Ho Kit Yen
SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengisytiharkan 18 Nov sebagai cuti umum di negeri itu, memandangkan keesokan harinya ialah hari pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Pada sidang media, Amirudin berkata, keputusan ini dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.
Beliau menggesa perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob untuk turut mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada 19 Nov.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan