'Pemimpin PAS pungut ghanimah, ahli biasa menunggu akhirat'

Malaysiakini

mengamalkan sikap talam dua muka apabila memberikan label negatif kepada musuh politiknya dan pada masa sama lunak dengan rakan politik.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Terengganu, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata ketika Abdul Hadi menuduh DAP sebagai parti yang anti-Islam, dia seakan lupa kepada Gerakan yang pernah mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang pelaksanaan hudud.

Gerakan, kata Raja Kamarul Bahrin, kini menjadi rakan kongsi PAS dalam Perikatan Nasional (PN).

"Abdul Hadi menuduh PH sebagai golongan komunis tanpa apa-apa hujah atau bukti tetapi tidak pula dia menganggap pimpinan Umno - rakan Muafakat Nasionalnya - yang pernah menjemput dan juga hadir dalam acara rasmi Parti Komunis China," katanya hari ini.

Bekas timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu juga menegaskan, PAS bagaikan menutup mata terhadap nasib umat Islam Uyghur kerana membiarkan kerajaan Malaysia berkecuali dalam undian mengenai isu tersebut di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Baru-baru ini Abdul Hadi - yang dilantik menjadi duta khas bertaraf menteri selepas PAS menjadi kerajaan melalui Langkah Sheraton - melancarkan serangan terbarunya kepada PH.

Kali ini penyandang kerusi parlimen Marang itu mengaitkan DAP - salah satu parti komponen PH - dengan ideologi komunis. Dia juga melabel musuh politik PAS itu dengan istilah iblis.

Raja Kamarul Bahrin berkata berdasarkan sikap dan pendirian PAS serta Abdul Hadi itu, tidak ada alasan untuk menganggap mereka berjuang demi mencari keredaan Allah.

"Rupa-rupanya ulama PAS mengidam juga untuk mendapatkan wang, pangkat dan kedudukan duniawi hari ini.

"Rupa-rupanya, kelazatan pangkat serta habuan sebagai menteri amat memabukkan sehingga PAS 'terlepas pandang' cabutan khas judi yang dinaikan semula kepada 22 kali setahun setelah ia diturunkan kepada lapan kali oleh kerajaan PH," katanya lagi.

Ketika pada pemimpin PAS menikmati pelbagai kelebihan dan imbuhan, kata Raja Kamarul Bahrin, pada masa sama ahli dan penyokong parti terbabit terus bergelut dengan hidup.

"Penyokong dan ahli biasa PAS terpaksa bersabar 'menunggu habuan' di akhirat sementara pimpinan utama diberi keutamaan memungut ghanimah di atas untuk diri sendiri," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan