Istana Negara tangguh serah SD kepada jam 2 petang esok

BORHAN AHMAD

Istana Negara telah melanjutkan tempoh untuk menghantar akuan bersumpah (SD) dari parti-parti politik bagi membentuk kerajaan baharu kepada jam 2 petang esok, Selasa 22 November.

Ini berikutan permohonan parti-parti politik kepada Istana Negara hari ini, kata Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsudin, Datuk Pengelola Bijaya Raja Istana Negara.

“Sehubungan itu, Seri Pasuka Baginda menyeru dan menasihati seluruh rakyat bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal perdana menteri Malaysia ke 10 selesai,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini.

Kenyataan media Istana Negara tengahari ini.

Malaysia Dateline dimaklumkan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon agar masa untuk mempersembahkan SD itu ditangguhkan dari tarikh awal iaitu jam 2 petang hari ini.

Permohonan itu dibuat selepas beliau dan pemimpin BN serta Pakatan Harapan (PH) bertemu di Hotel Seri Pasific hari ini.

Dalam pertemuan bermula jam 10 pagi itu, pemimpin PH yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengan pemimpin BN yang diketuai Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan