengarah KPT.

Menurut sumber, turut serta bersama mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu adalah Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan yang menjalankan fungsi Naib Canselor UPM dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

Majlis itu turut disertai oleh pemimpin kanan Kesatuan kakitangan Am Universiti Putra Malaysia (KAPERTAMA).

Program yang berjalan pada 13 Mei 2021 itu turut melibatkan mahasiswa dan pengurusan UPM.

Ketua Pengarah KPT itu telah melancarkan sendiri program yang berlangsung dalam suasana warna warni di Kolej Kediaman ke 10 UPM itu dengan jamuan hari raya dan penyampaian sumbangan untuk mahasiswa.

Sebelum ini, Majlis Keselamatan Negara telah menetapkan SOP ketat bagi melawan Covid-19 yang antara segala perhimpunan rasmi atau tidak rasmi kerajaan dan swasta adalah tidak dibenarkan samasekali.

Aktiviti sosial yang dimaksudkan termasuk majlis resepsi, perkahwinan, persidangan, doa selamat dan banyak lagi tersenarai dalam senarai tidak dibenarkan oleh MKN.

Polis terima laporan dakwa Azmin langgar SOP ziarah Aidilfitri

Bernama

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali mengesahkan satu laporan polis diterima semalam berhubung dakwaan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Mohamed Azmin Ali melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan larangan kunjung-mengunjung atau ziarah Aidilfitri.

Beliau berkata laporan itu diterima pada 3 petang berhubung hantaran di Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali yang tular di media sosial mendapat perhatian netizen yang mendakwa ahli keluarga Mohamed Azmin merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bawah Peraturan 17 P.U (A) 225/2021.

Mohd Fadzil berkata Mohamed Azmin serta ahli keluarga, anggota Pasukan Gerakan Am yang bertugas di kediaman beliau dan pemilik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi yang lain akan dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

"Maklumat awal mendapati sambutan dan jamuan raya tersebut hanya dalam kalangan ahli keluarga Mohamed Azmin yang mendiami kediaman tersebut. Keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi tersebut juga mengesahkan pada13 Mei tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa dalam hantaran Facebook yang tular di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada 13 Mei lebih kurang 8 pagi di kediaman rasmi Mohamed Azmin di alamat No 3, Jalan Presint 10/7, Presint 10.

Beliau turut menasihati pengguna media sosial yang lain supaya berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imej, kredibiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan.

- Bernama

image placeholder

Teknik buat duit dengan NGO untuk jadi kaya

MALASIA DATELINE

Semakin banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan di negara ini atas alasan mahu membantu umat Islam khasnya Palestin yang kini tertekan dengan serangan dari Israel.

Namun ramai yang tidak sedar, NGO kini adalah satu perniagaan baharu yang menguntungkan dan sesetengahnya diambil kesempatan boleh pihak tertentu untuk menjadi kaya raya.

Sebab itulah, atas dasar untuk membantu Palestin misalnya, sebuah NGO boleh memasang berpuluh-puluh billboard di seluruh negara untuk memungut derma untuk Palestin.

Berikut adalah satu tulisan santai mengenai NGO ini. Pastikan kita sedar apa yang kita buat.

TEKNIK-TEKNIK BUAT DUIT DENGAN NGO UNTUK KAU JADI KAYA!

Korang perasan tak, dah makin ramai orang buat NGO. Korang juga perasan tak, orang yang run NGO ni biasanya takda kerja tetap, tapi survive je. Mana diorang dapat duit?

Sebenarnya, bukan tunggang agama je boleh buat duit. Tunggang NGO pun boleh buat duit. Sebab tu kau perasan ramai yang all out kutip derma, sampai sanggup tekan ads, billboard, dan bayar iklan masuk media. Sampai ada yang sanggup berhenti kerjalah, full time dengan NGO dia!

Korang tau tak yang bank negara (BNM) allow mana-mana NGO collect derma dan ambil up to 30% dari duit derma sebagai charge pengurusan. Kalau kau berjaya collect RM100k, kau boleh guna RM30k sebagai pengurusan. Begitulah seterusnya.

Bila NGO tu kau yang control. Kau CEO, kau founder, kau pengerusi. Mestilah kau ada kuasa penuh. Hujah biasa puak ni, orang derma atau infaq disebabkan dia. Orang pecaya dia.

Berikut cara mereka bikin wang dengan NGO!

1. GAJI.

Kutip derma atau infaq. Set gaji or elaun sendiri, masuk dalam charge pengurusan.

Dengan charge pengurusan nilah, kau boleh bayar sewa pejabat, bayar gaji crew dan juga gaji kau! Kau dibayar untuk buat baik. Benda yang kau suka. Bukan susah kan? Ada NGO yang kaya collect derma letak gaji RM20k tau dekat pengerusi dia!

2. SUPPLIER.

Kutip derma atau infaq. Kau sendiri jadi supplier.

Kau buat announcement yang kau nak sedekah facemask dekat B40 dari PPR. So kau cari orang nak infaq or derma. Kau sendiri supplier. Lepas dah collect duit derma dan infaq tu, NGO kau beli dekat kau facemask tu full price. So, kau dapat sales.

3. KRONI.

Kutip derma atau infaq. Kroni kau yang supply. Kau cashout tepi.

Kau minta derma untuk buat rumah asnaf, duit dah dapat. Kau lantik kawan kau jadi kontraktor. NGO kau bayar dia, dia kasi kau 10%!

4. BUAT PROGRAM BISNES.

Kau guna NGO kau buat program waqaf sambil berbisnes.

Dia kumpul orang, collect sorang RM1000 untuk beli ayam serama, jadi return 50/50. 50% ke asnaf, 50% ke pelabur. Kalau fail, dia akan return 50%. Beramai-ramailah masuk sebab nak tolong asnaf. Dia tak buat pun bisnes tu. Dia ambil 50%, dia return 50% seperti dalam agreement.

5. 100% KEUNTUNGAN UNTUK INFAQ!

Kau declare yang 100% keuntungan bisnes kau, akan kau infaq ke NGO kau.

Jadi beramai-ramailah orang membeli di kedainya. Walhal dia dah set gaji dia berpuluh ribu. Cover semua cost dah. Untung RM10, bagi semua RM10 pun kira 100% juga.

6. INVESTMENT UNTUK ASNAF.

Kau collect derma untuk NGO kau, kata kau akan invest dalam business. Nanti pulangan, boleh bagi dekat asnaf di bawah NGO.

Dia invest dekat company dia sendiri, or kroni-kroni dia. Bila rugi, dia cakaplah, investment mana ada janji untung. Itu riba. Ada yang lagi hampeh, dia buat main saham.

7. BELI HARTA UNTUK NGO.

Kau collect derma atau infaq untuk NGO kau, kau beli harta kau sendiri untuk cashout.

Kau ada van buruk. Kau sesak nak duit. So, kau collect derma untuk beli van kau yang kalau kau jual sendiri, takda siapa nak beli. Jadi kau guna power kau untuk NGO kau beli van buruk kau. Kautim!

8. LANTIK SYARIKAT SENDIRI.

Kau sebagai founder NGO kau, kau lantik kedai runcit kau jadi food bank orang miskin.

Siapa bayar kedai runcit tu? NGO tula bayar. Kau jangan pelik, walaupun kedai runcit tu kosong, tak meriah. Tapi nanti sales dia berpuluh juta! Semua salea itu dari NGO yang dibayar dengan duit derma atau infaq korang.

Setakat ni 8 style ni la yang aku kesan. Kalau ada lagi, korang tambahlah. Sebab itu korang jangan pelik puak ni sanggup ni buat team publisiti ramai-ramai, dengan cameraman, soundman, content writer, video editor, designer. Siapa bayar semua tu? The more donation coming in, the merrier the NGO pocket.

Kalau dapat RM100,000, RM30,000 kau boleh enjoy as operation. Kalau kau dapat collect RM1,000,000, RM300,000 kau ambil. Kalau kau dapat collect RM100,000,000, RM30,000,000 kau boleh enjoy dengan NGO kau.

Ia legal dan tak salah di sisi undang-undang. Sebab itu makin ramai buat. Kerja senang bro. Bukan duit kau. Orang bayar kau untuk kau buat baik. Kau dapat duit, kau nampak baik.

Cuma aku tertanya-tanya, masa kau buat derma atau infaq tu, kau memang dah redha ke RM100 kau nak bagi dekat asnaf tu, hanya sampai RM70? RM1,000 kau tu sampai kat asnaf RM700 je. Ke korang tak tau?

Kau jangan terkejut orang yang run NGO kaya ni, dia jadi kaya raya rasanya sebab duit derma tu je. Ada yang sampai kahwin 2,3. Entah berapalah gaji dia set dekat diri dia. Kita tak boleh lepas ke situ. Unless MA (management account) dia terbocor lah.

Ada yang lebih traditional, door to door kutip derma, tunggu dekat bank, mall. Korang ingat diorang fi sabi lillah? Tidak. Ada komisen diorang nanti. 30% ma, pandai-pandailah bedak-bedak nanti. Setiap orang orang ada bahagian masing-masing.

Jadi, kau jangan pelik boss-boss NGO ni rilex je full time dengan NGO. Hidup steady, kereta steady, berjalan oversea. Sebab semuanya sudah ditanggung. Mereka dibayar untuk buat perkara yang mereka suka.

Siapa yang tak suka hulur derma tapi dapat gaji? Kau pun nampak baik..

Kredit: Aliff Ahmad III

Maaf Palestine, kami tidak boleh bersidang

MOHAMED HANIPA MAIDIN

Maaf rakyat Palestine.. Kami tak boleh bantah di Parlimen kekejaman rejim Israel !

1. Sebentar tadi saya tertonton Buletin Utama TV3 walau berusaha giler cuba mengelak.

2. Dah lah tu.. tertonton pula petikan khutbah di negara ni yang condemn Rejim Israel dan depa tayang pulak foto YB Menteri Agama.

Jujur ni.. saya betul-betul meluat lalu cepat- cepat masuk bilik supaya dpt elak dari dengar dan tonton apa yg ditayangkan!

3. Di UK, Parlimen UK benarkan MP depa berucap condemn kekejaman Israel dalam SIDANG Parlimen walau di sana tak ada Menteri depa yang 24/7 pakai jubah dan kopiah dan PM depa pun tak baca doa dalam TV.

4. Ini pula video MP Ireland hentam kaw kaw rejim Israel.Opps lupa MP ni pun x pakai jubah dan kopiah dan tak cakap bahasa Arab.

To tell the truth, sejuta kali saya lebih hormat MP Ireland ni dari…….

5. Logiknya, bila ada kekejaman Israel yang serang tempat ibadat yang begitu istimewa bagi orang Islam, di hari mulia dan di bulan mulia dan saat org islam sedang solat, Parlimen Malaysia sepatutnya bukan sahaja WAJIB bersidang tapi kena buat lebih dari itu in order to send a very strong message to Israel.

Jika depa serang gereja atau kuil misalnya ketika pengganut agama di gereja dan kuil itu sedang bersembahyang misalnya pun Parlimen Msia kena bersidang dan bawa usul tersebut.

6. Masa zaman PH dulu, bila berlaku tragedi berdarah Christchurch di New Zealand, Menteri Agama pergi ke sana bersolidariti dengan rakyat di sana!

Saya sendiri pergi ke Suruhanajaya Hak Asasi Manusia di NZ dan bawa isu tersebut di sana dan menyatakan pendirian kami.

I even met anak gadis Pengarah filem “Lord of the Rings” yang juga condemn terrorism di Christchurch dan bersolidariti dengan umat islam di sana.

7.Opps lupa la ni depa lebih takut kalah undi kot..

Am I too naive?

P/ S malas sebenarnya nak tulis kat sini.. Tapi bila…. tak tahan geram bukan hanya kat Israel tapi juga kat…

Syawal: Antara melawan Covid-19 dan Zionis Israel

BADLISHAH SHAM BAHARIN dan MOHAMMAD ABDUL HAMID

Syawal kali ini hadir dalam suasana yang luar biasa. Pertama, sekali lagi kita menyambut Syawal dalam suasana pandemik Covid-19. Bezanya kali ini, Syawal tiba ketika gelombang pandemik yang lebih dahsyat melanda negara berbanding dengan Syawal tahun lepas.

Dengan jumlah kes baru yang mencecah ribuan setiap hari beserta varian virus yang lebih bahaya, pandemik Covid-19 sudah tentu memberi kesan yang besar dalam kehidupan rakyat di negara ini. Ketibaan Syawal terpaksa disambut tanpa kemeriahan bersama keluarga di kampung, sanak saudara dan sahabat handai.

Akibat pandemik yang melanda, ada dalam kalangan kita yang menghadapi cabaran dari sudut kewangan kerana berkurangnya sumber pendapatan. Ada juga yang sudah hilang sumber pendapatan yang tetap. Tidak kurang pula yang menghadapi tekanan psikologi yang menjejaskan kesihatan mental dan ikatan perhubungan sesama ahli keluarga mahupun rakan taulan.

Marilah kita mendoakan semoga semua rakyat Malaysia diberi kekuatan dan kesabaran untuk bertahan, khususnya dalam masa beberapa minggu yang akan datang.

Bantuan dari sudut kewangan mahupun bentuk-bentuk lain diharap dapat disalurkan kepada isi rumah-isi rumah yang terjejas berdasarkan keperluan masing-masing. Tanpa bantuan yang sewajarnya, dikhuatiri pandemik yang berlarutan akan membawa kepada isu-isu sosioekonomi yang lebih besar pada masa akan datang.

Apa pun, di sebalik pandemik yang melanda, di sana juga ada hikmah, sama ada yang kita dapat lihat dengan jelas mahupun yang tersembunyi.

Antara lain, hikmah pandemik yang melanda adalah:

1) Meningkatkan rasa prihatin dan empati kepada mereka yang kurang bernasib baik. Dengan itu, ia akan melahirkan rasa syukur yang mudah-mudahan dapat menjadikan kita insan yang lebih bermurah hati dan membuahkan kepada amalan sedekah.

Ramai dalam kalangan umat Islam yang begitu dermawan pada bulan Ramadan. Mudah-mudahan amalan ini dapat diteruskan pada bulan Syawal yang mulia dan pada bulan-bulan lain juga.

2) Mengurangkan pembaziran memandangkan aktiviti ziarah dan rumah terbuka tidak boleh dilakukan. Sebagaimana maklum, saban tahun, pembaziran makanan merupakan satu permasalahan di negara kita. Penjimatan dari kos penyediaan juadah sempena Syawal dapat disalurkan untuk bersedekah atau tujuan-tujuan lain yang bermanfaat.

Kedua, Syawal pada tahun ini disambut ketika umat Islam di Baitulmaqdis ditimpa satu ujian yang getir. Hak saudara kita di sana diragut melalui keganasan rejim Zionis yang kini telah meragut nyawa yang terdiri dari wanita dan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, tindakan tidak bertanggungjawab Israel telah mengakibatkan kerosakan harta benda. Ketika rencana ini ditulis, krisis yang melanda belum ada petunjuk jalan penyelesaian.

Marilah kita mendoakan semoga umat Islam di Baitulmaqdis dan Palestin secara umumnya diberi kekuatan untuk menghadapi musibah yang melanda. Kita juga boleh menghulurkan sumbangan kepada umat Islam di Palestin melalui badan-badan kemanusiaan yang diiktiraf seperti MyCARE, Islamic Relief Malaysia dan lain-lain.

Ujian yang menimpa umat Islam di Palestin mengingatkan kita betapa masih masih banyak cabaran yang melanda dunia Islam, termasuklah di tanah air kita.

Semoga ujian yang melanda dapat menimbulkan kesedaran dan meningkatkan semangat serta komitmen kita untuk berjuang dan berusaha meningkatkan tahap sosioekonomi dan politik umat Islam.

Apabila umat Islam sedar akan tanggungjawab mereka untuk mengangkat martabat umat, sekali gus kesedaran tersebut akan memberi kesan dalam usaha untuk meningkatkan kemuliaan insan sejagat.

Ini kerana terdapat hubungan yang rapat antara pembelaan umat Islam di Palestin dan pembelaan manusia lain yang tertindas tidak kira di mana juga mereka berada.

Dengan itu, barulah keadilan sejagat akan terhasil untuk semua manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Inilah konsep kesejagatan dan keadilan yang dibawa oleh Islam, membawa rahmah bagi sekalian alam.

Rumusannya, tiba Syawal kali ini memberi peringatan besar kepada umat Islam agar sentiasa bersyukur dan tidak mudah leka dengan pelbagai nikmat yang kita perolehi, sama ada nikmat berinteraksi secara fizikal mahupun nikmat rezeki.

Perjuangan untuk menghapuskan pandemik Covid-19 adalah satu perjuangan yang mesti kita teruskan dengan meningkatkan disiplin diri, keluarga dan rakan taulan selaras dengan SOP yang telah ditetapkan.

Tidak kurang penting juga, Syawal kali ini hadir sebagai peniup perjuangan untuk kita lebih gigih berusaha demi meningkatkan martabat umat Islam di negara ini malahan di dunia sejagat juga.

Penulis adalah pemimpin dan aktivis Pertubuhan IKRAM Malaysia

Gempar mayat dalam lori

MUHAMMAD AMINNURALIFF

SUBANG JAYA - Mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah lori di hadapan sebuah kilang di Jalan Bp 4/3 Bukit Puchong di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mayat lelaki warga tempatan itu ditemui oleh orang awam sebelum memaklumkan kepada polis.

"Siasatan mendapati mangsa merupakan pemandu lori tersebut, berumur 59 tahun dan tinggal di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.

"Siasatan juga mendapati lori yang dipandu mangsa berada di hadapan kilang pada jam 1 petang pada Rabu," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan dan tiada sebarang unsur jenayah.

"Mayat dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

-sinarharian

Menteri ni dulu jadi model sekarang ni jadi penghantar makanan pula

MALAYSIA DATELINE

Tindakan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun berlakun menjadi penghantar makanan, Food Panda tidak menyenangkan orang ramai.

Ini kerana, beliau bukan perlu berlakun tetapi membantu orang ramai yang sangat kesempitan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Kesusahan rakyat ini real hingga sanggup ke jalan raya. Menteri jangan buat benda merapu,” komen seorang aktivis politik dalam kumpulan Whatsapp.

Beliau dipercayai merujuk kepada kejadian merusuh di persimpangan lampu isyarat di Parit Raja, Batu Pahat malam kelmarin.

Ia dikatakan unjuk rasa rakyat yang resah dengan arahan-arahan saat akhir bagi mengekang penyebaran Covid-19 kerana Parit Raja terkenal dengan tempat orang ramai mencari rezeki di bulan Ramadhan dan menjelang Syawal.


Rina berlakun sebagai penghantar makanan.

“Tak habis-habis jadi drama quenn,” kata seorang lagi rakan beliau merujuk kepada tindakan Rina yang sebelum ini memperagakan pakaian apabila beliau sudah kurus selepas menjalani rawatan kecantikan.

Dalam klip video itu, Rina berlakon sebagai penghantar makanan untuk sepasang orang tua yang rindukan anaknya.

Exco Terengganu serah diri kepada polis, terima surat tawaran kompaun

MALAYSIA DATELINE

Selepas dua kali kantoi melanggar SOP, akhirnya Exco kerajaan negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim menyerah diri kepada polis dan meminta dikompaunkan.

Beliau sendiri telah menghubungi Ketua Polis Daerah Setiu pagi ini selepas gambar beliau menerima tetamu di hari raya semalam tular dan dijadikan berita awal pagi tadi.

Dr Azman kemudiannya melaporkan diri ke Balai Polis Besut dan menerima surat tawaran kompaun dari Polis Besut.

“Alhamdulillah, hadir memberi keterangan kepada ASP Syed Mohammad, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Besut dan menerima surat Tawaran Untuk Mengkompaun Kesalahan.

“YB juga dihukum sebagaimana rakyat biasa dengan kadar tawaran kompaun yang sama yang insyaAllah akan dijelaskan seberapa segera.

“Tiada siapa yang berada di atas dari undang-undang,” tulis Dr Azman dalam Facebooknya tengahari ini.

Bulan puasa lalu, Azman sendiri memuatnaik dalam Facebook, beliau menyertai majlis moreh di sebuah surau.

Selepas itu, beliau membuang balik posting itu namun sempat dicetak oleh orang ramai.

Semalam, seorang tetamu beliau memuatnaik dalam Facebook tentang kunjungan beliau ke rumah Dr Azman selepas pulang dari kunjungan itu.

Roslan Sms diserang hingga tutup akaun Twitter

MALAYSIA DATELINE

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir diserang melalui Twitter malam tadi sehingga terpaksa menutup akaunnya @RoslanSms.

Beliau diserang oleh pengguna Twitter yang menamakan dirinya Zack Rocktar berdasarkan akaun Twitter milik bekas Setiausaha Akhbar Presiden Pas itu sendiri yang didakwanya suka melayari laman-laman porno gay.

“Ok, mari kita tengok akaun Roslan Sms, apa yang dia suka likes,” kata Zack yang kemudiannya menekan butang likes pada akaun Roslan dan memaparkan sejarah like Roslan di situ.

Sehingga ini lebih 25,100 orang telah melayari video yang dirakam Zack berdasarkan Twitter Roslan Sms itu.

Selain aktivis politik, Roslan adalah penulis tetap Harakahdaily dan Harakah.

Janji Allah ke atas Zionis

MOHD SHAUKI ABDUL MAJID

Sejak akhir abad ke-19, di pelbagai belahan dunia Islam mulai berkembang perasaan dan sikap anti-Yahudi yang amat mempengaruhi hubungan umat Islam dan Yahudi selanjutnya.

Hal ini pada awalnya bersumber daripada kekhuatiran kaum Muslim akan implikasi Zionisme, sebuah ideologi politik yang didirikan oleh para pemuka Yahudi sekular sebagai reaksi atas sikap anti-Semitisme (sikap anti-Yahudi) di Eropah.

Anti-Semitisme di Eropah merupakan reaksi terhadap perubahan sosioekonomi yang cepat dengan berkembangnya kapitalisme moden, gerakan liberalisme dan sosialisme.

recommended bySebagai reaksi terhadap anti-Semitisme itu, para pemimpin Yahudi sekular mendirikan gerakan Zionisme. Theodore Herzl yang disebut sebagai pengasas Zionisme, menulis bukunya, Der Judenstaat (Negara Yahudi), pada tahun 1896. Muktamar Zionis pertama diadakan di Bassel, Switzerland pada tahun 1897.

Para perintis gerakan ini terdiri daripada orang Yahudi sekular dari Jerman dan Austria. Bagi mereka, keyahudian merupakan identiti nasional, bukan agama dan Zionisme adalah nasionalisme daripada suatu bangsa yang belum mempunyai negara. Cita-cita mereka ialah mendirikan sebuah negara nasional sekular bagi umat Yahudi.

Kelahiran gerakan Zionisme tidak ada sangkut-pautnya dengan Yahudi sebagai agama. Faktor pendorong utamanya adalah keberadaan umat Yahudi yang hanya dianggap sebagai paria di Eropah. Tujuan Zionisme ingin dicapai melalui dua cara utama.

Pertama, membebaskan umat Yahudi daripada pemaksaan agama dengan memberi mereka sebuah tanah air, tempat mereka dapat menikmati kemakmuran ekonomi dan keamanan politik.

Kedua, membangun sebuah kebudayaan yang murni Yahudi, tempat umat Yahudi dapat mengekspresikan semangat keyahudian mereka.

Namun pilihan Zionisme akan Palestin sebagai rumah nasional bagi bangsa Yahudi telah mengaitkan cita-cita mereka dengan sejarah sakral (suci) Yahudi yang tercantum dalam kitab suci Taurat. Inilah yang menyebabkan gerakan Zionisme semakin diwarnai simbol keagamaan.

Dengan diakuinya negara Israel oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 1948, perasaan anti-Yahudi di kalangan kaum Muslim mulai mendapat landasan konkritnya.

Malahan perasaan dan sikap itu semakin terasa di seluruh dunia Islam ketika Israel, yang mula dirintis oleh para pemuka Yahudi sekular dalam gerakan Zionis itu, mendapat sokongan para pemuka agama Yahudi yang menyeru imigrasi besar-besaran umat Yahudi ke Israel setelah Perang Dunia Kedua yang mengakibatkan terusirnya warga asli Palestin yang sebahagian besarnya adalah Muslim.

Untuk menyokong perasaan dan sikap anti-Yahudi, banyak orang Muslim mencari kebenaran agama daripada al-Quran dan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. Misalnya, sejumlah ayat al-Quran yang mengutuk orang Yahudi di Madinah kembali didengarkan.

Demikian juga kisah pengkhianatan orang Yahudi terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ayat dan kisah itu, sekali gus ditafsirkan sebagai anjuran untuk sentiasa mencurigai, bahkan membenci orang Yahudi

Dari segi politik antara Islam dan Yahudi sebenarnya tidak begitu baik kerana sejak zaman Rasulullah SAW kedua-dua umat ini sering terlibat dalam pelbagai konflik. Mereka menjalin hubungan dengan pihak yang memusuhi Rasulullah SAW seperti Abdullah bin Ubai (ketua orang Munafik). Begitu juga dengan orang Quraisy.

Konflik dengan Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah sering timbul sehingga kadang-kadang menyebabkan berlaku pertentangan secara fizikal yang menyebabkan pertumpahan darah.

Bagi menghalang kegiatan dakwah mereka mengadakan sekatan ekonomi pada umat Islam, mencipta fitnah dan cuba menimbulkan kebencian antara sesama Muslim yang ada di Madinah pada waktu itu.

Ini semua merupakan lembaran hitam dalam sejarah hubungan umat Islam dan Yahudi di zaman Rasulullah SAW. Maknanya permusuhan Yahudi terhadap Islam sudah diketahui dan sudah ada sejak dahulu lagi.

Sehinggalah masa mutakhir ini, mereka tidak henti-henti melakukan tipu daya dan permusuhan terhadap kaum Muslim.

Justeru perseteruan antara kaum Muslimin dan kaum Yahudi di Palestin sebenarnya bukan lagi berkaitan soal penguasaan wilayah. Pertikaian ini dilihat dari segi sejarah lebih kepada persoalan agama, akidah dan Islam.

Justeru, kebiadapan dan kekejaman rejim Zionisme ke atas umat Islam di Gaza sekarang ini mengingatkan kita kembali peristiwa bersejarah pembunuhan beramai-ramai (penghapusan etnik) umat Islam Bosnia oleh Serb pada tahun 1992.

Manakala pada 1998, ribuan Muslim Kosovo dicincang oleh puak Serbia. Cita-Cita mereka adalah untuk menghapuskan agama Islam di muka bumi ini.

Ini ditegaskan oleh Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar”.

Demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahi yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu”.

Janji Allah SWT tentang kemenangan Islam ini akan tetap berlaku dan kita akan mencapai kemenangan ke atas musuh Islam. Ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan pertunjuk dan agama yang sebenar (Islam) untuk mengatasi atas seluruh agama sekaliannya meskipun orang musyrik membencinya.” (Surah al-Taubah ayat 33).

Kemenangan ke atas Yahudi ini kemudian dikuatkan lagi oleh hadis daripada Abu Hurairah, yang mana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kiamat tidak akan terjadi sehingga kaum Muslimin memerangi Yahudi, lalu kaum Muslimin akan membunuh mereka sampai setiap orang Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon, tetapi batu dan pohon itu berkata, ‘Wahai Muslim, wahai hamba Allah, ada orang Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuhlah dia.’Kecuali (pohon) gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis ini jelas bahawa peperangan yang dapat menjamin kemenangan itu ialah bila mana umat Islam benar-benar bersatu hati dalam ikatan ukhuwah Islamiah.

Sekadar semangat dan laungan anti yahudi sahaja tidak mencukupi.”Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur,mereka seakan-akan suatu bagunan yang tersusun kukuh”(Surah Ash-Shaff ayat 4)

Mereka bersatu di bawah naungan kehambaan kepada Allah SWT sehingga mereka itu benar-benar layak mendapat gelaran Muslim sejati dan gelaran hamba Allah, bukan atas nama kebangsaan, assabiyah atau kaum tertentu seperti mana yang berlaku di Palestin hari ini.

Harapan yang dinanti-nanti ini pasti tiba masanya dan sekarang sudah bermula gelombangnya yang bergerak melalui tiupan kesedaran agama dan kebangkitan Islam diseluruh dunia.

Ramalan dan firasat nubuwah telah banyak berlaku seperti pembukaan kota Konstantinople oleh Muhammad al-Fatih pada tahun 1453 M dan sesudah itu akan tiba masanya pembukaan kota Rom sebagaimana yang dijanjikan dalam hadis sahih riwayat Ahmad, al-Hakim dan lain-lain.

Menurut sesetengah ulama Islam akan kembali sekali lagi di Eropah dan untuk kali kedua ini Islam akan masuk melalui timur. Hakikat ini pasti berlaku dan akan menjadi kenyataan sama ada melalui jalan kekerasan dan peperangan atau kebijaksanaan dakwah dan pemikiran atau kerelaan dan penerimaan hati musuh itu sendiri.

Sepanjang sejarah bangsa Yahudi, selamanya menjadi buruan segenap bangsa kerana mereka memusuhi segala ajaran agama di dunia. Kita yakin dan percaya berita baik ini akan tiba di mana akhirnya situasi peperangan akan berpihak kepada umat Islam.

Hal ini pasti terjadi, berdasarkan kehendak kauniya (sunnah) Allah SWT. Namun ia bukan bererti kaum Muslimin boleh tidur lena, diam berpangku tangan menunggu datangnya kemenangan tersebut, tanpa mengambil sebab-sebab yang telah Allah tetapkan bersamaan dengan ketetapan takdir kauniya. Ini kerana Allah tidak menjadikan sesuatu, melainkan Allah tetapkan bersamanya sebabnya, sebagai suatu hikmah yang Allah kehendaki.

Sesungguhnya Allah tidak akan merubah suatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah Ar-Ra’du ayat 11)

Ini bermakna Allah SWT menjadikan adanya perubahan keadaan, yang baik atau yang buruk pada sesuatu kaum dengan sebab-sebab yang diusahakan oleh kaum itu sendiri. Jika suatu kaum itu dalam keadaan baik, penuh kenikmatan, kemudian mereka melakukan sesuatu yang menyebabkan hilangnya kebaikan tersebut, maka Allah akan merubah keadaan mereka menjadi buruk dan sengsara.

Orang Yahudi sentiasa menjadi pusat dan penyebab kebencian kerana sikapnya yang arogan,eksklusif dan merasa ras yang paling unggul pilihan Allah.Tetapi kenapa Tuhan tidak serta merta menghukum mereka melainkan sebaliknya mereka terus menerus menguasai segala bidang kehidupan?Inilah yang harus kita cari alasan dan jawapannya.

———–

Penulis adalah Setiausaha Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia(OMIW)

Sudah 2 kali Exco Terengganu kantoi langgar SOP

MALAYSIA DATELINE

Di bulan puasa, dia menyertai majlis more di surau dan telah dikutuk oleh para netizen tetapi tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas beliau walaupun jelas melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan.

Semalam, di pagi hari raya, orang ramai berkunjung ke rumahnya, dia berkata, “Tak munasabah kita nak tutup pintu dan kunci kemas kemudian suruh rakyat balik kerana ziarah raya tak dibenarkan sedangkan hari hari lain dalam tempoh PKP selalu saja rakyat mari rumah.”

Itulah Exco Kerajaan Terengganu, Dr Azman Ibrahim yang menang dengan majoriti 55 undi mengalahkan calon Umno di Dewan Undangan Negeri Jabi dalam pilihan raya umum lalu.

Kerana dia Exco, tidak ada sebarang tindakan dikenakan ke atas beliau walaupun melanggar SOP yang ditetapkan dan diumumkan oleh perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri.

Dr Azman adalah Exco Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu yang sebelum ini mengumumkan kerajaan Terengganu membina serambi untuk Umno di negeri itu.

Sebelum Dr Azman, ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali menjadi lagenda kerana melanggar SOP sejak dari awal PKP dikenakan apabila datang ke Dewan Rakyat walaupun baru pulang dari Turki.

Nampaknya, pemimpin Pas semacam kebal dan tidak lut sebarang SOP atau peraturan yang ditetapkan kerajaan kerana mereka adalah alasan tersendiri.

Semalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan, beliau memohon maaf dan sedia dikenakan kompaun kerana masuk ke sebuah surau Tsunam Batu Arang, Kuala Triang, Langkawi tanpa mengambil suhu badan.

Sebelum ini, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dikenakan kompaun RM3,000 kerana memasuki sebuah kedai makan nasi ayam tanpa mengambil suhu badan dan tidak mengambil suhu.

PBB beri amaran kemungkinan 'perang habis-habisan'

GAZA: Wakil pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timur Tengah semalam, memberi amaran mengenai "perang habis-habisan" kecuali jika ada "gencatan senjata segera", selepas pengeboman Israel di Semenanjung Gaza menyaksikan peningkatan dramatik jumlah kematian rakyat Palestin.

Letupan kuat berterusan sepanjang hari ketika Israel memusnahkan sasaran Hamas dan pasukan tentera di Gaza pula bertindak balas dengan melancarkan ratusan roket jarak jauh ke wilayah Israel.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, sekurang-kurangnya 56 orang terbunuh setakat ini, termasuk 14 kanak-kanak, lima wanita dan seorang lelaki warga emas, manakala lebih 335 orang cedera, lapor agensi berita Arab News.

Dalam satu kenyataan, penyelaras khas PBB untuk proses perdamaian Timur Tengah, Tor Wennesland berkata: "Letakkan senjata dengan segera. Kita sedang menuju perang habis-habisan. Pemimpin di semua pihak mesti bertanggungjawab untuk meredakan situasi ini.

"Kos perang di Gaza sangat dahsyat dan dibayar orang biasa. PBB bekerjasama dengan semua pihak untuk memulihkan ketenangan. Hentikan keganasan sekarang. "

Laporan Palestin dan Israel memaklumkan, usaha sedang dilakukan Mesir, PBB dan sejumlah negara lain untuk memulihkan keamanan dan kembali kepada perjanjian gencatan senjata.

Pertumpahan darah itu tercetus selepas rusuhan hujung minggu lalu di perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis, yang suci bagi umat Islam dan Yahudi.

Tindakan balas tentera meningkat sejak beberapa hari lalu, yang mendorong permintaan antarabangsa untuk menghentikan keganasan.

Semalam, Israel mensasarkan sejumlah bangunan dan rumah pemerintah Hamas, kereta persendirian, plot pertanian dan tempat latihan ketenteraan milik gerakan itu, dan Jihad Islam juga menjadi sasaran serangan. - AGENSI

Khabib bakar semangat dunia Islam

Agensi

London: ''Anda tidak perlu menjadi seorang Muslim untuk menyokong Gaza, anda hanya perlukan sikap perikemanusiaan.'' Demikian tegas jaguh MMA dari Rusia, Khabib Nurmagomedov susulan perkembangan terkini kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.

'The Eagle' menggunakan media sosialnya untuk menunjukkan sokongan tidak berbelah bagi kepada rakyat Palestin yang sedang bertempur dengan tentera pengganas Israel.

Khabib turut memuatnaik insiden itu di profil Instagramnya. Ini bukan kali pertama Khabib menyatakan pendirian tegasnya dalam membela Islam.

Tahun lalu dia menyelar Presiden Perancis, Emmanuel Macron yang dianggapnya tidak menghormati Islam.

Bekas juara lightweight UFC itu berkongsi foto muka Macron yang dihiasi tapak kasut warna hitam dan diiringi kata-kata tegas mempertahankan Islam.

Walaupun Khabib mengumumkan persaraannya pada Oktober tahun lalu, hanya baru-baru ini Presiden UFC, Dana White mengesahkannya secara rasmi.

'The Eagle' bakal mengikuti jejak ayahnya dengan menjadi jurulatih dalam sukan seni bela diri itu dan sekarang dia menikmati masa terluang dengan mengunjungi Mekah.

Polis siasat himpunan bakar suar, naik kain rentang 'kerajaan gagal'

Malaysiakini 

image placeholder

Polis menyiasat kejadian perhimpunan, membakar suar dan menaikkan kain rentang bertulis 'Kerajaan Gagal' dalam kejadian di Parit Raja, Batu Pahat tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah memaklumkan menerima laporan hari ini mengenai rakaman video kejadian itu yang kini tular di media sosial.

"Pengadu juga mendapati perhimpunan tersebut tidak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan," katanya pada satu kenyataan malam ini.

Ismail juga mengesahkan polis telah menerima beberapa panggilan telefon mulai jam 12.00 malam hingga 1.00 pagi tadi melaporkan aktiviti Mat Rempit di kawasan Parit Raja dan berjaya disuraikan.

"Sehingga kini pihak polis telah menangkap satu orang lelaki (21 tahun) yang dipercayai boleh membantu siasatan polis.

"Tindakan pencegahan dan penguatkuasaan akan dipertingkatkan di daerah Batu Pahat, khususnya kawasan Parit Raja," katanya lagi.

Ismail juga berkata kain rentang 'Kerajaan Gagal" itu dipercayai kain rentang sama yang digantung di Jejantas Jalan Parit Raja menghala ke Ayer Hitam, Batu Pahat.

"Beberapa anggota dari BP Parit Raja telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam," katanya.

Jelasnya lagi, kes disiasat bawah Seksyen 144/ 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut supaya tampil atau berhubung segera dengan Balai Polis Parit Raja di talian 07-4541222 ataupun IPD Batu Pahat ditalian 07-4363300.

Covid-19: Doktor diarah hanya selamatkan pesakit muda?

Dr Adham nafi doktor diarah hanya selamatkan pesakit muda Covid-19

Malaysiakini 

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menafikan doktor mengutamakan pesakit berusia muda dan menolak pesakit warga emas dalam menggunakan alat bantuan pernafasan kerana kekurangan sumber perubatan.

“Tidak benar. Kita belum sampai ke tahap itu,” katanya, petik laporan The Malaysian Insight.

KKM, jelas Dr Adham senantiasa mempertingkat keupayaannya dan bekalan peralatan supaya memastikan ia dapat digunakan oleh setiap orang yang memerlukan.

Adham mengulas hantaran di Twitter dikatakan daripada petugas kesihatan barisan depan yang mendakwa pesakit yang lebih tua dengan komorbiditi tidak akan mendapat sokongan alat bantuan pernafasan. Ciapan tersebut kemudiannya dipadamkan.

"Sekiranya anda berusia di atas 60 tahun dengan komorbiditi yang datang (mendapatkan rawatan) dengan Covid-19 yang teruk, kami tidak akan melakukan intubasi kepada anda kerana kami menyimpan ventilator untuk pesakit yang lebih muda dengan premorbid yang baik. 

"Masa untuk rawatan idealistik telah berlalu. Kami perlu merawat dengan sumber daya yang terhad,” kata ciapan itu.

Doktor lain petugas barisan depan, bagaimanapun, mengatakan mereka tidak diarahkan untuk mengutamakan ventilator untuk pesakit yang lebih muda.

Seorang doktor di Terengganu yang enggan dinamakan berkata dia tidak menerima arahan seperti itu dan tidak pernah mendengar khabar sedemikian.

Untuk mengatakan sesuatu seperti ini bertentangan dengan sumpah etika kedoktoran, jelas doktor itu.

"Kecuali sumber daya menjadi sangat terhad, misalnya anda mempunyai 300 pesakit tetapi hanya 100 ventilator, maka kerajaan mungkin boleh mengatakan begitu. Sekarang sumber kami berkurangan, tetapi masih dapat dikendalikan,” katanya.

Seorang doktor lain, yang berpusat di Pulau Pinang, juga menafikan khabar angin itu.

Dia berkata adalah tidak wajar untuk menafikan pesakit mendapat alat bantuan pernafasan walaupun katil unit rawatan intensif (ICU) telah penuh.

Setakat hari ini, 481 kes sedang dirawat ICU dengan 247 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan kes Covid-19 harian boleh mencecah 10,000 kes dalam beberapa minggu ke depan jika tiada sekatan mencegah penularan wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah mengarahkan pengarah hospital di seluruh negara untuk menangani satu lagi lonjakan kes kerana beberapa faktor seperti penularan lebih cepat, musim perayaan dan liputan vaksinasi yang tidak mencukupi.

Pada 8 Mei, Noor Hisham memaklumkan data yang menunjukkan empat hospital di Lembah Klang sudah beroperasi di luar kemampuan dan katil-katil ICU di 19 hospital awam di seluruh negara telah dipenuhi dengan lebih 70 peratus pesakit Covid-19.

Polis KL dilontar mercun ketika suraikan 200 orang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Sepasukan anggota polis nyaris cedera selepas dilontar mercun ketika mengawal aktiviti berkumpul melibatkan kira-kira 200 individu di kawasan Pangsapuri Sri Perak, Bandar Baru Sentul, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat aktiviti membakar mercun secara terbuka di kawasan tersebut.

“Sebaik tiba, kami mendapati kira-kira 200 individu dipercayai penduduk pangsapuri berkenaan berkumpul di kawasan tempat letak kereta dan sedang bermain mercun.

“Keadaan menjadi sangat tegang dengan letupan mercun yang tidak terkawal, apabila kehadiran polis disedari penduduk pangsapuri terbabit,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai tidak mengendahkan amaran polis bertugas untuk menghentikan perbuatan bermain mercun.

“Semasa pihak polis sedang menyuraikan orang ramai yang berkumpul, tiba-tiba satu letupan kuat berlaku dan hampir terkena anggota polis yang sedang bertugas di lokasi kejadian.

“Letupan terbabit dipercayai daripada mercun yang sengaja dilontar kepada pihak polis. Selepas letupan itu berlaku, orang ramai segera beredar dari kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis berjaya mengawal keadaan di lokasi kejadian dan tiada kecederaan dilaporkan.

Sehubungan itu, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 3(5) Akta Kesalahan Kecil, kerana menakutkan secara jenayah dan larangan membakar bunga api, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan sentiasa mematuhi undang-undang. Tindakan tegas berlandaskan undang-undang akan diambil terhadap individu yang melanggar peraturan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206,” katanya.

Gelar Hamas 'radikal': Editor berita Mandarin RTM terima surat tunjuk sebab

Malaysiakini 

Ketua Editor Berita Mandarin dan Editor Meja Mandarin RTM telah diberikan surat tunjuk sebab selepas satu laporan berita merujuk kumpulan pro-Palestin, Hamas sebagai 'radikal'.

Hal ini dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah pada satu kenyataan hari ini.

"Susulan penularan perkongsian di laman sosial tentang penggunaan istilah merujuk kepada Hamas dalam pelaporan berita berbahasa Mandarin oleh TV2, RTM berkaitan serangan udara Israel terhadap Palestin pada 12 Mei 2021, saya telah segera mengarahkan siasatan dan tindakan lanjut telah diambil oleh pihak pengurusan Jabatan Penyiaran Malaysia," katanya.

"Permohonan maaaf secara terbuka dalam siaran berita untuk pembetulan telah disiarkan dalam Berita Tengah Hari pada pukul 1.00 tengah hari dan Berita Mandarin pada pukul 7 malam, hari yang sama, 12 Mei 2021," jelasnya.

Saifuddin berkata Seksyen Berita dan Hal Ehwal Semasa telah diminta mengkaji prosedur operasi standard (SOP) tugasan bilik berita.

Ini, jelasnya khusus dalam penyuntingan dan penerbitan berita televisyen untuk memastikan kesilapan serupa tidak berulang pada masa hadapan.

"RTM peka tentang situasi yang berlaku dan sentiasa teguh menyokong pendirian Malaysia dan aspirasi rakyat berhubung konflik yang melanda dan mendukung kedaulatan serta kebebasan Palestin.

"RTM akan terus berusaha dalam menambahbaik kualiti penyampaian berita dari semasa ke semasa," kata lagi. 

Untuk rekod penyiar berita itu menggunakan perkataan mandarin yang berbunyi Jījìn zǔzhī (激进组织), bermaksud pertubuhan radikal.

Berebut anak, bekas abang ipar mati ditikam pagi Syawal

Malaysiakini 

 berebutkan anak, seorang lelaki maut ditikam bekas adik iparnya pada pagi Aidilfitri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Sukri Kaman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi tadi di Kampung Berangan Enam, Umbai di Jasini, mangsa berusia 36 tahun itu maut ditikam selepas berlaku pertengkaran dan pergelutan dengan suspek.

Beliau berkata, suspek lelaki yang berumur 32 tahun datang ke rumah mangsa yang turut didiami bekas isterinya iaitu adik mangsa dalam keadaan marah.

"Suspek telah bercerai dengan bekas isterinya pada Januari lepas dan datang ke rumah mangsa kerana hendak mengambil kedua-dua anaknya. Mungkin untuk beraya bersama.

"Namun, berlaku pertengkaran dan mangsa cuba menenangkan suspek, bagaimanapun berlaku pergelutan sebelum mangsa ditikam di rusuk kanannya dengan pisau yang dibawa suspek," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di Jasin hari ini.

Mohd Sukri berkata kedua-dua anak perempuan mangsa berusia lapan dan 10 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan kerana bersembunyi bersama ibu mereka di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Beliau berkata ketika kejadian juga, beberapa ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tersebut turut melarikan diri.

"Kita sahkan kejadian berpunca daripada perebutan anak. Siasatan awal juga mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah.

"Pihak polis kini menjalankan gerakan mengesan suspek yang berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Kancil," katanya.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Melaka dan disahkan meninggal dunia manakala kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

- Bernama

Malam Syawal Palestin berdarah, rakyat Malaysia titip doa

FMT Reporters

PETALING JAYA: Ketika umat Islam seluruh dunia meraikan Aidilfitri termasuk dalam suasana PKP, namun ternyata rakyat Palestin berhadapan dengan ujian lebih besar iaitu perlu berhadapan serangan Israel.

Menerusi Twitter, meskipun masing-masing dalam “mood” Hari Raya, namun rata-rata warganet tetap menitipkan doa buat rakyat Palestin yang terpaksa menyambut Syawal dalam suasana getir.

Seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Fitrie menulis ucapan hari raya berserta peringatan agar orang ramai mendoakan kesejahteraan rakyat di Palestin.

“Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin..tolong jangan lupa doakan saudara Islam kita yang berada di Palestin,” tulis Fitrie.

Pengguna Twitter dengan nama akaun Asyraf pula dalam nukilannya meminta orang ramai ketepikan sebentar perasaan sedih tidak pulang beraya di kampung dengan meluangkan masa berdoa dan menyumbang kepada Palestin.

“Luangkan beberapa minit dan ketepikan sebentar perasaan sedih anda tidak dapat pulang beraya di kampung disebabkan PKP. Tolong, terus berdoa untuk saudara kita di Palestin dan menyumbang sebanyak mana yang mampu,” tulisnya.

Sementara itu, dalam hantaran di Twitter yang turut menyertakan tangkapan skrin, pengguna dengan nama akaun Iqbal sempat mempersoal sikap rakyat Malaysia yang prihatin tetapi kurang gemar dengan kemasukan pelarian di negara ini.

Memetik laporan Berita Harian, lebih 1,000 roket ditembak ke arah Israel oleh pejuang Palestin di Gaza sejak Isnin lalu, berikutan peningkatan ketegangan menyusuli rusuhan di Masjid Al-Aqsa Jumaat lalu.

Setakat jam 7 petang tadi, pertempuran terburuk dalam tujuh tahun lalu itu mengorbankan 48 penduduk Gaza termasuk 14 kanak-kanak manakala dua lagi penduduk Palestin dan lima warga Israel terbunuh di Tebing Barat.

‘Niat jahat buat saya tidur dalam lokap malam raya gagal’, kata Lokman Adam

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Lokman Noor Adam, bebas dengan jaminan polis selepas ditahan semalam mengikut Ordinan Darurat.

Lokman menerusi siaran langsung di Facebook berkata, niat kerajaan untuk membuatkannya ditahan reman selama empat hari gagal selepas peguamnya berjaya meyakinkan pendaftar mahkamah supaya hanya membenarkan penahanannya selama satu hari saja.

“Saya telah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini saya memberitahu usaha kerajaan Muhyiddin untuk membuat saya tidur dalam lokap malam raya dan menyambut hari raya di dalam lokap Dang Wangi telah gagal.

“Alhamdulillah peguam saya telah membuat hujahan pembelaan yang cukup baik. Beliau berjaya meyakinkan pendaftar mahkamah hanya mereman saya satu hari,” katanya di Facebook hari ini.

Semalam, Lokman mengesahkan ditahan malam tadi untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, susulan video siaran langsung di Facebook mendakwa beliau menyatakan kerajaan membawa masuk pendatang dari India.

Bekas ahli MKT Umno itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tuduhan palsu yang berunsur niat jahat.

“Saya ditahan kerana satu video ‘live’ saya. Saya telah keluarkan satu kenyataan, tetapi malangnya niat jahat kerajaan telah membuat tuduhan palsu ke atas saya,” ujarnya.

Bulan lalu, Lokman menjadi ahli politik pertama ditahan polis di bawah Ordinan Darurat.

Beliau ditahan bagi memberikan keterangan berhubung kenyataannya mengenai kematian pegawai polis, Shariman Saidin pada 3 April lalu.

Duta ke Timur Tengah disaran jadi barisan hadapan di Palestin

FAZLI RADZI 

Orang ramai dilihat mencemuh program Pas semalam yang ‘berdemonstrasi’ di Facebook menentang kekejaman dan serangan Zionis di Masjid al-Aqsa.

Bahkan, ada yang mencadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Barat bertaraf menteri dihantar ke wilayah bergolak itu.

“Saya cadangkan hantar Duta Timur Tengah menjadi barisan paling hadapan di sana.

 “Setakat solidariti di Malaysia sahaja tidak memberi kesan,” sindir Yusmas Nur Adam di ruangan komentar hantaran Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan hari ini.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu juga dianggap tidak ada kerja sejak dilantik duta itu pada April tahun lalu.

“Duta Timur Tengah sampai sekarang tak ada kerja. Sepatutnya inilah kerjanya. Jangan asyik makan gaji buta sahaja.

“Tak berkat hidup. Sudahlah jadi kerajaan pun secara pengkhianatan. Haram di sisi agama,” kata pengguna Facebook, Area Zarea.

Selain itu, sikap Pas yang bersekongkol dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga sidang Parlimen digantung dan darurat diisytiharkan hingga 1 Ogos depan juga dibangkitkan.

“Parlimen pun tak berani buka. Dapat jawatan pun dari tebuk atap. Rasuah pun makin kuat, sibuk nak perjuangkan nasib negara lain.

“Inilah munafik. Orang kata kuman seberang laut nampak, gajah depan mata buat-buat tak nampak,” tempelak Muhamad Nasir.

Dalam masa sama, Pas dicabar untuk berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bukannya syok sendiri di hadapan penyokong parti sahaja.

“Sembang syok sendiri. Kalau betul nak protes tu pi demo, chaos depan Kedutaan AS (Amerika Syarikat) bukan wayang sesama aun-aun (walaun) saja lepas tu nak acah champion,” kecam Husnulhadi Hadi.

Terdapat juga yang mempersoal sejauhmana Pas mampu memerangi Israel pada ketika parti tersebut dilihat tunduk pada MCA yang hanya mempunyai dua kerusi Dewan Rakyat.

Cuba bunuh anak dek wajah seperti individu merogol

Agensi

Singapura: Akibat dirogol saudara kandungnya ketika kecil, seorang wanita di sini cuba membunuh anak lelakinya sendiri.

Ia selepas wanita itu mendakwa wajah anaknya itu seperti individu yang pernah merogolnya.

Akibatnya, dia dijatuhi hukuman lima tahun penjara pada 5 Mei lalu selepas mengaku bersalah kerana melakukan cubaan membunuh anak kandungnya itu.

The Straits Times melaporkan wanita yang berusia 29 tahun itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan sejak Januari hingga Julai 2019.

Dia melakukannya dengan memberi 13 suntikan insulin kepada anaknya.

Jarum dan insulin itu dipercayai dibeli dari sebuah farmasi di Johor Bahru, Malaysia pada Januari 2019.

Wanita itu mengetahui kesan insulin berkenaan yang membawa maut namun tetap meneruskan niat jahatnya itu.

Selepas menerima suntikan berkenaan, anak wanita itu mengalami sakit kepala namun dapat diselamatkan.

Ia selepas mangsa sempat dibawa menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Singapura pada 10 Jun 2019.

Perbuatan wanita itu terbongkar selepas anaknya memberitahu seorang petugas perubatan yang ibunya sudah beberapa kali memberinya suntikan.

Petugas itu kemudian bertemu dengan wanita berkenaan yang mengakui melakukannya dan polis kemudian bertindak menangkapnya.

Timbalan Pendakwa Raya, Bhajanvir Singh memaklumkan wanita berkenaan pernah menjadi mangsa seranga seksual ketika berusia antara sembilan hingga 12 tahun.

Katanya, ketika itu, wanita terbabit tinggal bersama ibu bapa dan tiga adik-beradik lelaki.

Ketika itu, salah seorang saudara kandungnya itu merogolnya dan lelaki itu kemudian dihantar menjalani sekolah pemulihan selama dua tahun.

Susulan kejadian, hubungan wanita itu dengan ibu dan bapanya sudah tidak harmoni.

Saudaranya itu mendirikan rumah tangga baru-baru ini dan ia menyebabkan wanita itu terkenang peristiwa dirogol oleh lelaki itu, pada masa kecil.

Dia kemudian mahu membunuh anaknya sendiri kerana wajah anaknya itu seperti saudara kandungnya itu.

SOP? Gambar majlis perpisahan di laman FB ‘Johor Southern Tigers’ dikritik warganet

FMT Reporters

Semakan FMT mendapati gambar-gambar itu dimuat naik di laman FB Johor Southern Tiger kelmarin, namun tidak dinyatakan bila majlis itu diadakan.

JOHOR BAHRU: Beberapa gambar di laman Facebook “Johor Southern Tigers”, dikatakan majlis perpisahan bagi kapten pasukan bola sepak JDT, Hariss Harun, dikritik warganet yang mempersoalkan pematuhan SOP oleh tetamu.

Semakan FMT mendapati gambar-gambar itu dimuat naik di laman FB Johor Southern Tiger kelmarin, namun tidak dinyatakan bila majlis itu diadakan. Dipercayai tangkap layar catatan itu ditularkan di media sosial.

Malaysia kini sekali lagi bawah Perintah Kawalan Pergerakan susulan peningkatan kes jangkitan Covid-19, dengan larangan ke atas aktiviti sosial bermula 10 Mei.

“…betul la cerita P Ramlee…” kata seorang pengguna FB, Ejai Jamil.

“Rakyat marhaen je beria nak pertahan SOP…” kata seorang lagi pengguna, Shafiq Mohd.

Malah, ada pengguna menyebut akaun Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, polis, dan Kementerian Kesihatan pada catatan FB berkenaan, dan menggesa siasatan dibuat.

Setakat berita ini ditulis, belum ada kenyataan rasmi daripada pengendali laman Johor Southern Tigers atau pasukan JDT berhubung gambar berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay pada sidang media pagi tadi tidak mengulas pertanyaan media berhubung gambar itu.

Akibat pengaruh dadah, bayi sembilan bulan maut diliwat suami pengasuh

MALAYSIA DATELINE

Akibat berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu, seorang lelaki berusia 36 tahun disahkan meliwat bayi lelaki berusia sembilan bulan sehingga mengalami kesan pendarahan dan koyakan di bahagian dubur.

Suami pengasuh kepada bayi malang itu dipercayai menekup mulut mangsa menggunakan tangan menyebabkannya meninggal dunia akibat sesak nafas di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya pada 27 April lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata ketika kejadian isteri suspek juga berusia 36 tahun sedang mengemas ruang tamu dan membiarkan suaminya bersendirian dengan bayi itu dalam bilik dikunci selama dua jam.

Dia yang juga suspek kes tersebut dan disahkan positif dadah jenis syabu sama seperti suaminya kemudian menemukan bayi berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan oleh lelaki itu yang mengaku pengasuh bayi terbabit,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam, lapor Bernama.

Katanya, selain beberapa kesan koyakan pada dubur mangsa dipercayai akibat dimasukkan benda tumpul, bedah siasat turut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut dipercayai ditekup menggunakan tangan.

Susulan laporan diterima daripada seorang pegawai perubatan, polis menahan pasangan suami isteri terbabit di kediaman mereka pada 29 April lalu.

Katanya, suspek lelaki disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan, manakala isterinya akan dijadikan saksi pendakwaan dan dituduh mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lokman Adam ditangkap lagi di bawah Ordinan Darurat

Malaysiakini 

Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno Lokman Noor Adam ditangkap buat kali kedua di bawah Ordinan Darurat.

Dalam catatan di Facebook, Lokman mengesahkan dia disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Malam ni besar kemungkinan saya akan terus ditahan di sini (balai polis) dan esok akan dibaca untuk dapatkan penahanan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

"Mohon sahabat handai dan teman seperjuangan mendoakan kesejahteraan saya, dan semoga saya dibebaskan segera untuk bersama keluarga dalam menyambut syawal ysng bakal tiba," katanya dalam catatan itu.

Sementara itu, harian Harian Metro memetik Ketua Polis Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah sebagai mengesahkan penangkapan Lokman awal petang semalam.

Dia juga mengatakan siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

Sebab penangkapan terbaru Lokman setakat ini tidak jelas tetapi dia sebelum ini ditangkap di bawah Ordinan Darurat berhubung kenyataannya yang berkaitan dengan kematian pegawai polis Shariman Saidin pada 3 April.

Lokman telah menjadi pengkritik lantang terhadap pentadbiran Perikatan Nasional (PN), termasuk berhubung pendekatan kerajaan dalam menangani wabak Covid-19.

Lelaki disyaki tikam ibu sedang solat tarawih

FMT Reporters

PETALING JAYA: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menikam ibunya yang sedang menunaikan solat tarawih di kediaman mereka Taman Orkid Permai, Kepala Batas, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Noorzainy Mohd Noor dilaporkan Bernama berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10 malam oleh seorang lelaki memaklumkan ibunya ditikam abang kandungnya.

“Ketika polis tiba di rumah itu suspek yang berusia 29 tahun masih di situ dan polis menahannya bagi membantu siasatan.

“Lelaki itu tidak bekerja dan ujian saringan air kencing suspek positif dadah namun dia tiada rekod jenayah lampau.

“Polis turut merampas dua pisau daripada suspek iaitu 31cm dan 27cm panjang berhulu plastik warna hitam,” katanya.

Beliau berkata, mangsa berusia 56 tahun yang cedera di tangan kirinya dibawa ke Hospital Kepala Batas dan menerima 10 jahitan.

Difahamkan semasa kejadian wanita itu sedang menunaikan solat tarawih bersama suaminya di ruang tamu sebelum didatangi suspek.

“Suspek tiba-tiba meluru keluar dari biliknya dengan memegang dua pisau lalu menghala ke arah ibu bapanya.

“Bapanya sempat mengelak manakala wanita itu cedera akibat ditikam anak lelakinya yang mempunyai masalah mental sejak 2016 dan kini dalam rawatan,” katanya.

Pemuda Indonesia didakwa maut selepas divaksin

Bernama

JAKARTA: Seorang pemuda berusia 22 tahun di Indonesia dilapor meninggal dunia pada Jumaat lepas, sehari selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 AstraZeneca.

Menurut laporan media tempatan, pemuda bernama Trio Fauqi Virdaus berasal dari Buaran, Jakarta itu menerima suntikan vaksin berkenaan pada Khamis lepas (6 Mei) dan mengalami demam.

Beliau disahkan meninggal dunia keesokannya ketika menerima rawatan di hospital.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmizi dalam satu kenyataan berkata belum terdapat bukti jelas kematian itu disebabkan vaksin berkenaan, dan pihak berkuasa sedang melakukan siasatan rapi berhubung kes itu.

Menurut media tempatan yang memetik kenyataan keluarga mangsa, Trio Fauqi dilaporkan sihat sebelum menerima suntikan berkenaan dan tidak pernah mengalami sebarang penyakit kronik.

Indonesia memulakan program vaksinasi sejak 13 Jan lepas menggunakan vaksin jenis Sinovac. Bermula 8 Mac lepas Indonesia turut menggunakan vaksin AstraZeneca, manakala vaksin Sinopharm mula digunakan pada April lepas.

Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia setakat semalam, lebih 13.4 juta orang telah menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 8.7 juta penduduk telah menerima dos kedua.

Wanita serah bukti gangguan berkaitan kes rogol dikaitkan Adun

Alyaa Alhadjri

Seorang wanita yang mendakwa dua rakan Adun Gombak Setia, Hilman Idham merogolnya menyerahkan bukti kepada pihak polis berhubung dakwaan diganggu untuk menarik balik laporan yang dibuatnya pada 5 Disember lalu.

Dia membuat laporan polis kedua pada 8 Mei untuk memasukkan butiran mengenai gangguan tersebut dan mendakwa Hilman "merancang" insiden rogol di sebuah bilik hotel di Sri Hartamas selepas makan malam sempena menyambut hari jadi dan sesi berkaraoke.

Peguamnya, Asheeq Ali memberitahu Malaysiakini , wanita itu dipanggil ke Balai Polis Brickfields pada pukul 10 pagi hari ini untuk merakamkan keterangan.

"Siasatan hari ini berkaitan dengan aduannya di mana beberapa individu mengganggu dan menekannya untuk menarik balik laporannya pada 5 Disember.

"Kami menyerahkan semua bukti individu yang menemuinya, menelefonnya dan mengirimkan SMS ugutan kepadanya," katanya menambah wanita berkenaan meninggalkan balai polis berkenaan selepas satu setengah jam.

Dia berkata bukti itu berkaitan rakan Hilam dan pemimpin parti komponen PN yang dituduh melakukan rogol tersebut.

"Cukuplah untuk katakan bahawa tekanan yang dihadapinya membuatnya bimbang mengenai kesalamatan diri dan keluarganya," tambahnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur,  Azmi Abu Kassim sebelum ini berkata wanita itu  menarik balik laporannya pada 8 Disember, namun meminta polis menyambung kembali siasatan pada Januari lalu.

Wanita itu dalam laporan polis keduanya berkata gangguan itu menyebabkan dia menarik balik laporan awal, namun setelah mengetahui peranan Hilman yang dikatakan "mengatur" insiden rogol itu, dia menulis kepada polis pada 12 Januari untuk meminta mereka membuka semula siasatan.

Wanita berusia 34 tahun itu juga menyatakan dirinya adalah wanita yang dilihat dalam rakaman CCTV yang dipapah masuk ke bilik hotel oleh seorang lelaki yang didakwanya sebagai Hilman Idham.

Rakaman itu tular awal bulan ini.

AKHIRNYA TERBUKTI PKP SENJATA SEBENAR MELAWAN COVID19, DARURAT HANYA UNTUK MELINDUNGI KERUSI PERDANA MENTERI

Shahbudin Husin

Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP buat kali ketiga kini sah dikuatkuasakan ke seluruh negara bermula 12 Mei hingga 7 Jun depan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Mahiaddin Md Yasin dalam satu kenyataan media petang tadi selepas mempengerusikan mesyuarat MKN di Putrajaya.

Untuk pertama kali, pengumuman PKP hanya dilakukan melalui kenyataan media saja, tidak lagi melalui perutusan khas seperti sebelum ini.

Agaknya Mahiaddin sekarang sudah sedar perutusan khas yang selalu dibuatnya selama ini tidak mampu menyumbang apa-apa, kecuali menambahkan lagi kebencian rakyat terhadapnya saja.

Menurut beliau lagi, langkah menguatkuasakan PKP ke seluruh negara ini adalah berikutan kes-kes harian yang semakin meningkat, di samping kewujudan varian baru Covid19 dengan kadar jangkitan yang lebih tinggi.

Apakah makna apabila PKP dikuatkuasakan semula?

Pertama, perlaksanaan PKP yang diumumkan Mahiaddin kali ini dengan jelas memperlihatkan kerajaan PN tiada kemampuan dan amat lemah dalam tindakannya mengurus negara.

Baru tiga hari lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan beberapa daerah di Selangor dan dua tiga negeri lain dikenakan PKP, disusuli dengan Wilayah Persekutuan sehari kemudiannya.

Semalam juga ada pengumuman daerah baru dikenakan PKP, tapi alih-alih hari ini Mahiaddin sendiri mengumumkan seluruh negara dikuatkuasakan PKP.

Kenapa setiap hari keputusan berubah-ubah sedangkan semua mesyuarat MKN dipengerusikan oleh orang sama iaitu Mahiaddin sendiri?

Bukankah data dan sains berkaitan Covid16 sentiasa ada dalam tangan dan boleh dijangka peningkatannya?

Ternampak di sini bukan saja rakyat jadi pening dengan keputusan yang berubah-ubah itu, Mahiaddin sendiri terlihat dalam kepeningan dan tidak mampu membuat keputusan yang betul ketika krisis melanda.

Kedua, dengan perlaksanaan PKP buat kali ketiga ini juga menunjukkan senjata sebenar untuk memerangi Covid19 bukanlah darurat seperti yang beria-ia dihujahkan sebelum ini oleh Mahiaddin dan kerajaan PN.

Jika akhirnya PKP juga yang dilaksanakan untuk melawan Covid19, apa sebenarnya guna darurat dikuatkuasakan?

Darurat dalam hal ini ternyata tidak berfungsi untuk melawan Covid19 dan perlaksanaan PKP buat kali ketiga ini secara langsung mengesahkan darurat hanya semata-mata bertujuan untuk melindungi kerusi Perdana Menteri yang sedang diduduki Mahiaddin daripada digugat.

Barulah kita faham, meski pun cadangan pertama ditolak Agong, Mahiaddin terus berusaha meyakinkan baginda untuk melaksanakan juga darurat itu.

Tidakkah Mahiaddin dianggap telah memperdaya Agong berhubung tujuan darurat dilaksanakan?

Sekarang, apa jadi kepada darurat?

Apakah ia hanya untuk menekan rakyat dengan pindaan undang-undang yang membolehkan denda lebih besar dikenakan kepada mereka yang melanggar SOP dan menyebar berita tidak benar, selain bagi kerajaan menjarah dana KWAN dan membolehkan Mahiaddin berbelanja sesuka hati wang negara?

Dalam perlaksanaan PKP kali ini juga, di samping beberapa larangan dikuatkuasakan, langsung tiada bantuan kepada rakyat diumumkan seperti moratorium dan sebagainya.

Kenapa ini berlaku?

Sebabnya tidak lain ialah kerana sekarang ini dana negara sudah kehabisan dan sejak Mahiaddin menerajui negara, tiada pertambahan dalam kewangan negara berjaya diusahakan. 

Maknanya, Mahiaddin sekali lagi gagal dan tidak layak menjadi Perdana Menteri yang dapat melindungi rakyatnya sendiri, apalagi jika PKP yang masih banyak kelonggaran ini memungkinkan wabak terus meningkat di masa depan. (ShahbudinHusin 10//05/2021)