Agensi
New Delhi: Sungguh kejam seorang wanita di India dirogol enam lelaki kira-kira empat jam di depan suaminya sendiri.
Insiden itu berlaku malam Sabtu lalu di sebuah bukit Kampung Bakoria-Bhalwahi yang terletak dalam bidang kuasa kawasan balai polis Satbarwa di Palamu Jharkhand.
Polis menahan dua suspek dari kampung Bakoria iaitu Bhola Ram dan Dharmendra Ram serta melancarkan operasi mencari untuk menangkap suspek lain yang terbabit dalam kes itu.
Selepas menerima laporan daripada suami wanita itu, Rishikesh Kumar Rai, yang bertanggungjawab di balai polis Satbarwa, menghantar wanita itu ke MMCH Medininagar untuk pemeriksaan kesihatan.
Saudara mangsa yang hadir ke balai polis Satbarwa berkata, wanita itu pergi ke rumah ibunya di kampung Rewat dengan berjalan kaki, Sabtu lalu, selepas bertengkar dengan mentuanya yang tinggal di kampung Sutha.
Pada waktu petang, mentuanya datang ke Tumbagada di Satbarwa untuk memujuk dan membawanya pulang, namun wanita itu berkeras tidak mahu pulang.
Mentuanya akhirnya akur dan meminta anaknya iaitu suami wanita itu menemaninya supaya dia selamat sampai ke rumah ibunya.
Lelaki itu menghubungi abang iparnya Naresh Kumar, seorang penduduk kampung Bari, untuk menumpangkannya ke rumah mentuanya.
Apabila ketiga-tiga mereka tiba di Bhaluahi kira-kira jam 8 malam, enam lelaki menahan, merampas telefon bimbit dan membelasah mereka.
Suspek kemudian merogol wanita itu selama kira-kira empat jam, manakala suaminya dan Kumar dipegang suspek lain.
Selepas merogol wanita itu secara beramai-ramai, suspek memaksa wanita itu dan Kumar menaiki basikal mereka dan membawa mereka ke tempat lain serta meninggalkan suami wanita itu.
Wanita itu dan Kumar dibantu penduduk kampung Sadhwadih dan membuat laporan di Balai Polis Manika sehingga dua suspek ditahan sebelum dirujuk ke Balai Polis Satbarwa.
-hmetro
Tiada ulasan:
Catat Ulasan