senarai penuh calon PH di Kedah

PH pertaruh bekas pegawai kanan SPRM di kampung Sanusi

Predeep Nambiar

Bekas timbalan ketua pesuruhjaya SPRM, Latipah Md Yatim akan bertanding di Sik atas tiket Amanah. (Gambar Bernama)

SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) mencalonkan bekas pegawai kanan anti-rasuah, Latipah Md Yatim di kerusi Parlimen Sik, Kedah.

Latipah ialah bekas timbalan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia serta bekas pengarah badan anti-rasuah itu di Sabah dan Pulau Pinang.

Latipah akan bertanding di bawah tiket Amanah di Sik, yang secara tradisinya menyaksikan saingan sengit antara PAS dan Barisan Nasional.

Sik ialah kampung halaman pemimpin PAS negeri dan menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Calon DAP, Zulhazmi Shariff pula akan bertanding di kerusi Jerai, kubu kuat Umno yang dimenangi PAS pada 2018 dengan majoriti tipis 539 undi.

Ketua PH Kedah, Mahfuz Omar daripada Amanah akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala rakannya dari Amanah, Johari Abdullah diletakkan di Parlimen Baling.

Secara keseluruhan, PKR akan meletakkan sembilan calon seperti yang diumumkan semalam, Amanah (empat) dan DAP (satu).

Calon PH untuk kerusi Parlimen Langkawi akan diumumkan esok.

Berikut senarai penuh calon PH di Kedah:

Jerlun – Fadzil Ali (PKR)

Kubang Pasu – Aizuddin Ariffin (PKR)

Padang Terap – Moaz Abdullah (Amanah)

Pokok Sena – Mahfuz Omar (Amanah)

Alor Setar – Simon Ooi (PKR)

Kuala Kedah – Dr Azman Ismail (PKR)

Pendang – Zulkifly Mohamad (PKR)

Jerai – Zulhazmi Shariff (DAP)

Sik – Latipah Md Yatim (Amanah)

Merbok – Azrina Surip (PKR)

Sungai Petani – Dr Taufiq Johari (PKR)

Baling – Johari Abdullah (Amanah)

Padang Serai – M Karupaiya (PKR)

Kulim-Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail (PKR)

Langkawi – akan diumumkan esok

Tiada ulasan:

Catat Ulasan