Zahid Hamidi: BN tanding 191 kerusi

Malaysiakini

BN akan bertanding 191 kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid menyifatkan PRU15 sebagai ibu kepada segala pilihan raya dan berazam untuk mengulangi kejayaan PRU11 yang dipimpin bekas presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi.

"Ya (BN tanding 191 kerusi)," katanya ketika ditanya wartawan pada sidang media di Bagan Datuk, hari ini.

"Kami perlu capai 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan baru. Dalam kes ini, jika kita sasar untuk menang dua pertiga, kita perlu kerjasama dengan parti lain.

"Bagi saya PRU15 adalah ibu kepada segala pilihan raya kami akan turun sebagai parti politik 'underdog', sebagai 'underdog' kita perlu bekerja kuat dan bekerja secara bijaksana," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika ditemui selepas persidangan Umno bahagian Bagan Datuk.

BN kini ditunjangi Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) selepas tewas dalam PRU14 lalu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata BN juga akan membuka ruang kepada parti "Friends of BN" untuk bertanding atas tiket parti itu dalam PRU15 nanti.

Katanya lagi, ini kali pertama BN membuka ruang kepada parti rakan untuk bertanding.

“Kami tidak akan pernah lupa calon-calon yang datang dari Friends of BN.

“Ini pertama kali kita akan bagi peluang kepada calon-calon Friends of BN (bertanding)," kata presiden Umno itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan