Istana Negara: Bentuk gabungan kerajaan, serah nama calon PM sebelum 2 petang esok

FMT Reporters

PETALING JAYA: Istana Negara memberitahu pemimpin parti dan gabungan yang mempunyai jumlah kerusi yang banyak untuk bekerjasama membentuk kerajaan.

Mereka turut diminta mengemukakan nama calon perdana menteri kepada Istana Negara sebelum 2 petang esok, menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan.

Ini susulan keputusan PRU15 semalam yang menyaksikan tiada mana-mana gabungan memperoleh jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bersendirian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan