Azmin lobi jawatan MB Selangor selepas menang PRU14, dakwa Nik Nazmi

Chia Wan Rou

GOMBAK: Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa bekas timbalan presiden Azmin Ali pernah melobi jawatan menteri besar Selangor selepas Pakatan Harapan (PH) menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, Azmin takut diberi jawatan menteri dalam kementerian ‘junior’, namun beliau mengubah fikirannya setelah ditawarkan portfolio menteri ekonomi.

“Saya masih ingat lagi malam kita menang pada 2018, Azmin punya takut, dia takut kita (PH) letak di kementerian yang ‘junior’, jadi dia lobi Tun M (Dr Mahathir Mohamad), Abang Mat (Mohamad Sabu) dan Lim Guan Eng untuk dapatkan sokongan jadi menteri besar Selangor.

“Akhirnya dia dapat menteri besar Selangor. Bila dapat jawatan menteri ekonomi, dia tinggalkan menteri besar. Segala-galanya bagi dia adalah jawatan, rakyat tak dapat apa-apa, dia pentingkan kuasa,” katanya berucap pada Jelajah Mega Harapan di AU2 Taman Keramat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan