Wanita berjaya gali kubur selepas ditanam hidup-hidup oleh suami

Agensi

Washington: Seorang wanita yang dikatakan ditikam, diikat dan ditanam hidup-hidup oleh suaminya berjaya menggali semula kubur berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Malah, dia dikatakan sempat menggunakan peranti Apple Watch untuk menghubungi talian kecemasan.

Young Sook An, 42, dari bandar ini berjaya keluar dari kubur sempit dan tidak berapa dalam itu.

Menurut laporan Times Now News, dia dijumpai di pinggir bandar Seattle.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 16 Oktober lalu di mana pegawai polis menjumpai wanita berkenaan yang mendakwa diculik dari rumahnya oleh suaminya sendiri.

Katanya, suaminya mengugut untuk membunuhnya kerana enggan memberikan duit persaraannya.

Berdasarkan siasatan, Young Sook dan suaminya, Chae Kyong sedang dalam proses untu berpisah namun, Kyong masih mempunyai akses ke kediaman Sook untuk mencuci pakaian.

Pertengkaran berlaku antara pasangan berkenaan berkaitan wang persaraan itu sehingga suspek mengambil tindakan menumbuk dan mengikat mangsa, lapor Daily Mail.

Kyong yang berusia 53 tahun kemudian menggali kubur dan meletakkan Sook ke dalamnya serta meninggalkannya sendirian.

Ketika itu, Sook berjaya menghubungi talian kecemasan menggunakan Apple Watch dan makluman kecemasan dihantar ke nombor telefon anaknya berusia 20 tahun.

Bagaimanapun, suaminya menyedari tindakan Sook dan memusnahkan peranti berkenaan menggunakan tukul besi.

Dia kemudian diheret ke sebuah garaj dan diletakkan dalam karavan.

Sook bernasib baik kerana kembali sedar ketika berada di dalam kubur sempit itu dan menanggalkan pita pelekat di mulut dan tangannya serta mula menggali untuk keluar dari lubang berkenaan.

Selepas berjaya keluar, dia bersembunyi di tempat tersorok selepas berlari selama 30 minit.

Menurut dokumen mahkamah, masih terdapat pita pelekat pada leher, bawah muka dan buku lali wanita berkenaan ketika polis menemuinya.

-hmetro 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan